Monday, March 15, 2010

Kelapa Pandan

Tengah cuaca panas, dapat pulak peluang meneguk air kelapa pandan yang manis dan harum. Pergh….. punyala puas Tuhan saja yang tau.

Kalau kat KL biasanya harga kelapa pandan ni RM 3.50 sebiji, tapi dalam perjalanan nak balik kampung aku ada sorang abang tu jual cuma RM1.80 sebiji. Tiap kali balik kampung aku akan singgah pekena kelapa pandan ni, biasanya sebiji masa pergi dan sebijik lagi masa balik. Aku pernah tanya kat abang yang jual tu sebab apa dia jual murah sangat. Katanya itu la cara dia bersedekah. Aku tanya berapa banyak boleh jual, dia kata dalam seminggu dia terpaksa bawak masuk dua lori kelapa pandan. Itu pun kadang-kadang tak cukup. Katanya lagi dia dah ada pelanggan tetap dan ada yang datang dari jauh semata-mata nak pekena kelapa pandan.

Walau pun dia jual tak mahal, tapi bayangkan kalau dah seminggu boleh jual dua lori, berapa banyak dia dapat. Agaknya itu la berkat berniaga sambil bersedekah.

21 comments:

KAKTINY said...

berniaga + bersedekah.. mmg rezeki tak putus..

tapi berapa ramai yang sanggup buat macam tuh kan?..
ramai yg nak bukak business hari ni, nak untung sejuta esok, dan tutup lusa.. (end up, mmg tutup terus tak sempat kaut untung.. hutang plak yg menimbun...)

sedih laaa...

tapi.. air kelapa pandan tu mmg nikmaaaattttt.... sedapnyaaa....

manzlie said...

salam from makkah...

sayang lah cl tak makan kelapa dan takminum air kelapa..rugi kan




wslam

PINATBATE said...

aduss..teringin lah pulakkk...:D

KAMATO said...

kadang2 kalau nak cepat untung cepat pulak terlingkupnya

KAMATO said...

manzlie, kenapa ye cl tak minum air kelapa, sedap apa......

KAMATO said...

pinatbate, kalau nak puas makan cubala kat tuan mee

Mak Su said...

all the best utk abang tu, moga tambah2 maju

sonata anak kancil said...

sape2 ade ladang kelapa boleh pajak kan kat tuan jual n melalui orang tengah - Kamato....senang, nanti Kamato dapat diskaun lagi bila singgah minum!tolong member bisnes...kot2 boleh tumpang tui.... ngeh3x

Che' Pit said...

sedap n harga murah..
kalau CP gerenti 2 biji pergi, 2 biji balik.. silap2 tapau lagi ngeh ngeh ngeh..

tapi kat mana tu che kamato?

khairyn said...

salam kamato
kurang berminat dengan air kelapa or kelapa pandan ni err... sebab bau dia yang harum tu.. err.. macam rasa minum air perfume hihihi

Kak Sidah said...

Salam Komata,

kat mana lokasinya tu, kalau dekat boleh gak singgah.

rezeki said...

salam kamato

dlm perniagaan , konsep keberkatan sgt penting , kalau byk dan kurang keberkatannya, tu yg madang tak cukup je , tapi kalau banyak dan berkat pula insyallah melebihi keperluan

dulu masa saya meniaga air, kelapa ni saya ambik je kat belakang rumah , tak payah modal hehehe

pokok kelapa itu jenis kelapa hijau , kena pulak isi yg lembut , org panggil "degun" adusss hari pulak panas , campur ais yg dikisar guna mesin ABC , adussss hehehe

KAMATO said...

sonata, sekarang ni jual kelapa muda lebih untung dari kelapa tua

KAMATO said...

CP, percaya.... memang CP boleh habis 2 bijik sekali minum....he he

KAMATO said...

khairyn, sedap apa wangi2

KAMATO said...

kak sidah, kat tuan mee, kalau dari puncak alam menghala ke ijok akan jumpa la

KAMATO said...

rezeki, sebenarnya asal nama "THE GUN", tapi lepas tu jadi nama "DEGAN"

dEeWaN said...

memang berbaloi bila kita berbudi pada tanah. saya ni dulu masa kat perak,sayur tak beli pun.seronok dpt hasilnya bila kita berkebun.sayuran segar tak ada racun

JABAR@PAKOKH said...

slm shbt.. mcm nk p tmpt yg kelapa pandan tu..? ada no phme penjual tu tk..? tlng sy blh huhu.. lbkg.blogspot.com kalau blh bg info kt sy 0192848131... istri aku mengidam kelapa pandan la...

ck tiong said...

Apa alamat itu jual kelapa pandan?

Ami Kikkz said...

kat mana orang jual kelapa tu