Thursday, November 29, 2007

TT Terkejut

Malam semalam telah diadakan satu perjumpaan bekas ahli Funser di sebuah restoran di Kajang. Perjumpaan ini memang tak dirancang. Pada awalnya ingat hanya aku dan brother zino saja yang menyambut Aimman yang datang dari Johor. Rupanya sebelah petang tu juga la aku dapat massage ramai yang akan turut sama. Maka petang tu juga la terpaksa aku booking table di Hj Samuri. Sebelas keluarga telah berkumpul malam tu termasuk la PB yang selalu singgah di blog ni.
Sebenarnya ahli Funser ni begitu aktif satu masa dulu. Toyota telah menyediakan satu web untuk tujuan forum. Hubungan kami seluruh negara dalam alam maya itu begitu hangat. Perjumpaan keluarga yang dikenali TT sering diadakan setiap bulan terutamanya di kawasan Lembah Klang ini. Setiap bulan akan ada yang dilantik menjadi host untuk TT. Biasanya sesiapa yang pernah hadir TT ni, tak kan mis TT yang akan datang. Kami juga sering mengadakan kovoi keluarga beramai-ramai. Walau bagaimanapun nama kumpulan Funser ini telah berkubur walaupun semangat ahli-ahlinya masih membara. Syarikat Toyota telah menukar nama tersebut deari Funser kepada Tribetoyota dan memasukkan ahli dikalangan pemilik semua model Toyota. Selepas itu kehangatan bekas ahli-ahli Funser untuk berforum dalam web yang disediakan semakin berkurang. Ini menjadikan aktiviti yang dirancang melalui forum dalam web kadang-kadang kurang sambutan. Namun semangat dan keakrapan kumpulan Funser ini masih kuat, buktinya dengan hanya sms dalam tempoh yang singkat sahaja, 11 keluarga dapat berkumpul.

Sebahagian ahli yang hadir
Perjumpaan keluarga

Konvoi ke Penang yang pernah dilakukan kumpulan ini - tinggal kenangan

15 comments:

zino said...

unser yg last tu macam kenal je sape punya hehe

pB said...

Siapa punya unser tu ...??

yang biru tu tak penah nampak pun

tokasid said...

Salam Pak Kamato:

Saya amat tertarik dgn aktiviti pemilik Unser ni. Dapat tertemu rakan lama dan rakan baru. Ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama ahli.

Apa kata kalau masing2 ada rezeki lebih, ahli Funser buat rombongan Umrah, just ahli Funser saja? Tapi tak dapek lah nak berkonvoi guna Unser kan.

blackpurple @ jowopinter said...

Kira aktif juga Funser ini ek.

Lama dah tak ikut aktiviti kelab kereta dot dot dot itu. Dulu-dulu rajinlah..... :D

arsaili said...

mana sdr dalam gamabr tuh..uhuhuhu..let me guess..t-shirt biru muda belang $#$%^^&^$@

cikdinz said...

best gak dapat konvoi...

NBK466 said...

True friendship never dies kata org2 JAWA tuh..he.he.he

zino said...

kamato
malam tadi TT mini dengan orang sabah bah.. zino lawchoo param dan leongwk je yg sempat datang.. zino pun decide last minit..selepas lawchoo mesej..hehe

pb
unser kaler biru tu tak pernah nampak.. ? hehe

Sastri said...

bagus jugak ada aktiviti macam ni kan? sas tak pernah lagi turut serta... huhuhu...

Manjlara said...

so, no more funser? sayangnye... hope 11 keluarga ni teruskan tradisi tu :)

Kaklong Syikin said...

salam,

bila nak buat aktiviti berkonvoi lagi?

Izariza said...

Salam,

Best nampaknya aktiviti tu .. tapi sayang tak dapat jadi ahli .. :D

butaseni said...

datang penang lagi kontek aku,aku blanja makan sotong kangkong :)

Brother Lans said...

Aslkum Brother K,first time into your blog (although someone from the office have said about you having a blog):-) Interesting postings you have here. Will link yours to mine.Wsalam Brother Lans :-)

zino said...

kamato..
ada satu lagi mini TT nak di buat.. hairani is in town..