Thursday, July 19, 2007

Tomyam

Kedudukan Negara kita adalah di antara Thailand dan Singapura. Sedar atau tidak sedar kita kena terima hakikat bahawa kedua-dua Negara ini merupaka saingan utama Negara kita dalam berbagai aspek. Kita sering didedahkan yang baik-baik berkenaan Negara kita. Kadar ekspot Negara yang meningkat, kadar kemasukan pelancong yang meningkat. Tapi adakah kita membuat penilaian peningkatan itu berbanding dengan kedua-dua jiran kita. Pada hakikatnya kita masih tertinggal jauh. Bukan untuk 2 aspek ini sahaja, malam dalam berbagai aspek.

Kita mensasarkan dalam tahun 2020 kita akan menjadi Negara maju, tetapi Singapura 2015 mensasarkan menjadi Intelligent Nation. Dalam ucapan national day Negara itu, PMnya mengumumkan Singapura perlu menjadi Negara bersih, kakitangan awam yang cekap dan . Malah rata-rata telah mengetahui Singapura mempunya system pengurusan kakitangan awam terbaik dunia. Kalau nak cerita kelengkapan tentera udaranya, tak perlu ceritala. Mungkin antara terbaik di Asia.

Thailand pulak dalam serba-serbi telah kedepan dari kita. Eksport barangan mereka ke Negara kita tidak boleh disangkal lagi. Malah kadang-kadang boleh menjejaskan produk tempatan terutama hasil pertanian. Teknoloji industry pertaniannya begitu jauh kedepan. Malah baru-baru ini kita dikejutkan seorang professor di Thailand telah berjaya menghasilkan buah durian tanpa bau. Walaupun secara logicnya apa la ada pada durian tanpa bau, kerana ia akan meng hilangkan keistimewaan buah itu. Tetapi ia menunjukan begitu tingginya taraf kajian mereka. Masyarakat kita sendiri sudah senonim dengan barangan siam. Beras siam, masakan siam, buah siam, kucing siam dan macam-macam lagi. Makanan siam boleh diperolehi diseluruh pelusuk Negara. Bukan saja Negara kita tapi juga hampir seluruh Bandar besar dalam dunia memang ada kedai makan masakan Thai.

Teringat satu cerita dari Dr Dusit Jaul berkaitan masakan Thai ni, ceritanya begini;

Suatu hari pelakon Hollywood terkenal Tom Cruise telah menjalani penggambaran satu filem di Thailand. Oleh kerana pengaruhnya sebagai pelakun begitu terkenal di Thailand, beliau telah dijemput untuk melawat dan makan malam di istana Raja Thai. Ini lah kali pertama Tom Cruise dapat bertemu semua kerabat Raja Thai dan dia begitu terpikat dengan keayuan puteri Raja Thai. Di pendekan cerita Tom Cruise dan puteri raja tersebut telah bersetuju untuk berkahwin. Maka puteri raja telah memohon kepada ayahandanya untuk berkahwin dengan Tom Cruise. Raja Thai tidak mengizinkan malah amat murka. Sang puteri cuba memujuk beberapa kali, tapi raja Thai tetap dengan keputusannya tidak merestuinya. Alasan yang diberikan oleh raja Thai adalah perkahwinan itu nanti akan memalukan kerabat di raja memandangkan Tom Cruise merupakan pelakun terkenal. Oleh kerana raja Thai tetap dengan keputusannya, puteri raja mengugut akan membunuh diri jika permintaannya untuk berkahwin dengan Tom Cruise tidak ditunaikan. Akhirnya raja Thai terpaksa bersetuju, kerana bila bunuh diri itu akan lebih memalukan kerabat di raja. Walau bagaimanapun raja Thai telah mengenakan syarat. Syaratnya adalah Tom Cuise mesti menukar nama kepada Tom Yam. Tom Cruise tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dia mengetahui nama tersebut adalah nama sejenis makanan Thai. Akhirnya hasrat kedua pasangan tersebut untuk berkahwin terpaksa dibatalkan. Moral of the story nama TomYam itu begitu terkenal di seluruh dunia sebagai makanan Thai sehinggakan Tom Cruise sendiri tidak rela namanya ditukar kepada TomYam.

Apa cara pun, kita perlu melihat persaingan kedua Negara tersebut dengan Negara kita sebagai persaingan positif. Kita perlu berusaha agar dapat menyaingi pengaruh ekonomi kedua-dua Negara ini.

6 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

org malaysia ni tak ramai ada yang berminat untuk kerjakan industri pertanian.padahal itu adalah antara sumber utama ekonomi.sbb tu thai boleh pergi jauh,diorang apa kerja pun buat.

psss bola pun kita dah ketinggalan dgn 2 negara ni,macam mana tu?(menyimpang lak)

blackpurple @ jowopinter said...

Dari segi kemajuan dari beberapa aspeks kita memang dah ketinggalan dari kedua negara itu. Singapura tidak payah dibandingkanlah, sebab mereka sudah menjadi negara maju sedangkan kita masih negara membangun. [Ironinya Singapura itu dulunya sebahagian dari Malaysia].

Dari segi agrikultur samada agri. komoditi atau ornamental juga cabang-cabang hortikultur seperti florikultur pomologi dan olerikultur, memang Thai dah terlalu jauh meninggalkan kita. Mungkin sistem kita sebelum ini yang membelakangkan sektor ini.

He he he. Kisah Tom Yam itu lucu yang sinikal sebenarnya.

indera kencana said...

Terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan dan kebejatan orang kita. Jika disenaraikan, pasti boleh siap laporan setebal 1000 muka surat. Yang boleh dilakukan adalah kenal pasti kelemahan, cuba perbaiki dengan sistem dan perancangan yang teratur...

Saya suka Tomyam Gung. Tapi tak suka Tomyam kat Tupai-Tupai. Rasanya dah macam Asam Pedas..

NBK466 said...

Memula cite seriuos...yg last2 tuh cam cite lawak.

Itulah..kita asyik di'gula2'kan dgn pencapaian kita saja...Yg ketinggalan tuh senyap.. That's why kalau org luar yg tak tahu dimana M'sia, kalau ckp between S'pore & Thailand baru org tahu..

Sastri said...

dengan singapura, memang jauh bezanya... nak maju, tapi masih lagi dibelenggu dengan kekorupsian yang ada... macamana?

KAMATO said...

butaseni, mungkin stategi kita masih tak betul dalam industri pertanian...

BP, setuju... pakoknya kita perlu berusaha untuk menyaingi mereka, bukannya syok sendiri sehingga terlena

indera, itula cara terbaik kenalpasti kelemahan dan susun stategik

nbk, serious sangat pun kadang2 sakit kepala he...he

sas, korupsi itula perosak bangsa, kemajuan dan segalanya