Tuesday, October 03, 2006

MP

Aku telah ditugaskan untuk memberi ceramah induksi di salah sebuah hotel yang agak terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini. Semasa dalam lift hotel tersebut kebetulan aku bersama seorang bekas ahli parlimen parti pembangkang yang cukup terkenal bersama pembantunya. Aku tak boleh nak tegur sebab dia begitu asyik bercakap melalui telepon. Antara perbualan yang dapat aku tangkap adalah ‘Apa yang Tun cakap adalah benar, semua apa yang Tun cerita adalah soal kepentingan negara! Kita memang sokong sepenuhnya...’ dan banyak lagi……

Tak tau la sapa Tun yang dimaksudkan tu. Kalau la Tun yang dimaksudkan tu bekas PM... cepat betul manusia berubah. Aku biasa juga jadi petugas di parlimen, dan dia ni lah dulu antara MP yang cukup berbisa mengkritik bekas PM tu. Sekarang apa dah jadi. Itu la namanya politik, sekelip mata boleh berubah. Lantakla dia orang.....

Monday, October 02, 2006

Pak Guard

Bulan puasa ni aku terpaksa memaksakan diri untuk naik motor pergi kerja. Rasa lega betul, lantak la nak jem macamanapun. Kadang-kadang teringat masa muda dulu, jadi mat rempit.
Biasanya kalau aku naik kereta sampai pintu pagar, dari jauh lagi Pak Guard dah angkat tangan. Siap tabik lagi. Tapi bila aku naik motor aku angkat tangan pun Pak Guard buat dek je. Ye le...pakai helmet, mana dia kenal aku. Rupanya Pak Guard ni pun ada diskriminasi jugak.