Sunday, July 22, 2007

Member lama

Khamis tengahari aku di arah ke satu majlis pendaftaran pelajar di salah sebuah pusat bertauliah. Pusat bertauliah ini agak terkenal di kalangan hotel 5 bintang sebagai tempat untuk mendapatkan tukang masak. Ia jugak ada kaitan dengan sebuah restoran seafood terkenal di Kelana Jaya. Y.B Timbalan Menteri Sumber Manusia dijemput merasmikan majlis itu. Aku terpaksa berada di sebelah dia untuk member maklumat terutama semasa press conference. Yang aku nak cerita ni bukannya majlis itu, tapi sorang kawan yang dah lama aku tak jumpa tapi aku jumpa di majlis itu. Rasanya dah hampir 20 tahun aku tak jumpa. Dulu masa di Perai dia pernah kerja setempat dengan aku. Lepas tu dia pindah ke Shah Alam. Dia ni jenis cenderong sikit ke politik. Akhir tahun 80an dia meninggalkan kerajaan. Cara dia berhenti agak trajis. Masa tu dia mohon cuti 2 minggu sebab untuk tolong kempen pilihan raya, tapi bos tak lulus. Dia ambik keputusan notis 24 jam. Semua orang terkejut dengan tindakannya. Sejak dari tu aku dah tak jumpa dia, tapi masih ikut perkembangan dari kawan-kawan. Apa yang aku dengar selepas tu di melibatkan diri dalam perniagaan sebagai kontraktor. Nasib dia agak baik, dia masuk kem M.Taib. Business dia berkembang, mungkin senang dapat projek. Tapi semasa ekonomi jatuh pada tahun 1996, perniagaannya juga turut merudum. Lebih-lebih lagi M.Taib dah tak jadi MB. Daripada 6 buah kereta dia ada, terpaksa jual sehingga tinggal 2 buah itu pun proton je. Selepas tu dia kayuh semula dan naik perlahan-lahan, dan sekarang ni dia masih kekal sebagai kontraktor. Dari segi politik, peluangnya mungkin agak cerah, sekarang ni dia dah jadi ketua pemuda bahagian. Dia juga merupakan orang penting dalam putera umno Malaysia. Aku sempat bertanya, “Ada peluang ke bertanding pilihan raya akan datang?”. Dia kata “mudah-mudahan”

Jumaat malam aku menginap di salah sebuah hotel di Ipoh kerana ada tugas rasmi pada hari Sabtu di Ipoh. Dan tak di sangka aku jumpa member ni sekali lagi di hotel itu. Punya la lama tak jumpa, bila dah jumpa, boleh terjumpa semula keesokkannya di tempat yang berbeza. Dia cuma sebut dunia ni kecik. Aku pun tak sempat sembang lama dengan dia sebab dia sibuk dengan majlis politiknya. Berbahagia lah kau dengan dunia politik engkau. Harap-harap perjuangan kau di landasan yang betul. Nama pun politik, kadang-kadang banyak yang tersirat.

5 comments:

pB said...

Salam Bro K ..

seronok bila dpt jumpa kawan lama nie..

Jumpa pulak dgn cara terkejut, tak dirancang dan tak disangka sangka ...

blackpurple said...

Sampai bila nak maju hanya dengan bergayut pada dahan politik? Sedang akar dan batang sendiri tak kuat?

[saya mengomen secara am bukan semata-mata sebab entri di atas :0]

zino said...

dalam politik ni macam macam benda berlaku.. tak nak komen banyak le.. hehe

semuga dia berjaya dalam kerjaya pilihan nya..

butaseni said...

swalam,
dah menjadi adat org yg senang,(bukan anakl org kaya)mesti pernah lalui zaman kejatuhan.pastu dia naik balik,haaa bila dah naik tu takkan turun dah laa,kan?

Sastri said...

tak minat politik walau mengikuti perkembangannya... semoga dia berjaya dengan jalan yang dia pilih... :D