Thursday, October 11, 2007

Majlis Katam Quran

Majlis katam quran dan sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik di komuniti ku berjalan dengan lancar. Selama hampir sebulan di bulan Ramadhan penyertaan anak-anak dalam tadarus al-quran amat menggalakan. Majlis bermula dari pukul 4 pagi iaitu program qiamulail, diikuti bersahur di surau. Kuliah subuh diadakan selepas solat subuh. Pukul 8.30 pagi program taranum untuk anak-anak. Lepas Zohor gotong-royong memasak untuk berbuka puasa. Majlis katam Quran diadakan sebaik sahaja selesai solat magrib dan pengagihan sumbangan untuk peserta tadarus, peserta nasyid, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik dan petugas surau diadakan selepas solat tarawih.

Majlis katam Quran oleh anak-anak

Sumbangan hari raya

3 comments:

butaseni said...

alhamdulillah,
slamat hari raya bro

zino said...

selamat hari raya maaf zahir batin..dari kami sekeluarga

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah. Golongan yang tidak bernasib baik pun dapat sama beraya.

Salam Aidil Fitri buat kamato sekeluarga.