Thursday, December 27, 2007
Muzium Toys
Friday, December 21, 2007
Aidil-Adha
Sambutan perayaan Aidil_Adha di Komuniti tempat aku duduk bermula dari malam Hari raya. Takbir telah dijalankan dari rumah ke rumah sebaik sahaja selepas waktu Isyak. Mungkin budaya ini dah semakin pupus di bandar-bandar, tapi Alhamdullilah ia masih diamalkan di Seksyen 5 Taman Langat Jaya ini. Sehingga hampir pukul 1.00 pagi sebanyak 12 buah rumah berjaya di ziarahi pada malam pertama, penuh perut. Ibadah korban dan aqiqah juga berjalan lancar. Walaupun tak banyak hanya 3 ekor tapi itulah bilangan yang mampu kami lakukan dengan bilangan penduduk yang terhad. Gotong royong memasak untuk akikah juga berjalan lancar. Menjelang waktu zohor pembahagian daging korban dan kenduri aqiqah sempurna sepenuhnya.
Semoga Allah Taala akan membalas amalan ini dengan kemurahan rezeki yang mencurah serta limpahan kasih sayang-Nya yang tidak terbatas bagi setiap pengorbanan yang dilakukan.
Thursday, November 29, 2007
TT Terkejut
Friday, November 23, 2007
Labayk Allah
Friday, November 16, 2007
Bersih
Bersih menganjurkan perhimpunan ini bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian SPR tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH juga berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini.
Persoalannya sejauh mana kesan sebenar dari perhimpunan ini. Yang nyata ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hari tersebut Seorang rakan terperangkap hampir 3 jam. Highway plus menuju pusat bandar jem bermula dari susur Kajang.
Wednesday, November 07, 2007
Sambutan Aidilfitri Taman Langat Jaya
Friday, November 02, 2007
Batik punya pasal
Monday, October 22, 2007
Catatan Hari Raya
Thursday, October 11, 2007
Majlis Katam Quran
Majlis katam Quran oleh anak-anak
Sumbangan hari raya
Wednesday, September 26, 2007
Shautul Islah
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput kumpulan ini membuat persembahan dalam sebarang majlis boleh lah menghubungi Surau Al Islah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.
Adik Husna - berpotensi untuk menjadi pemain biola profesional satu hari nanti
Sunday, September 23, 2007
Saturday, September 08, 2007
Sunday, August 12, 2007
Melayu dan Dadah
Hari Sabtu aku di arah memberi ceramah satu kursus induksi di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Sungai Petani. Peserta terdiri dari pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan dari seluruh negara yang terlibat dengan training.
Di Kafteria
Aku: Berapa peratus pengguni melayu di pusat ini?
Pegawai AADK: Lebih 90 peratus pengguni pusat seluruh negara adalah bangsa melayu
Di Surau
Pegawai AADK: Surau ni selalu penuh, pengguni pusat ni rajin ke surau
Aku: Kalau surau ni tak ada orang lagi bagus, itu menandakan tak ada melayu duduk pusat ni
Friday, August 10, 2007
Sedetik di Bangkok
Lewat petang semua deligasi telah sampai termasuk ketuanya Dato’ Adzmi, TKSU Kem Usahawan. Menurut pegawai embassy yang datang petang tu, aku dimaklumkan terdapat satu restoran kepunyaan rakyat Malaysia di situ. Malam kami cari restoran tersebut. Cili padi restoran namanya. Terletak di kawasan tersibuk. Menjual semua makanan masakan melayu. Tuan punya restoran orang Penang, telah menetap dan bekerja di sini.
Perbincangan di Ministry of Industry yang dihadiri lebih dari 30 pegawai dari berbagai Kementerian pemerintah Thailand ternyata mencapai matlamat. Kali ini menampakkan tiada sebarang persediaan dari pihak Thailand berbanding forum-forum lain sebelum ini. Mulanya risau jugak memandangkan kami hanya 10 orang sahaja berbanding bilangan mereka yang begitu ramai. Tak sia-sia pre-council meeting yang kami buat bagi penyediaan kertas cadangan konsep sebelum masuk meeting. Setiap isu yang ditimbulkan oleh mereka telah pun dijangka dan dapat diatasi sewajarnya. Pembentangan cadangan ketua deligasi Malaysia ternyata amat memuaskan dan tidak mendapat tentangan dari pehak mereka.
Monday, August 06, 2007
Van usang
Photo ni aku rakam di salah sebuah kampong di Trengganu. Pemilik van ini mungkin peniaga pasar malam. Sarat van tersebut dengan barangan dari dalam dan atas bumbung van. Keadaan van agak uzur. Mungkin nilai barangan yang dibawa berkali ganda nilai harga van itu. Apa yang menarik di tempat parking van tersebut telah tergantung seperti kandang bertujuan mengunci barang-barang di atas van itu. Agaknya pencuri lebih gemar barang-barang yang dibawak daripada curi van tersebut. Memang kreatif pemilik van ini. Tapi apa la jadi agaknya bila pemilik van tersebut lupa nak buka kandang, dan terus undur ke belakang.....
Sunday, July 29, 2007
Organisasi Bayangan
Struktur perjawatan di Negara kita terutama di agensi kerajaan banyak yang mengamalkan horizontal career track. Kalau di satu-satu agensi kerajaan itu biasanya di ketuai Ketua Pengarah, selepas itu Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Pembantu Pegawai Tadbir dan seterusnya banyak lagi peringkat sehinggalah kepada driver dan PAR. Amat panjang betul carrier track itu. Banyak pro & con struktur yang panjang ni, semuanya bergantung perlaksanaan oleh ketua dan pegawai yang berkenaan. Tetapi yang nyata adalah amat mendukacitakan jika sekiranya akhir sekali hanya pegawai peringkat bawah yang menyelesaikan sesuatu task.
Bagaimana agaknya kalau struktur yang panjang ini di pendekkan dan di bahagikan hanya kepada tiga peringkat sahaja. Ketua sesuatu organisasi sebagai Chief of Knowledge Architecture, pegawai kanan sebagai Chief of Knowledge Specialist dan pegawai sebagai Specialist. Masa tu Gardener akan dikenali sebagai Landscape Specialist, Driver dikenali sebagai Logistic Specialist, Tea Lady sebagai Refreshment Specialist dan sebagainya. Masu tu pakaian driver pun macam pilot kapal terbang, siap dengan tali leher. Penampilan, pengetahuan dan kemahiran termasuklah social value mereka juga akan berbeza. Baru la nampak professional. Boleh pakai ke idea ni....
Friday, July 27, 2007
Bangsa
Hari ni aku terpanggil untuk hadir di worksyop BCIC2 di ibukota, agenda bumi anjuran satu egensi pusat. Menteri di JPM dan Menteri kewangan II hadir untuk 2 sesi dialog yang berlainan. Semua peserta di bahagikan 11 kluster mengikut sector masing-masing bagi membincangkan masa depan bangsa. Aku ditempatkan di dalam cluster education & human resource. Memandangkan cluster tu education maka aku terpaksa duduk semeja bersama cerdikpandai dan cendiakawan yang bergelar Tan Sri, Datuk, Prof dan Dr. Kadang terasa amat kerdilnya aku bersama mereka-mereka itu.
Masa rehat aku sempat bersembang lama dengan Dato’ Dr Noor Laily, pelupor institusi kekeluargaan. Semuanya menyentuh pasal bangsa. Aku tabik semangat dia. Semangat kemelayuannya cukup hebat. Betul apa yang dia kata, melayu semakin terpinggir, masalah social bangsa melayu yang semakin meningkat, masalah keciciran dalam education, pembangunan tak seimbang dan macam-macam lagi. Semoga perjuangan Dato’ untuk memartabatkan bangsa terlaksana.
Sunday, July 22, 2007
Member lama
Khamis tengahari aku di arah ke satu majlis pendaftaran pelajar di salah sebuah pusat bertauliah. Pusat bertauliah ini agak terkenal di kalangan hotel 5 bintang sebagai tempat untuk mendapatkan tukang masak. Ia jugak ada kaitan dengan sebuah restoran seafood terkenal di Kelana Jaya. Y.B Timbalan Menteri Sumber Manusia dijemput merasmikan majlis itu. Aku terpaksa berada di sebelah dia untuk member maklumat terutama semasa press conference. Yang aku nak cerita ni bukannya majlis itu, tapi sorang kawan yang dah lama aku tak jumpa tapi aku jumpa di majlis itu. Rasanya dah hampir 20 tahun aku tak jumpa. Dulu masa di Perai dia pernah kerja setempat dengan aku. Lepas tu dia pindah ke Shah Alam. Dia ni jenis cenderong sikit ke politik. Akhir tahun 80an dia meninggalkan kerajaan. Cara dia berhenti agak trajis. Masa tu dia mohon cuti 2 minggu sebab untuk tolong kempen pilihan raya, tapi bos tak lulus. Dia ambik keputusan notis 24 jam. Semua orang terkejut dengan tindakannya. Sejak dari tu aku dah tak jumpa dia, tapi masih ikut perkembangan dari kawan-kawan. Apa yang aku dengar selepas tu di melibatkan diri dalam perniagaan sebagai kontraktor. Nasib dia agak baik, dia masuk kem M.Taib. Business dia berkembang, mungkin senang dapat projek. Tapi semasa ekonomi jatuh pada tahun 1996, perniagaannya juga turut merudum. Lebih-lebih lagi M.Taib dah tak jadi MB. Daripada 6 buah kereta dia ada, terpaksa jual sehingga tinggal 2 buah itu pun proton je. Selepas tu dia kayuh semula dan naik perlahan-lahan, dan sekarang ni dia masih kekal sebagai kontraktor. Dari segi politik, peluangnya mungkin agak cerah, sekarang ni dia dah jadi ketua pemuda bahagian. Dia juga merupakan orang penting dalam putera umno Malaysia. Aku sempat bertanya, “Ada peluang ke bertanding pilihan raya akan datang?”. Dia kata “mudah-mudahan”
Jumaat malam aku menginap di salah sebuah hotel di Ipoh kerana ada tugas rasmi pada hari Sabtu di Ipoh. Dan tak di sangka aku jumpa member ni sekali lagi di hotel itu. Punya la lama tak jumpa, bila dah jumpa, boleh terjumpa semula keesokkannya di tempat yang berbeza. Dia cuma sebut dunia ni kecik. Aku pun tak sempat sembang lama dengan dia sebab dia sibuk dengan majlis politiknya. Berbahagia lah kau dengan dunia politik engkau. Harap-harap perjuangan kau di landasan yang betul. Nama pun politik, kadang-kadang banyak yang tersirat.
Thursday, July 19, 2007
Tomyam
Kedudukan Negara kita adalah di antara Thailand dan Singapura. Sedar atau tidak sedar kita kena terima hakikat bahawa kedua-dua Negara ini merupaka saingan utama Negara kita dalam berbagai aspek. Kita sering didedahkan yang baik-baik berkenaan Negara kita. Kadar ekspot Negara yang meningkat, kadar kemasukan pelancong yang meningkat. Tapi adakah kita membuat penilaian peningkatan itu berbanding dengan kedua-dua jiran kita. Pada hakikatnya kita masih tertinggal jauh. Bukan untuk 2 aspek ini sahaja, malam dalam berbagai aspek.
Kita mensasarkan dalam tahun 2020 kita akan menjadi Negara maju, tetapi Singapura 2015 mensasarkan menjadi Intelligent Nation. Dalam ucapan national day Negara itu, PMnya mengumumkan Singapura perlu menjadi Negara bersih, kakitangan awam yang cekap dan . Malah rata-rata telah mengetahui Singapura mempunya system pengurusan kakitangan awam terbaik dunia. Kalau nak cerita kelengkapan tentera udaranya, tak perlu ceritala. Mungkin antara terbaik di Asia.
Thailand pulak dalam serba-serbi telah kedepan dari kita. Eksport barangan mereka ke Negara kita tidak boleh disangkal lagi. Malah kadang-kadang boleh menjejaskan produk tempatan terutama hasil pertanian. Teknoloji industry pertaniannya begitu jauh kedepan. Malah baru-baru ini kita dikejutkan seorang professor di Thailand telah berjaya menghasilkan buah durian tanpa bau. Walaupun secara logicnya apa la ada pada durian tanpa bau, kerana ia akan meng hilangkan keistimewaan buah itu. Tetapi ia menunjukan begitu tingginya taraf kajian mereka. Masyarakat kita sendiri sudah senonim dengan barangan siam. Beras siam, masakan siam, buah siam, kucing siam dan macam-macam lagi. Makanan siam boleh diperolehi diseluruh pelusuk Negara. Bukan saja Negara kita tapi juga hampir seluruh Bandar besar dalam dunia memang ada kedai makan masakan Thai.
Teringat satu cerita dari Dr Dusit Jaul berkaitan masakan Thai ni, ceritanya begini;
Suatu hari pelakon Hollywood terkenal Tom Cruise telah menjalani penggambaran satu filem di Thailand. Oleh kerana pengaruhnya sebagai pelakun begitu terkenal di Thailand, beliau telah dijemput untuk melawat dan makan malam di istana Raja Thai. Ini lah kali pertama Tom Cruise dapat bertemu semua kerabat Raja Thai dan dia begitu terpikat dengan keayuan puteri Raja Thai. Di pendekan cerita Tom Cruise dan puteri raja tersebut telah bersetuju untuk berkahwin. Maka puteri raja telah memohon kepada ayahandanya untuk berkahwin dengan Tom Cruise. Raja Thai tidak mengizinkan malah amat murka. Sang puteri cuba memujuk beberapa kali, tapi raja Thai tetap dengan keputusannya tidak merestuinya. Alasan yang diberikan oleh raja Thai adalah perkahwinan itu nanti akan memalukan kerabat di raja memandangkan Tom Cruise merupakan pelakun terkenal. Oleh kerana raja Thai tetap dengan keputusannya, puteri raja mengugut akan membunuh diri jika permintaannya untuk berkahwin dengan Tom Cruise tidak ditunaikan. Akhirnya raja Thai terpaksa bersetuju, kerana bila bunuh diri itu akan lebih memalukan kerabat di raja. Walau bagaimanapun raja Thai telah mengenakan syarat. Syaratnya adalah Tom Cuise mesti menukar nama kepada Tom Yam. Tom Cruise tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dia mengetahui nama tersebut adalah nama sejenis makanan Thai. Akhirnya hasrat kedua pasangan tersebut untuk berkahwin terpaksa dibatalkan. Moral of the story nama TomYam itu begitu terkenal di seluruh dunia sebagai makanan Thai sehinggakan Tom Cruise sendiri tidak rela namanya ditukar kepada TomYam.