Sunday, May 06, 2007

Mak Jan

Pukul 9.45 mlm A datang rumah B

A: Kita ada masalah
B: Masalah apa?
A: Makjan tu dah buat hal, semalam ada orang nampak laki masuk rumah dia pukul 3 pagi.
B: OK kita kena ambik tindakan
A: Macamana kita nak mula.
B: Macam ni! Dia ni bukan penyewa, kita tak boleh malukan dia. Kesian anak-anak dia. Anak dia pun rajin datang surau. OK, kumpulkan orang-orang kita 10.30 malam ni di rumah C, kita bincang
A: OK, 10.30 malam ni

Pukul 10.30 malam A,B,C,D dan E telah pun berkumpul.
B: Semua dah taukan sebab apa kita berkumpul
(Semua mengangguk)
B: Sapa yang nampak ada laki masuk rumah dia?
A: Jiran dia, masuk pukul 3 pagi balik pukul 5 pagi. Masuk ikut pintu belakang
B: Dah berapa kali dia nampak?
A: Dah 4 kali, kereta letak jauh.
D: Kita tak boleh biarkan, nanti kita dapat saham
B: Dia ni pengguni tetap taman kita, kalau boleh kita jangan malukan dia. Kesian anak-anak dia, tindakan kita perlu berkhemah
C: Habis nak buat macamana?
B: Macam ni, cara terbaik esok hantar seseorang untuk nasihatkan dia, bagitau dia jangan cuba-cuba buat hal, kalau kena tangkap nanti dia malu
A: Habis tu kita nak hantar sapa bagi nasihat
E: Orang yang paling layak rasanya Mis X
B: OK, sapa yang nak cakap dengan Miss X esok
A: Pagi-pagi esok aku cakap kat dia
C: Habis kalau malam ni dia buat hal malam ni macamana?
B: Nasib dia la, kalau dia buat hal malam ni, kita ambik tindakan, takkan nak biarkan
E: Rasanya malam ni dia tak ada sebab baru semalam dia buat hal
B: Spy kita dah ready ke malam ni?
A: Spy kita dah ready, tapi pukul 3 malam ni aku akan turun
B: OK kita bersurai, apa-apa hal call

Pukul 11.30 malam A, B dan D duduk bersembang di satu lorong. Tiba-tiba B dapat sms, “laki tu dah masuk”

B: Hai takkan awal sangat! OK bagi tau semua, kita bertindak sekarang, harap-harap apa pun tindakan kita ianya terbaik untuk makjan tu....

Selepas tu..............

Fiesta Keluarga

Peraduan memancing sempena Fiesta Keluarga anjuran Persatuan Penduduk BBB di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada hari ini berjaya menarik lebih 3 ribu peserta. Ramai yang datang berkeluarga, siap berkemah di situ. Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan, RM25,ooo bagi tempat pertama di samping hamper dan sijil. Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai melebihi RM 50,000. Selain memancing beberapa aktiviti untuk keluarga telah pun di atur. Di samping itu gerai-gerai jualan juga berjaya menarik minat ramai pengunjung.


Pengail ikan ini berjaya menggondol RM25,000

Friday, May 04, 2007

Skyhawk

Satu masa kau la raja membelah angkasa
Namun kini kau hanya mampu sebagai tontonan jua

Sky Hawk yang diambil dari TUDM Kuantan dan di tempatkan di ADTEC Shah Alam untuk tujuan latihan dalam bidang Eroangkasa. Kepada sapa-sapa yang berminat boleh lah memohon. Satu bidang yang menjanjikan pekerjaan yang mencabar - kempen sikit untuk ADTEC

Tuesday, May 01, 2007

Laluan Kecemasan

Baru-baru ni travelling ke Johor sebab ada kerja di Kluang. Sampai di KM 175 highway utara selatan iaitu antara Air Keroh dan Tangkak sebuah lori membawa minyak telah terbalik dan terbakar. Aku terekat hampir 2 jam. Masa tu kedudukan aku dengan tempat kemalangan kira-kira 3 km. Tak tau la traffic jam sampai ke mana. Yang aku nak cerita ni bukannya pasal kemalangan tu. Tapi pasal sikap pemandu kat negara kita. Disebabkan jalan tersekat ramai yang menggunakan lane emergency, sehingga lane emergency tu pun turut tersekat. Akibatnya pasukan keselamatan termasuk bomba dan ambulan yang datang dari arah utara tak boleh sampai di tempat kejadian. Yang melalui laluan kecemasan tu bukan sahaja kederaan kecil tapi juga beberapa buah bas express. Pasukan keselamatan terpaksa dihantar dari arah selatan. Semua kederaan yang tersekat hanya dapat bergerak setelah laluan ke utara di buka satu lane utuk ke selatan. Agaknya kerajaan patut mengkaji agar hukuman berat perlu dikenakan ke atas pemandu yang menggunakan laluan kecemasan.