Friday, April 22, 2011

Tokyo dan Malam

Bumi Japan sering bergegar dengan gempa bumi. Gegaran ini menjadikan mereka sentiasa bersedia untuk maju. Walau bagaimanapun Tokyo tetap menawan. Berikut beberapa suasana malam di Tokyo yang saya terima melalui email dari seorang kawan, cantik......

Wednesday, April 20, 2011

Memandu vs Mengantuk

Bila umur dah meningkat ni selalu mengantuk bila memandu. Kawan-kawan ada apa-apa petua ke nak hilangkan ngantuk bila memandu.

Berikut dialog dengan mem bila aku baru balik dari out-station,

Mem: Abang bertolak pukul berapa dari sana?

Aku: Pukul 5.

Mem: Hah! Abang bawak laju macamana?

Aku: Takla laju sangat, cuma satu-tujuh, satu-lapan je. Kadang-kadang satu-sembilan, tak lebih dari tu.

Mem: Abang tak sayang ke dengan kami ni?

Aku: Sebab sayang la abang bawak laju, kalau bawak slow abang mengantuk. Bawak laju mata celik dari mula sampai sini non-stop.

Mem: Macam ni abang masuk je la F1.

Aku: Kalau dibagi peluang nak juga cuba.

Monday, April 11, 2011

Gajet

Berikut sebahagian gajet yang wajib ada dalam kereta bila aku memandu


Smart tag - Dulu-dulu masa tak ramai pakai benda ni, lapang je lorong smart tag. Sekarang ni lorong smart tag lagi banyak kereta berderet berbanding lane touch & go. Dan acap kali juga aku terpaksa masuk lorong touch & go untuk mengelak beratur panjang. Agaknya dah sampai masa Plus perlu menambah lorong smart tag.
Hand Free – Dah berapa kali entah aku dah terhilang benda kecik ni. Klau takda benda ni pun susah juga.
Garmin Nuvi – Dah lama aku pakai benda ni, sejak mula-mula keluar dulu. Garmin antara software terbaik sebab terdapat community yang rajin update route. Kalau kita rajin update tiap bulan kita akan sentiasa dapat map terbaru. Alat yang cukup membantu dalam perjalanan. Ke mana kita pergi, kita tak perlu risau, gajet ni akan tunjuk arah. Cuma dalam negara kita belum boleh punch sampai ke nombor rumah untuk serch. Di Japan dan Eropah gajet ni dah boleh search sampai ke no rumah. Baru ni aku terkena juga pakai benda ni. Aku pergi satu jemputan di satu kampung di Kapar. Ikut peta rumah kenduri belakang satu masjid, so aku search nama masjid tu. Bila aku sampai masjid tu tak ada pun kenduri kat situ. Rupanya dalam kampong tu ada 2 masjid yang sama nama, satu masjid lama dan satu masjid baru. Jarak antara dua masjid ini agak jauh. Kebetulan pulak kad jemputan tertinggal maka terpaksa la tanya orang-orang di situ. Inila pertama kali aku terkena bila terlalu bergantung pada gajet ini.
Radar Detector – Gajet ni aku baru guna. Sorang kawan belikan di Japan. Kat negara kita tak jual benda ni. Compact dan smart gajet ni. Menggunakan kuasa solar, dan boleh disambung ke kereta kalau perlu. Yang bagusnya dia boleh auto on apabila kita start injin dan akan off sendiri apabila kita mati injin walaupun tiada sebarang cable antara gajet ni ke kereta. Gajet ni akan berbunyi apabila ia mengesan sebarang radar, malah dia boleh mengesan sehingga maksima jarak 3 km.