Saturday, March 27, 2010

Public Speaking

Pengucapan Awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. Ianya merupakan satu SENI.

Seni pegunkan pendengar - Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan termasuk mata dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi pendengar.

Seni mengubah hipotesis pendengar - Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan fakta.

Seni memujuk - Selalunya aspek pujukan digunakan pada penghujung ucapan dan biasanya dengan nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika teknik ini digunakan sepenuhnya, mampu membuatkan para penonton anda bangun memberi tepukan gemuruh.

Seni bahasa badan dan mimik muka
- Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah dan bahasa badan disepadukan bersama.

Seni gaya bersahaja - Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato yang hebat.

Seni mengawal suasana - Bagaimana hendak memukau penonton agar mereka memberi tumpuan dan faham apa yang diperbincangkan adalah perlu bagi seorang pemidato.

Seni menjawab soalan secara spontan - Memberi respon terhadap soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oleh semua pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta tenang merupakan seni pada pengucapan awam.

TETAPI KENAPA APABILA MEREKA BERDEPAN DENGAN PENILAI SEMUA SENI INI HILANG, SEBALIKNYA GEMURUH YANG MENGUASAI

13 comments:

Che' Pit said...

salam che kamato

hmm biasalah mcm tu.. CP yang mmg kerja ckp kat depan ni pun selalu bila nak start tu, gemuruh gak.. dup dap gak.. tapi dah lama sikit, naik minyak lak ngeh ngeh ngeh..

KAMATO said...

Salam CP,handal macamana bercakap, bila di nilai dah jadi lain macam

PINATBATE said...

Salam..
betullah..kalau goreng depan anak murid tak de hal..sampai tak cukup masa nak habiskan hujjah..tapi bila pengetua masuk mencerap..habis segala seni dan skill..tinggal gemuruh tahap gelabah..meskipun dah berbelas tahun jadi cikgu..camno tu??

Che' Pit said...

Setuju sangat dgn kak Pinat

ketua Pusat CP dulu mmg suka masuk kelas anak2 buah dia.. kita yg tgh syok "kelentong" peserta, bila dia masuk, terus tukar mood.. down terus.. pas habis kelas, dgr lah komen2 pedas beliau huhu..

aznaz said...

salam from Makkah..

to improve this cl cadangkan masuk klass motivasi ESQ..paling best....sure you all will have good confindent bila buat presentation depan pengetua or student...


walsam

Ayah Zain said...

Salam KAMATO,

tempat biasa cakap macam berteh di goreng bila depan khalayak ........ tuhan aje yang tahu. Bak kata sudin dalam seniman bujang lapok 'nak terkucil'

zino said...

seni gemuruh tu yg cikgu tak ajar hehe

rezeki said...

salam kamato

ramai org2 politik cukup handal dalam public speaking ni

tak tgk teks pun hehehe

asuhara sue said...

hehehe saya yang pernah mengajar pun bila kata kena berucap kat depan, masih lagi ada gemuruhnya!

sokong zino, seni gemuruh/mengawal gemuruh cikgu x ajar!

Dr Singa said...

benci public speaking..
benci cikgu BM yang paksa public speaking ..
.
selamat pagi kamato...
:)

mama ju said...

salam kamato

Kenapa politikus dan org2 setara dgnya bercakap dgn penuh yakin dan bersemangat? Dapat tarik org pulak tu..

Kamaludin tu Kamato ke...maaf kenal dalam tak kenal!

KAMATO said...

Pinatbate, ha ha…. Pengetua tu mesti garang

Che Pit, kena anggap ketua tu macam peserta jugak he he

Manzlie, bagus juga cadangan tu

AZ, itu penyakit ramai orang ….

Zino, sekolah lupa nak letak dalam silibus

Asuhara, agak kalau dinilai dah jadi lain macam
Dr Singa, benci pun terpaksa buat

Mamaju, memangla kamaludin tu kamato

syahrulnizam said...

Tunggu kemunculan buku Seni Bahasa Badan tulisan saya pada April nanti. :)