Thursday, June 30, 2005

Seminar ILJTM

2 hari berpeluang menyertai seminar Pengajar ILJTM yang dihadiri oleh 300 wakil dari JTM, MLVK, Perhebat, MARA, KBS, UNIKL, Kolej Komuniti dll. Sebanyak 6 kertas kerja telah di bentangkan oleh EPU, JPA, UNIKL, MLVK, PROTON dan SIRIM. Aku dilantik mengetuai salah satu kumpulan. Untuk dapatkan komitmen semua ahli aku terpaksa bertindak sebagai fasilitator, letih jugak. Beberapa resolosi telah di putuskan demi kepentingan pengajar dan latihan kemahiran negara.

Hari pertama sempat membajak di Morib. Tetapi hanya sempat sampai ke hole 6, lepas tu magrib. Main petang tu hancus.....

Sunday, June 26, 2005

Kursun Induksi PP, PPD & PPB

Dah lama aku tak bercakap panjang. Hari ni terpaksa jadi penceramah kursus induksi di Summit USJ menggantikan staff yang el. Penganjur terkejut bila tenguk aku yang datang dan dia kata tak sangka pulak aku yang nak bagi ceramah.

Berceloteh sorang-sorang dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang, berhenti cuma masa makan. Masa berceramah tak rasa penat, tapi bila dah sampai rumah nak bercakap pun tak larat. Peserta kursus tak ramai, cuma 22 orang. Semua peserta menunjukan minat yang mendalam terhadap kursus ini. Aku tak pasti samada penyampaian aku memuaskan atau tidak tetapi Alhamdulillah selama 8 jam aku bercakap tak ada sorang pun yang terlentuk. Seperti biasa aku gunakan skill yang ada untuk menarik perhatian peserta.

Saturday, June 18, 2005

Hari Keluarga MLVK

Hari ini ada tiga majlis yang patut aku hadiri. Pertama Angah masuk pertandingan akhir Marhaban peringkat negeri Selangor di Sekolah Agama Nilai, keduanya TT bulanan Funser di Damansara dan yang ketiga Majlis Hari Keluarga MLVK.
Sebagai Setiausaha PKS, aku terpaksa mengutamakan Hari Keluarga MLVK. Majlis yang dirancang berjalan dengan lancer. Sebenarnya awal-awal lagi kami telah diarahkan agar tidak mendapatkan sebarang sumbangan dari mana-mana pihak. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa syarikat yang dapat menghidu dan menyumbangkan sedikit sumbangan. Majlis kali ini ada sedikit kelainan. KP telah mendermakan seekor lembu. Dagingnya di masak sup dan gulai, selebihnya dipanggang. Biasanya seekor lembu boleh menjamu 1000 orang, tetapi kami hanya lingkungan 300 orang termasuk kanak-kanak. Oleh yang demikian memang puas makan daging.
Terima kasih kepada semua warga MLVK yang majayakan majlis ini.

Wednesday, June 08, 2005

Kekayaan Kejayaan dan Kasih Sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalamanrumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar. "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang! "Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang. "Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanyakepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Monday, June 06, 2005

Lawatan ke Terengganu

Tiga hari di Terengganu aku bertujuan menghadiri kenduri abang ipar di samping itu membuat lawatan audit empat Pusat Bertauliah (PB). Semuanya program berjalan lancar. Kenduri di rumah abang ipar, walaupun tak sebesar mana tetapi 3 ekor lembu tumbang. Kerjasama masyarakat Felda memang amat membanggakan. Cuma yang agak memeningkan kepala pagi kenduri tu air paip terputus, terpaksa mintak bantuan Majlis Bandaran untuk hantar air selori.

Lawatan ke atas PB hari kedua dan ketiga tidak menghadapi sebarang masalah. Kebetulan keempat-empat PB yang dilawati merupakan PB yang mempunyai rekod yang memuaskan dan tidak pernah menimbulkan masalah. Cuma aku tidak menyedari salah satu PB yang aku lawati merupakan kepunyaan En Wahid, S/U persatuan PB Terengganu. Dan aku amat kenal dengan En Wahid ni, malah beliau kerap pesan kat aku kalau balik Terengganu mesti call dia. Si Wahid ni pun tak perasan aku yang akan datang pusat dia, jadi bila je nampak aku dia terus berteriak..“Apa ni balik kampung tak telipon....“ Apahal pun PB dia ni mempunyai prospek yang amat baik untuk berkembang lebih jauh.

Friday, June 03, 2005

Dialog CEO

Daripada minggu lepas lagi tumpuan kerja hampr seluruh kakitangan di pejabat tertumpu kepada persediaan bagi dialog mengenai National Dual Training System di antara YB Dato’ Mustapa Mohamad dan YB Datuk Wira Dr Fong Chan On dengan 1000 orang CEO dari berbagai sector industri di seluruh Negara. Malam tadi juga terdapat beberapa pegawai terpaksa bekerja sehingga pukul 3 pagi kerana penyediaan persiapan terakhir. Hari ini merupakan kemuncak majlis tersebut. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun beberapa perkara terpaksa diubah di saat akhir. Saat paling memeningkan adalah untuk mengenali VVIP semasa pendaftaran.

Majlis memperlihatkan industri berminat untuk menyertai program NDTS ini. Majlis seperti ini juga memberi peluang kepada para CEO untuk bertemu antara satu sama lain. Dan aku sendiri dapat juga jumpa ramai kenalan lama. Bekas bos lama aku Tan Sri Zainol... masih macam tu, kalau borak sampai tak sedar majlis dah mula. Semangat kerja memang still number one, kalau tidak takkan LHDN dapat kutip berlipat kali ganda....