Sunday, November 11, 2012

Akhirnya Kinabalu Kami Tawan

Tanggal 8 November 2012 merupakan tarikh bersejarah kami 13 orang kumpulan SkillsMalaysia berkesempatan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Ekspedesi ini di ketuai oleh En Mohamad bin Yaccob, Pengarah SLDN. Peserta terdiri daripada 9 lelaki dan 4 wanita. Ketika tiba di Taman Kinabalu sehari sebelum pendakian, rata-rata peserta meluahkan rasa bimbang, mampu atau tidak sampai ke puncak, lebih-lebih lagi kami hanya melakukan persiapan kecergasan ala kadar di samping keadaan cuaca ketika itu yang sering hujan.Satu lagi cabaran terpaksa kami hadapi adalah melawan suhu sejuk di kawasan ini.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari jauh ini menguatkan semangat kami untuk mendaki. Ketika menginap di Kinabalu Park Resort di kawasan kaki gunung lagi, kesejukan kawasan tanah tinggi sudah pun menyapa. Tanpa sempat melakukan persiapan kecergasan untuk kali terakhir, hari pertama di sini dihabiskan dengan berehat semalaman di resort.
Sebahagian peserta sebelum memulakan pendakian. Biarpun hati gusar, pelbagai sarapan enak yang disajikan restoran di resort ini tetap dinikmati secukupnya. Selesai taklimat mengenai laluan pendakian oleh ketua jurupandu, peserta ekspedisi memulakan pendakian melalui laluan Pondok Timpohon. Sepanjang pendakian ke Laban Rata kami sempat berhenti di beberapa pondok untuk menghilangkan dahaga dan melapik perut dengan makanan yang dibekalkan. Kami terpaksa berpecah kepada empat kumpulan mengikut kelajuan dan kecerdasan masing-masing. Perjalanan kian mencabar apabila tiba di persimpangan kerana laluan seterusnya menunggu dengan sebahagian besar tangga tinggi dan curam. Badan pula mula keletihan selepas berjalan jauh, jadi lebih kerap singgah berehat di pondok yang berjarak setiap satu atau dua kilometer.
Persimpangan antara Mesilau dan Timpohon
Keadaan pokok-pokok pada ketinggian 2800 meter.
Bersama Meely, seorang pendaki solo dari Belgium. Rakan yang berstamina di antara kami tiba ke Laban Rata pada jam 1.30 petang manakala peserta terakhir tiba jam 7.00 malam. Laban Rata adalah tanah lapang menempatkan asrama dan jaraknya kira-kira 2.7 kilometer di bawah puncak.Sebahagian besar pendaki berkumpul di ruang restoran Laban Rata menikmati bufet yang disediakan sambil menikmati pemandangan mengasyikkan pada ketinggian kira-kira 3,200 meter dari aras laut. Ramai yang sibuk merakamkan gambar terutama menjelang senja yang mana warna langit berubah jingga. Seawal jam 2.30 pagi keesokannya, kami lengkap berpakaian tebal dan dengan lampu suluh di kepala meneruskan pendakian ke puncak. Dalam suasana gelap dan amat sejuk, kami memaksa kaki mendaki tangga kayu yang menjadi jalan penghubung kerana keadaan muka bumi menuju ke puncak dipenuhi batuan curam. Kira-kira 300 meter mendaki tangga, kami terpaksa memaut tali pula untuk memanjat curam batu. Mujur keadaan masih gelap. Jika cerah, mungkin ramai yang gayat dan tidak sanggup mendaki lagi.
Semakin menghampiri puncak, suhu semakin dingin, mungkin hampir mencecah 10 darjah Celsius. Kesejukan sebegini ditambah dengan oksigen yang kian menipis membuatkan pergerakan agak lemah. Apabila suria pagi menyinar, kelibat susunan batu di Low’s Peak sayup kelihatan dari jarak 700 meter. Melihat matahari terbit kira-kira jam 6 pagi sambil berdiri di puncak merupakan satu kenikmatan yang tidak terhingga. Jam 7 pagi, 12 pendaki akhirnya berada di puncak Kinabalu. Seorang rakan tidak dapat meneruskan pendakian kerana mengalami kekejangan otot ketika pendakian menggunakan tali. Hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing apabila dapat berdiri di ketinggian 4095.2 meter dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Akhirnya ku sampai jua
Hanya mereka yang berjaya tiba di puncak Kinabalu mampu menghargai pengalaman pendakian yang ditempuhi dan lebih nikmat lagi bila perjalanan lancar tanpa sebarang masalah. Itulah perasaan peserta Ekspedisi Skills Malaysia yang berjaya menawan puncak Kinabalu.
Pemandangan dari puncak sungguh mengasyikkan. Sesudah merakamkan foto kami memulakan perjalanan turun. Kalau ikutkan, tidak puas menatap pemandangan indah dan bersantai di kawasan batu yang landai di puncak, namun waktu tidak mengizinkan kerana kami perlu mengemas barang dan mendaftar keluar dari asrama di Laban Rata sebelum 10 pagi. Laluan turun ke Timpohon memerlukan pendaki lebih berjaga-jaga bagi mengelak tekanan atau kecederaan kaki yang bekerja keras ketika mendaki. Pun begitu, kami cuba untuk tidak berjalan terlalu perlahan dan mengelak berhenti terlalu kerap supaya sempat tiba di Timpohon sebelum hari gelap.

Saturday, November 03, 2012

Persiapan Ekpedisi Gunung Kinabalu

Enam minggu berturut-turut kami jadikan Bukit Broga sebagai latihan stamina sebelum misi Ekpedisi Gunung Kinabalu. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami berlatih sekali lagi di Broga. Aku mengambil masa 25 minit untuk mendaki tanpa berhenti dari bawah sehingga puncak pertama.
Cuaca cukup cerah pagi ini, kelihatan awan berada di bawah puncak.
John yang hanya berkaki sebelah tidak menghadapi masalah untuk mendaki sehingga ke puncak dan beliau juga akan mendaki Gunung Kinabalu

Sunday, September 30, 2012

Zahir

Hari ni melawat Zahir di SMS Selangor. Katanya dia dapat straight A dalam percubaan PMR. Cuma 9 orang yang dapat straight A dalam kelasnya. Kebiasaannya peperiksaan percubaan sekolah asrama penuh ni memang susah.Kebetulan kelas dia adalah kelas pertama. Moga Zahir akan kekalkan prestasi untuk PMR sebenar.

Sunday, September 23, 2012

Budaya Malu

Aku amat tertarik dengan poster 'Budaya Malu' yang terpampang di semua bangunan di SMK 33 Jakarta. Poster ini secara tak langsung dapat membentuk sahsiah diri yang sempurna kepada pelajar.

Sunday, September 16, 2012

Kehidupan di Kota Jakarta

Aku berpeluang berada 5 hari di kota Jakarta. Aku menginap di hotel Harris, iaitu hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasan metropolitan Kelapa Gading Mall. Kedatangan aku ke sini adalah untuk memberi ceramah kepada sekumpulan pensyarah di satu kolej di samping membuat pemeriksaan ke atas kolej yang ingin mendapatkan pengiktirafan dari kerajaan Malaysia. Ketibaan ku di kolej SMK 33 di sambut dengan kompang dan kalungan bunga, terkejut sekejap aku dengan layanan mereka. Jadual kerja aku begitu padat setiap hari dari pagi hingga petang. Kesimpulannya aku di sini di layan seperti raja setiap masa. Lewat petang dan malam aku gunakan sepenuhnya menjelajah Kota Jakarta. Ternyata nightlive di kota ini begitu meriah. Hanya iman yang membataskan geraklaku seseorang itu. Makanya bila kita sering mendengar seseorang itu ke Jakarta adalah untuk berhibur, ternyata benar sekali. Hiburan tanpa batasan berleluasa di malam hari. Aku tidak ingin untuk bercerita lebih lanjut apakah aktiviti nightlive di sini, apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah kisah kehidupan seorang pemandu teksi yang aku naiki. Perjalanan aku di sini dari satu kesatu tempat di sini di luar waktu tugasan menggunakan teksi. Untuk mendapatkan teksi di kota ini tidak menjadi masalah. Terlalu banyak teksi di kota ini, mereka menjalankan perkhidmatan sehingga sepanjang malam. Tambang menggunakan meter adalah menjadi kebiasaan kepada sebahagiaan besar teksi di sini terutama teksi syarikat bluebird, tetapi apabila menggunakan teksi lewat malam mereka akan mengenakan tambang secara lumsum. Sebagai contoh kebisaannya kalau kita menggunakan teksi bermeter dari kelapa gading ke center of Jakarta dalam waktu biasa tambang yg dikenakan adalah sekitar 60 ribu rupiah tetapi menjelang lewat malam tambang menjadi 100 ribu secara lumsum. Dalam satu malam itu kami menggunakan teksi sekitar jam 12.30 malam. Agak pelik teksi ini tidak mengenakan tambang secara lamsum sebaliknya menggunakan kekal menggunakan meter. Apabila ditanya kenapa kekal menggunakan meter ditengah malam, maka jawabnya ia mencari rezeki halal. Agak mengharukan jawapan itu maka kami mula mengorek rahsia di sebalik kehidupan pemandu teksi ini. Pemandu teksi itupun memulakan bicara. Berasal dari Solo. Katanya anaknya ramai dan masih bersekolah. Sebelum ini dia bekerja di kapung sebagai pencangkul di kebun-kebun dengan upah 15 ribu rupiah sehari yang menyamai RM 4.50. Atas kepayahan itu juga beliau merubah untuk menjadi pemandu teksi di Blue Bird. Menjadi pemandu teksi juga agak sukar di sini. Polisi yang ditetap oleh syarikat menjadikan bahagian yang diterima oleh pemandu agak sedikit. Katanya juga dia sering tak tidur 3 hari siang dan malam semata untuk mencari duit bagi perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Bilangan teksi yang banyak juga mesukarkan keadaan. Katanya dia hanya makan sekali sehari bagi memastikan pendapatan diperolehi boleh di hantar untuk perbelanjaan keluarga di kampung. Alhamdullilah katanya semua anaknya cerdik di sekolah dan dia berazam untuk memastikan anaknya berjaya dalam pembelajarannya. Katanya anaknya ke sekolah berjalan kaki sejauh 4 km sehala setiap hari. Untuk membeli basikal pun dia tidak mampu. Kebiasaannya anaknya akan makan nasi dan tempe setiap hari. Untuk makan ayam amat jarang sekali. Kadang-kadang adalah empat bulan sekali dapat berpeluang makan ayam. Daging pulak adalah berpeluang makan setahun sekali itu pun masa lebaran. Katanya lagi dia perlu menghantar 300 ribu rupiah atau kira-kira RM 90 sebulan kepada isterinya sebulan untuk perbelanjaan keluarga. Amat terharu apabila mendengar ceritanya, susah untuk mencari sesuap nasi. Kita di Malaysia terlalu banyak makanan sehingga selalu membazir malah anak-anak juga sering memilih makanan yang disukai. Walau bagaimanapun sebenarnya jurang perbezaan darjat di Indonesia ini amat ketara sekali di antara yang miskin dan yang kaya. Kepadatan penduduk di Kota Jakarta yang menyerupai penduduk Malaysia menjadikan mereka berlumba-lumba mencari peluang dan ruang demi mendapatkan sesuap nasi.
Antara sebahagian night live di Kota Jakarta, semakin malam semakin keras bunyinya. (Gambar yang kurang berkualiti, ia di rakam jam 12 malam di Hard Rock Jakarta dengan handphone. Kalau rakam suasana nightlive di tempat-tempat lain sahih kena pukul dengan bonser).

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

Aidilfitri adalah puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsu. Ianya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam kerana dapat melaksanakan kewajipan rukun Islam ke tiga. Aidilfitri juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu, iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Menyambut Aidilfitri di Malaysia adalah jauh lebih beruntung berbanding rakan-rakan di negara Islam lain yang bergolak. Kita perlu bersyukur dengan nikmat ini iaitu nikmat merayakan Aidilfitri dalam aman sejahtera. Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Fitri masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya. Berikut sebahagian photo sepanjang raya yang sempat dirakam Angah.

Friday, July 27, 2012

Catatan di Colorado & Califonia

Aku sampai di KLIA agak lewat, lebih kurang sejam suku sebelum flight berlepas. Selepas check in aku terus bergegas ke Golden Lounge untuk International flight. Ternyata agak lengang lounge pagi itu. Hanya boleh kira beberapa orang sahaja yang berada di situ. Aku ambik kesempatan melayan sms dan ucapan-ucapan dalam FB. Kebetulan hari itu adalah hari jadi aku, jadi banyak sangat pesanan masuk, sehingga tak terlayan aku nak menjawabnya. Sesetengah tu daripada beberapa orang yg berpengaruh. Aku tersentak apabila nama aku dipanggil untuk panggilan terakhir, rupanya pesawat untuk berlepas tinggal 15 minit. Aku terus bergegas ke terminal, rupanya bukan aku sorang yang lambat. Tak sampai setengah pun ruangan bussines class di isi penumpang.
Pesawat berhenti di Narita International Aiport selama sejam setengah. Aku hanya menghabiskan masa di eksekutif lounge. Sambung balik melayan masage-massage dari kawan-kawan. Kat sini terpaksa pilih makanan yang boleh diambik. Flight berlepas semula jam 8.45 malam waktu tempatan. Sedap juga melayan japanase noodle dalam flight. Selepas 10 jam perjalanan dari Narita pesawat mendarat di Los Angeles Intenational Aiport tepat jam 3 petang waktu tempatan. Seperti yang di duga pemeriksaan kastam agak ketat, kena beratur panjang. Setiap orang kena scan tangan dan muka, malah kena jawab beberapa soalan sebelum dibenarkan masuk. Kerenah ini menjadikan line beratur panjang. Mungkin mereka tak percaya orang luar. Nasib baik aku ada masa 3 jam sebelum transit ke Denver. Sampai giliran aku cukup pantas, tanpa scan, tanpa ambik gambar. Mungkin disebabkan aku masuk menggunakan visa diplomatik. Sampai ke tempat pemeriksaan barang sekali lagi kena beratur panjang. Mereka akan check secara rambang, sebarang makanan memang tidak dibenarkan masuk. Mujur beg aku tak kena buka. Untuk penerbangan ke Denver aku terpaksa menapak dari terminal utama ke terminal 7, jauhnya lebih kurang 1 km. Service check-in di kaunter United Airline amat teruk sekali. Jauh baiknya service di KLIA.
Tepat jam 6.45 ptg flight berlepas dari Los Angeles dan mendarat 9.50 malam waktu tempatan di Denver International Airport. Boleh tahan juga besarnya airport Denver. Sebenarnya sebelum aku ke sini aku telah menghubungi beberapa hotel di Golden, tempat yang wajib aku tuju, tapi semua hotel penuh. Aku cuba minta bantuan driver teksi semasa perjalanan dari airport kalau-kalau dia tau hotel di Golden. Cukup baik driver itu, dia cuba menghubungi semua hotel di Golden, memang ternyata tak ada yang kosong. Akhirnya aku mintak driver hantar terus ke Hotel VQ Denver. Ini bermakna untuk selama 2 hari aku terpaksa berulang menggunakan teksi dari Denver ke Golden dengan jarak 40 km, dan aku terpaksa spend sekurang-kurangnya 100 dollar sehari untuk tambang teksi sahaja.
Denver adalah kota yang besar, walaupun hotel yang aku duduk tidak betul-betul di tengah kota tetapi hanya 5 minit sahaja untuk sampai di tengah kota itu. Pihak hotel ada menyediakan shuttle yang beroperasi setiap masa dari jam 6 pagi sehingga 11 malam.Malah walaupun hanya kita seorang pun mereka akan hantar dan akan pick up apabila kita call. Di tengah kota Denver ramai seniman jalanan yang menghiburkan pengunjung dengan berbagai. Tidak dinafikan mereka memang berbakat. Kadang-kadang terfikir juga ada juga kebaikkannya aku tak dapat hotel di Golden, sekurang-kurangnya aku boleh menjelajah kota Denver ini. Kalau bermalam di Golden agaknya mati kutu. Golden adalah satu bandar kecil yang terletak di atas pergunungan. Keadaan begitu nyaman sekali dengan pemandangan yang indah. Bandar di sini adalah bandar lama yang mempunyai reka bentuk yang unik. Tak ada pun bangunan kormersal yang tinggi di sini. Bangunan paling tinggi ialah Hotel Table Mountain Inn iaitu 3 tingkat. Urusan aku di Golden adalah untuk menghadiri mesyuarat TC44 ISO dalam bidang Welding. Sirim memilih aku untuk hadir mesyuarat ini, disebabkan aku antara ahli yang aktif dalam membangunkan Malaysian Standard (MS) ISO dalam bidang Welding. Mesyuarat tahunan kali ini di jalankan di Colorado School of Mines. Agak besar kolej ini sehingga sukar untuk aku mencari tempat mesyuarat. Mujur kakitangan di sini begitu baik, mereka carikan dan hantar aku sampai ke tempat mesyuarat. Mesyuarat ini dihadiri ahli-ahli TC44 yang juga pakar-pakar welding dari negara-negara yang menjadi ahli seperti German, UK, France, China, Korea, Finland, India, Japan, Itali, Belanda, Sweden, Singapore. Ada beberapa negara lagi tak menghantar wakil, mungkin ekonomi tak mengizinkan. German antara negara yang menghantar ramai delegasi sehingga 6 orang. Dari Malaysia aku sorang, sepatutnya ada 2 orang lagi wakil dari JKR, tapi visa mereka ada masalah. Biasanya wakil dari Petronas akan turut serta, tapi kali ni mereka tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Buat masa ini status negara kita adalah 'paticipation member'. Implikasinya apabila tak hadir meeting status negara akan menjadi 'obserb member'. Sebagai paticipation member kita berhak mengundi untuk memutuskan satu-satu keputusan. Keputusan ini amat penting bagi meletak standard kita juga sama seperti negara maju. Mesyuarat 2 hari berjalan lancar. Walaupun kadang-kadang ada pertelagahan pendapat, namun dalam soal teknikal mudah untuk dapat kata sepakat. Selama 2 hari 18 resolusi telah dipersetujui sebulat suara oleh semua members dari seluruh negara. Mesyuarat tahun depan dijangka samada di Finland atau S Africa. Japan telah melobi untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2014. Malaysia dijangka menjadi tuan rumah pada tahun 2016.
Selepas habis tugas aku ambik kesempatan mejelajah kawasan Golden, baru aku tahu kenapa semua hotel di sini semua penuh. Bulan Julai dan Ogos, Denver merupakan destinasi utama percutian. Malah dalam masa yang sama untuk tahun depan semua hotel-hotel utama telah ditempah. Di bandar ini terdapat sungai dengan air jernih dan deras mengalir dari puncak pergugungan. Musim panas begini sungai ini menjadi tumpuan beribu-ribu pengunjung. Aku cuba menyusur di tepi sungai sambil menikmati pemandangan indah. Terlalu panjang sungai itu, aku hanya mampu menyusur kira-kira 1 km sebelun turun balik ke bawah. Ternyata tiada jeram yang bahaya dan menjadikan ianya selamat untuk aktiviti menggelungsur menggunakan pelampung dari atas ke bawah. Aktiviti mendaki gunung juga merupakan aktiviti utama pengunjung ke sini. Golden terkenal dengan keindahan banjaran batunya. Kalau aku lama di sini mungkin aku ambik kesempatan mendaki. Aku ada tanya agen yang menguruskan, dan mereka kata minimun kumpulan yang dia bawak naik atas adalah 5 orang.
Hari ketiga aku check-out dari VQ Hotel untuk ke Los Angeles. Driver lamosine yang mengambil aku seorang muslim, namanya Hassan. Menurutnya di Denver saja terdapat 10 buah masjid. Masjid yang terbesar boleh menampung sehingga 3000 jemaah. Apabila dia tahu aku datang dari Malaysia dia terus pasang CD bacaan quran. Terasa macam kat Arab pulak. Bro Hassan ni cukup respect dengan negara kita sebagai negara islam. Banyak jugak yang dia tahu pasal negara kita. Penerbangan MAS dari LA ke Kuala Lumpur hanya 2 hari sekali, oleh itu aku terpaksa bermalam 2 malam sebelum terbang ke KL melalui Narita. Di Los Angeles aku menginap di Western Hollywodv iaitu di Hollywood Downtownowner Inn. Nak duduk tengah kota LA, tak sanggup rasanya, semuanya mahal, rasa membazir kalau nak belanja sampai RM 800 semalam. Hotel yang aku duduk ini merupakan hotel budget, hotel tak besar tapi bilik cukup luas, malah setiap bilik dilengkapi dengan ruang dapur, wifi dan astro. Mula-mula aku sampai kat hotel ini terfikir jugak aku, betul ke tempat yang aku pilih ni, macam hotel cap ayam. Aku booking hanya melalui internet saat akhir sebelum aku berlepas ke sini. Tapi yang bagusnya hotel ini dekat sangat dengan subway. Dengan bertanya pada seorang uncle yang sedang menunggu train di Western Hollywood, dalam 10 minit aku dah tahu bagaimana untuk menggunakan sistem pengangkutan untuk ke tempat-tempat utama seperti Madame Tussauds Hollywood, Hollywood Museum, Chinese Theatre, Egyptain Theatre, Hollywood Wax Museum, Walk of Frame, Bevelly Hill dan Hollywood Universal Studio.
Keadaan bilik di Hollywood Downtowner
Satu perkara yang sukar di US ini adalah untuk mendapatkan kedai halal. Kalau di Europa mana-mana bandar kita pergi kita akan jumpa kedai Turki, tapi tidak di sini. Di airport aku sempat berborak dengan seorang pelajar Indonesia yang bekerja part time di aiport dan katanya memang susah untuk mencari kedai halal di LA ini. Kalau lama di sini agaknya boleh kurus.