Sunday, May 30, 2004

JMTI

Sebenarnya minggu lepas seminggu aku duduk di Penang. Waktu-waktu kecederaan aku kat Jabatan ni, masih juga aku kena pergi buat kerja. Penat juga buat ISO ni. Start kerja dari pukul 9 pagi, pukul 11 malam baru habis. Camtula setiap malam, tapi sempat juga 2 kali aku kena char kue tiau. Memang inila sajian kegemaranku bila ke Penang. Kat BBB ni bukanya takde char kue tiau, tapi rasanya memang tak boleh lawan kat penang. Malam pertama aku sampai Sukri bawak aku pekena di Bandar Perda. Malam ketiga aku kat sana Basharuddin datang ambil aku bawak aku ke alma. Aku tenguk Basha ni pun dah pakai kereta baru, NAZA. Baru 2 hari katanya. Apahal pun tahniah. Biasanya aku kalau ke Penang kalau boleh tak mau orang tau, sebab nanti ramai yang mencari. Bukannya tak mau layan, tapi tak mampu nak layan. Kalau layan sorang nanti member lain kate apa. Nak buat camna, dekat lapan tahun aku duduk sini dulu. Ramai sangat saudara. Tapi kali ni aku tak boleh sembunyi sebab dah ada member yang tercium. So seperti yang aku jangka banyak sangat aku menerima jemputan. Tapi terpaksa aku tolak dengan baik, memandangkan tugas aku kali ni agak berat. Dalam keadaan aku sibuk tu pun sempat juga jengah ITTAR Perai, tempat aku bertugas dulu. Aku tenguk tak banyak berubah seperti sebelum aku tinggalkan tempat tu 10 tahun lepas. Begitu jugak member-member lama yang tinggal di situ. Masih ramah macam dulu juga. Cuma mungkin nasib belum menyebelahi mereka kerana member-member seangkatan mereka yang berada di JTM telah jauh maju ke depan. Semuanya ni kuasa Tuhan..........

Friday, May 21, 2004

TT Funser

Hari ni agak sibuk sikit, pagi petang ada meeting. Walaubagaimanapun bahang perpindahan sentiasa menjadi bualan. Dek kerana agak sibuk aku tak sempat nak surf web Funser. Biasanya sempat juga aku log-in waktu rehat tengahari. Lewat petang aku tergerak untuk masuk forum funser, aku terus ke topik TT Putrajaya. Aku tenguk kat situ mbsalleh mintak aku ke Kelab Tasik jam 6.00 petang. Aku tenguk jam, lagi 10 minit pukul 6. Dalam hati dok sebut nasib baik bukak komputer. Aku terus call mbsalleh, dia kata dah sampai di Kelab Tasik dan mintak juga aku call Haidi untuk join sama. Aku try call Haidi tak tak dapat. Kami sebenarnya sedang merancang untuk menjadi hos TT Funser bulan depan. mbsalleh ni sebenarnya nama samaran, nama sebenarnya Mohamad bin Salleh. Dikalangan ahli funser memang kami menggunakan nama samaran. Kadang-kadang sampai kami terlupa nama sebenar. Tapi semuanya sporting, kalau sesekali jumpa memang riuh.
Aku sampai di Kelab Tasik pukul 6.05 dan terus berbincang dengan mbsalleh mengenai pogram yang akan dirancag. Kami sepakat untuk mengadakan pogram tersebut pada 26 Jun. Pada ku masa tu memang amat sesuai kerana di samping gaji dah keluar, aku tak ada kelas hari tu. So pada mana-mana yang nak datang awal aku boleh sambut.

Thursday, May 20, 2004

Surat Pertukaran

Saat penantian telah pun berakhir, masing-masing pegawai yang terlibat telah pun mengetahui tempat pertukaran. Awal pagi lagi aku dah terima panggilan dari pegawai di Kementerian yang memaklumkan pertukaran aku tak ke mana, walau bagaimanapun katanya masih dikategorikan akta rahsia rasmi. Puas aku cuba bertanya ke mana aku ditempatkan tapi masih tak berhasil, walaupun sebenarnya aku dah dapat bayangan ke mana aku akan ditempatkan. Malah aku juga dapat mencium kemungkinan rakan-rakan seangkatan ku akan ditempatkan. Suatu masa dulu aku pernah terlibat dalam urusan perjawatan, oleh yang demikian aku masih mempunyai hubungan yang baik dengan sumber-sumber yang berurusan dengan perjawatan. Lebih kurang pukul 2.30 petang aku telah terima berita memaklumkan bahawa surat pertukaran/lkenaikan pangkat telah siap di JPA dan sedia untuk di pos. Jabatan telah berusaha menghantar pelayan pejabat untuk mengambil surat-surat tersebut. Tepat jam 4 petang aku dan rakan-rakan terlibat telah menerima surat-surat berkenaan. Seperti yang telah ku jangka aku telah ditukarkan ke Jabatan lain berkuatkuasa 1 Jun, walaubagaimanapun aku masih bersukur kerana masih ditempatkan di kawasan Lembah Klang. Seramai lapan orang pegawai di tempat aku bertugas terlibat. Sebahagian besar ramalan-ramalan yang aku terima sebelum ini adalah tepat, hanya seorang sahaja yang di luar jangka. Aku harap beliau dapat bersabar dan aku percaya jabatan mampu menyelesaikan untuk mendapatkan yang terbaik. Sebenarnya aku juga risau samada boleh atau tidak bertugas di tempat baru. Walaubagaimanapun aku akan tunjukan yang terbaik.

Wednesday, May 19, 2004

Pelawat Bahrin

Pagi ni aku ambil keputusan untuk terus ke ILPKL kerana aku terpaksa mengiringi degelasi dari Bahrin. Aku bertolak macam biasa macamana nak pergi ofis, sebab terpaksa hantar angah dulu. Tak sangka pulak awal sampai di ILPKL, iaitu pukul 7.50 pagi. Sedangkan rombongan tu dijangka akan sampai pukul 9.00 pagi. Sempat juga aku meninjau sekeliling institut dan bersembang dengan dua tiga orang pengajar. Tak lama lepas tu Hasni datang dan ajak aku ke kantin. Aku sebenarnya dah minum kat rumah, tapi dah member ajak kena ikut juga. Kat kantin ramai juga pengajar tengah mengisi alas perut. Jenuh juga aku terpaksa tawaf bersalaman. Ramai muka baru yang aku tak berapa tahu nama, tapi dia orang ni kenal aku. Jadi kenalah buat-buat kenal. Jam 8.45 kami dah tunggu rombongan depan bilik taklimat. Sebelum tu sempat juga kami berbincang bentuk presentation dan pogram lawatan yang akan dibuat. Pukul 9.10 baru rombongan sampai dan taklimat terus bermula. Rombongan Bahrin ini amat berminat dengan insitut kita ni dan bertanya macam-macam. Lepas tu barulah kita tau rupa kedatangan mereka ke sini untuk belajar konsep yang telah kita buat. Mereka ni negara kecil, penduduk hanya 750 ribu tapi pekerja asing je dah 600 ribu. Jadi ekonomi Bahrin ni banyak bergantung kepada tenaga luar. Mereka cuba untuk melatih rakyat tempatan untuk menjadi tenaga mahir. Habis taklimat terus lawatan, mula-mula pergi bahagian printing. Mereka amat terpegun dengan kecanggihan teknologi bahagian ini. Selepas tu pergi bahagian CAD-CAM. Semasa di bahagian Automotif pelawat diberi penerangan oleh W Mohd Azmi, tapi rupanya dia ni boleh cakap arab. Aku pun tak tau selama ini yang dia ni boleh cakap arab. Habis terpegun semua pak arab tu. Aku ada tanya juga denga pak arab tu, betulke bahasa azmi ni. Dia jawab 'perfect'. Lawatan kesemua area complete pukul 12.00 tgh. Komitmen pengajar-pengajar semua amat memuaskan. Selepas lunch pak arab tu bertolak pulak ke CIAST Shah Alam untuk pogram lawatan seterusnya.

Tuesday, May 18, 2004

Member Jauh

Memang menjadi rutin aku setiap malam mengadap anak-anak untuk tenguk kerja sekolah. Kalau tak buat memang depa tak buat keje, terutamanya yang kecik sekali memang dia tak bagitau ada kerja rumah kecuali kita yang tenguk. Kekadang pelik juga budak tadika 5 tahun pun hari-hari ada kerja rumah. Biasanya pukul 9 pukul 10 barulah dia siap buat kerja. Begitulah juga malam tadi, bila dah habis tenguk budak-budak barulah boleh tenguk tv. Tak lama lepas tu pukul 10 handset berbunyi Along yang angkat. Tenguk-tenguk display nama Suhaimi Ipoh. Bila aku aku bagi salam dia kata 'aku dah dekat tol Kajang jumpa tempat biasa kejap lagi'. Aku jawab 'Ok kejap lagi sampai'. Aku pahamle tempat biasatu, biasanya restorant D'limau nipis la tempat aku bersembang dengan kekawan waktu malam. Dulu-dulu selalunya sembang di Yus tapi dah bukak tempat baru ni dah semua lepak tempat ni. Sebenarnya baru 2 minggu lepas Suhaimi ni datang dari Ipoh untuk tujuan terima sijil naik pangkat J36 dan direstoran tu juga la kami bersembang. Tapi kali ni aku pelik apa tujuan dia datang. Sebenarnya Suhaimi ni member baik semasa bujang dulu di Perai. So bila dia datang KL mesti cari aku. Aku pulak kalau pergi utara, kena rahsiakan dari dia kalau aku tak sempat jumpa dia. kalau tidak memang dia murka. Aku sampai kawasan restoran pukul 10.15 tapi aku tenguk restoran tu tutup. Apa sebab dia tutup malam ni pun tak tau. Aku call balik Suhaimi dan tanya kat mana, dia kata parking pun area sini. Aku ambil keputusan untuk ke restoran Deen Wahab dan pesan kat Suhaimi cari aku kat situ. Tak lama Suhaimi ni pun sampai rupanya dia bukan sorang tapi dengan sorang Jepun, katanya expert weding kat ILP Ipoh. Barula tau rupanya dia datang sini nak collect tiket ke Jepun. Kursus welding 2 bulan. Seronoknya.........engkau Mi macam bercutila. Bila dah ada Jepun ni apalagi dok sembang pengalaman masa aku kat Jepun dulula, sedar-sedar dah dekat pukul 12 malam barulah kami beredar.

Monday, May 17, 2004

Pertukaran

Sekarang ni di pejabat dah kecoh pasal tukar ni. Kemungkinan besar awal jun ni ada pertukaran besar-besaran. Masing-masing dah risau termasukla diriku juga. Tapi apa hal pun kalau dah terpaksa nak buat camna, kena pergila juga. Mungkin ada rahmatnya. Ada sorang member tu punyala risau bila disebut nama naik ke Kota Bharu. Katanya biorle tak naik pangkat namun nak ke KB mintak maaf. Aku pernah juga berseloroh dengan dia "Dah cadri kotak ke belum", Tapi dibalasnya "Engkau bior bebenor aku masukan kau dalam kotak kasut nanti". Dia tak yang aku pun risau juga. Nak buat macamana kalau dah terpaksa, terimajele.....Rasa-rasanya minggu ni dapatle surat pertukarantu. Biarla keluar cepat takla masing-masing terseksa tunggu.