Monday, August 06, 2007

Van usang

Photo ni aku rakam di salah sebuah kampong di Trengganu. Pemilik van ini mungkin peniaga pasar malam. Sarat van tersebut dengan barangan dari dalam dan atas bumbung van. Keadaan van agak uzur. Mungkin nilai barangan yang dibawa berkali ganda nilai harga van itu. Apa yang menarik di tempat parking van tersebut telah tergantung seperti kandang bertujuan mengunci barang-barang di atas van itu. Agaknya pencuri lebih gemar barang-barang yang dibawak daripada curi van tersebut. Memang kreatif pemilik van ini. Tapi apa la jadi agaknya bila pemilik van tersebut lupa nak buka kandang, dan terus undur ke belakang.....

8 comments:

ontahsapo said...

canggih...

loveujordan said...

peniaga memang creative, dah jadi amalan harian , tak lupa kot nak bukak sangkar...

blackpurple said...

Bergeliga peniaga itu. Tak apa. Nanti bila dah maju mungkin boleh beli van dan lori yang lebih besar dan canggih!. :D

Sastri said...

kadang-kadang terfikir juga, bawak barang banyak2, tak pancit ke tayar van? maklum saja berat dan kondisi van tu dah uzur...

ZLAA said...

Salam Kamato,

Ya, orang kita memang kreatif tetapi mudahan kreatif kena pada tempatnya.

NBK466 said...

Musti owner sayang gilos kat van nie..banyak jasanya..(pandai2 yo den nie..he.he.he.)

zino said...

boleh kena saman tu.. hehe

KAMATO said...

os, malaysia boleh....

ljourdan, kalau dia lupa, atap rumah tu akan ikut dia pegi

bp, kena canggih gitu, kalau tak habis kena kebas

sas, van je buruk, tayar ok....

zlaa, memang kreatif

nbk, dia sarang barang atas van tu...

zino, polis tak nak saman, sebab dia tak makan saman