Hampir 3 jam aku bersama sifu ku Prof Dr Wan Mohd Rashid di Shah Alam. Biasanya aku yang mengunjungi pejabat beliau di Batu Pahat atau sesekali beliau datang ke pejabat ku Putrajaya. Kali ni dia yang turun sini tapi perjumpaan kami dibuat di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam. Seronok juga sesekali dapat berbincang di luar pejabat, sambil berbincang sambil minum. Seperti biasa setiap kali habis berbincang maka di kepala ini penuh dengan bebanan yang perlu di bereskan. Aku juga perlu membantu Prof Wan ni untuk syarahan perdananya bulan Mei ini. Nasihat Prof, biar apa pun terjadi jangan tolak tawaran yang datang.
Nota: Terima kasih pada rakan-rakan blogger atas nasihat dalam n3 sebelum ini, insyaallah saya akan buat keputusan sebaik mungkin
12 comments:
Assalamualaikum KAMATO
Moga Allah permudahkan segala urusan dunia, lebih2 lagi untuk Akhirat
amin
Wassalam
salam rozali, mudah-mudahan sama kita dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat
salam kamato
moga keputusan yg diambil memberikan kebahagian di dunia dan di akhirat kelak ,
semuanya dgn izin Allah jua
insyallah
psss baru balik mengeteh dgn nak bini pekena mee goreng mamak dan tt
hujan2 ni lapo hehehe
Berbincang di kedai kopi memang labih santai ... respeklah walaupun Prof tapi tak kekok berbincang di kedai kopi .
semuga mendapat ilham utk membuat keputusan muktamat...
berbincang kat kedai kopi mmg best, kadang2 saya dgn kwn2 konon nak santai2 pun terbincang hal2 serius dan ilmiah. tak pelah kan sambil menyelam minum air.
klu mlm sy suka mkn mee goreng mamak.
susah juga ya..nak buat pilihan.
Salam Sdr Kamato
Tentu rasa santai bila meeting kat kedai mamak....
kenapa kedai mamak , bukan kedai melayu ...
hi hi hi
Salam En Komato,
Moga Allah permudahkan dalam membuat pertimbangan...
salam ziarah... tak tahu pula nak sembang apa hari ni...all the best :)
Rezeki, insyaallah doakan saya…. Mee goreng mamak memang sedap
Silversarina, Prof tu pun manusia biasa kan…
Zino, memang kadang2 kena minta pendapat orang lain
Asuhara, 3 jam dengan supervisor, memang berat kepala
Zue, saya pun suka juga mee goreng mamak
Mamaju, memang santai, tapi output yg penting
Pb, agaknya sebab kedai melayu takda mee goreng melayu he he
Atikah, terima kasih doa itu
Maksu, tak payah sembang, cuma suruh tekan je keyboard he he…
Post a Comment