Sunday, September 30, 2012

Zahir

Hari ni melawat Zahir di SMS Selangor. Katanya dia dapat straight A dalam percubaan PMR. Cuma 9 orang yang dapat straight A dalam kelasnya. Kebiasaannya peperiksaan percubaan sekolah asrama penuh ni memang susah.Kebetulan kelas dia adalah kelas pertama. Moga Zahir akan kekalkan prestasi untuk PMR sebenar.

Sunday, September 23, 2012

Budaya Malu

Aku amat tertarik dengan poster 'Budaya Malu' yang terpampang di semua bangunan di SMK 33 Jakarta. Poster ini secara tak langsung dapat membentuk sahsiah diri yang sempurna kepada pelajar.

Sunday, September 16, 2012

Kehidupan di Kota Jakarta

Aku berpeluang berada 5 hari di kota Jakarta. Aku menginap di hotel Harris, iaitu hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasan metropolitan Kelapa Gading Mall. Kedatangan aku ke sini adalah untuk memberi ceramah kepada sekumpulan pensyarah di satu kolej di samping membuat pemeriksaan ke atas kolej yang ingin mendapatkan pengiktirafan dari kerajaan Malaysia. Ketibaan ku di kolej SMK 33 di sambut dengan kompang dan kalungan bunga, terkejut sekejap aku dengan layanan mereka. Jadual kerja aku begitu padat setiap hari dari pagi hingga petang. Kesimpulannya aku di sini di layan seperti raja setiap masa. Lewat petang dan malam aku gunakan sepenuhnya menjelajah Kota Jakarta. Ternyata nightlive di kota ini begitu meriah. Hanya iman yang membataskan geraklaku seseorang itu. Makanya bila kita sering mendengar seseorang itu ke Jakarta adalah untuk berhibur, ternyata benar sekali. Hiburan tanpa batasan berleluasa di malam hari. Aku tidak ingin untuk bercerita lebih lanjut apakah aktiviti nightlive di sini, apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah kisah kehidupan seorang pemandu teksi yang aku naiki. Perjalanan aku di sini dari satu kesatu tempat di sini di luar waktu tugasan menggunakan teksi. Untuk mendapatkan teksi di kota ini tidak menjadi masalah. Terlalu banyak teksi di kota ini, mereka menjalankan perkhidmatan sehingga sepanjang malam. Tambang menggunakan meter adalah menjadi kebiasaan kepada sebahagiaan besar teksi di sini terutama teksi syarikat bluebird, tetapi apabila menggunakan teksi lewat malam mereka akan mengenakan tambang secara lumsum. Sebagai contoh kebisaannya kalau kita menggunakan teksi bermeter dari kelapa gading ke center of Jakarta dalam waktu biasa tambang yg dikenakan adalah sekitar 60 ribu rupiah tetapi menjelang lewat malam tambang menjadi 100 ribu secara lumsum. Dalam satu malam itu kami menggunakan teksi sekitar jam 12.30 malam. Agak pelik teksi ini tidak mengenakan tambang secara lamsum sebaliknya menggunakan kekal menggunakan meter. Apabila ditanya kenapa kekal menggunakan meter ditengah malam, maka jawabnya ia mencari rezeki halal. Agak mengharukan jawapan itu maka kami mula mengorek rahsia di sebalik kehidupan pemandu teksi ini. Pemandu teksi itupun memulakan bicara. Berasal dari Solo. Katanya anaknya ramai dan masih bersekolah. Sebelum ini dia bekerja di kapung sebagai pencangkul di kebun-kebun dengan upah 15 ribu rupiah sehari yang menyamai RM 4.50. Atas kepayahan itu juga beliau merubah untuk menjadi pemandu teksi di Blue Bird. Menjadi pemandu teksi juga agak sukar di sini. Polisi yang ditetap oleh syarikat menjadikan bahagian yang diterima oleh pemandu agak sedikit. Katanya juga dia sering tak tidur 3 hari siang dan malam semata untuk mencari duit bagi perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Bilangan teksi yang banyak juga mesukarkan keadaan. Katanya dia hanya makan sekali sehari bagi memastikan pendapatan diperolehi boleh di hantar untuk perbelanjaan keluarga di kampung. Alhamdullilah katanya semua anaknya cerdik di sekolah dan dia berazam untuk memastikan anaknya berjaya dalam pembelajarannya. Katanya anaknya ke sekolah berjalan kaki sejauh 4 km sehala setiap hari. Untuk membeli basikal pun dia tidak mampu. Kebiasaannya anaknya akan makan nasi dan tempe setiap hari. Untuk makan ayam amat jarang sekali. Kadang-kadang adalah empat bulan sekali dapat berpeluang makan ayam. Daging pulak adalah berpeluang makan setahun sekali itu pun masa lebaran. Katanya lagi dia perlu menghantar 300 ribu rupiah atau kira-kira RM 90 sebulan kepada isterinya sebulan untuk perbelanjaan keluarga. Amat terharu apabila mendengar ceritanya, susah untuk mencari sesuap nasi. Kita di Malaysia terlalu banyak makanan sehingga selalu membazir malah anak-anak juga sering memilih makanan yang disukai. Walau bagaimanapun sebenarnya jurang perbezaan darjat di Indonesia ini amat ketara sekali di antara yang miskin dan yang kaya. Kepadatan penduduk di Kota Jakarta yang menyerupai penduduk Malaysia menjadikan mereka berlumba-lumba mencari peluang dan ruang demi mendapatkan sesuap nasi.
Antara sebahagian night live di Kota Jakarta, semakin malam semakin keras bunyinya. (Gambar yang kurang berkualiti, ia di rakam jam 12 malam di Hard Rock Jakarta dengan handphone. Kalau rakam suasana nightlive di tempat-tempat lain sahih kena pukul dengan bonser).