Wednesday, November 07, 2007

Sambutan Aidilfitri Taman Langat Jaya

Sambutan Hari Raya Taman Langat Jaya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Majlis diadakan diantara pukul 8.45 malam hingga 11.00 malam. Komintmen semua penduduk dari semua lapisan amat memuaskan. Konsep gotong royong sejak dari pagi telah berjalan sepenuhnya. Berbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, mee hon, laksa, kueh-muih dan berbagai lagi berjaya disediakan dengan semangat gotong rorong penduduk taman. Y.B. adun Bangi antara tetamu VIP yang turut hadir majlis ini.
Anak-anak kumpulan nasyid dan kompang Shautul Islah menjalani latihan untuk persembahan
Kaum muslimat sibuk menyediakan makanan
Lebih dari 130 batang lemang berjaya di bakar
Sibuk memasak rendang
Gotong royong memasang kemah
Ucapan pengerusi Taman
Hadirin tetap memenuhi kemah walaupun keadaan hujan lebat
Persembahan dari anak-anak Taman Langat Jaya

7 comments:

butaseni said...

ooooooooooooooooooooo lemang.

pengerusi taman tu nampak macam hishamudin tun hussain lah hehe

INDERA KENCANA said...

Hmmm... memang Pengerusi Taman tu nampak penuh dengan karisma, bersemangat pahlawan dan hensem. Hensem ke..?? Hahahahaha... memang betul-betul nampak macam pejuang kemerdekaan.

Kagum dengan semangat dan muafakat orang Langat..

cikdinz said...

meriah majlis.
semua ambik bahagian.
bagus lah....

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Terasa kemeriahannya.

Macam kenal pula tuan pengerusi taman itu... :D

Sastri said...

nampak meriah... penyanyi cilik tu nampak comel laa... :D

Izariza said...

Salam Kamato,
Meski Syawal dah pulang, masih ada jemputan rumah terbuka, kan..

Meriah benar acara. Tuan Pengerusi tidak bersyairkah?

KAMATO said...

butaseni, he he...

indera, nanti saya bagi tau pengerusi tu...

cikdinz, memang meriah, tapi hujan

BP, meriah la jugak

sas, itu la penyanyi utama

izariza, itu la keistimewaan negara kita