Thursday, March 18, 2010
Bahtera Kehidupan
Hampir 6 tahun aku berlayar bersama bahtera ini. Dalam masa itu jugalah aku menghambakan diri sepenuhnya untuk bahtera ini. Aku berdiri sebagai pejuang menyokong dan membenteras anasir-anasir bagi memastikan bahtera belayar menuju sasaran walaupun ada kalanya tersasar arah dan tujuan. Aku berdiri kukuh menyokong dasar-dasar dan prinsip perjuangan bahtera ini. Aku seronok dengan perjuangan ini sebagai hulubalang. Walau bagaimanapun masa telah merubah keadaan. Keadaan memaksa seperti tiada ruang untuk aku terus berbakti pada bahtera ini lagi. Perlukah aku pergi?
Perlukah aku pergi menjadi hulubalang di bahtera yang lain yang belayar di lautan lepas,
Atau pun haruskah aku pergi menjadi nakhoda di bahtera yang lain dan menjadi penentu arah dan tujuan,
Atau pun wajarkah aku terus kekal sebagai hulubalang di bahtera ini dengan ruang yang terhad.
Apa pandangan kawan-kawan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
salam from makkah..
kalau dah bahtera di situ tiada memebri apa apa makna harus lah BerHIJRAH ke bahtera yang lain..mungkin akan menjadi LEBIH hebat HULUBALANGnyer nanti..insyalah..
waslam
salam CL, insyaallah tengah fikir ni....
Assalamualaikum KAMATO
jangan yg dikendung berciciran
yg dikejar tak dapat
Wassalam
timbang yg mana lebih berat kebaikan atau keburukan apabila berlaku penghijrahan..
adakalanya kita perlukan perubahan..
kalau pasal duit ataupun pulangan yang lumayan, ingatlah 'duit bukanlah segala-galanya..'
tapi 'segala-galanya nak pakai duit',
salamm bro kamato,
mungkin nak jadi nakhoda pula???
rozali, betul la tu....
cuba tanya Sang Pencipta.. pasti Dia ada jawapannya..
istikharah jalan terbaik kan.....
apa yang penting.. dah ada bahtera yang en.kamato dh pun menjadi nakhodanya.. BAHTERA RUMAHTANGGA... itu bahtera terbaik utk dijaga dan paling berkat dunia dan akhirat.. hihihi..
(tetiba keluar tajuk plak komen nih.. hihihi)
bang zino, tengah timbang la ni..... kalau saya tolak saya kekal sini dgn jawatan sekarang, kalau saya terima saya kena pindah jauh.... masalah lain timbul
salam kamato
pak itam faham apa yg dikiaskan
cubalah dulu kat bahtera lama tu, mana tau ada sinar dari Allah menuju perubahan walaupun dlm keadaan dan ruang yg sempit, namum apabila tidak boleh bertahan dan keadaan bahtera tu semakin teruk , bolehlah difikirkan utk berhijrah ke bahtera lain , demi perjuangan
insyallah
mulan, betul juga mungkin perubahan membawa kebaikan
drsinga, kalau diarah terpaksa la....
kaktiny, terima kasih... memang Sang Pencipta tempat terbaik mengadu
ohhh...pelayar bahtera rupanya....Nak tukar bahtera lebih besar ke? kena banyak fikir-fikir-fikir.....macam hubby saya pun...pernah ditawarkan kenaikan pangkat...bukan besor pun, tapi kena balik ke KL....fikir-timbang-fikir-timbang - kami masih sepakat duduk di sini lagi...walaupun sebelum ni pernah duduk di KL.....!
apa kata MEM ?
kalau demi untuk kebaikan masa depan dan keluarga, apa salahnys menempuh sedikit pengorbanan (dari segi keselesaan dan kebiasaan sekarang)
aimman, mungkin juga begitu tapi bila dah selesa sekarang kadang2 tak besedia untuk pergi, tapi kalau saya tak pergi mungkin peluang tak datang lagi
PB, mem suruh ambik..... saya je yg pikir panjang
sonata, ni masalahnya kita yg tak mau keluar kl
salam.
Follow yr heart. Kalau dalam hati tiada jawapn, boleh istikharah..
Kadang2 hijrah tu perlu .
Ibarat sepohon rendang ,apakah yg kita mau darinya.Adakah kerana teduhnya saja ,atau kerana buahnya, atau kayunya , atau sekadar nak gantung buai berangan nak kawin dengan anak raja.. hehe.
JANGAN PANDANG BELAKANG
pak itam, tu masalahnya..... kalau saya terus kekal disini saya tolak kenaikan pangkat dan kekal jawatan sekarang
mama tanjung, terima kasih pandangan mama, akan saya timbang sebaik mungkin
hijrah itu perjuangan,
hijrah itu pengorbanan...
tapi waima jalan mana pun yang diambil, sebagai kawan saya akan terus menyokong bro!
kita x harus di takuk yg lama. perlu prubahan.
klu rasa tukar bahtera tu boleh mmbawa kepd kebaikan buat keluarga dan diri kamato sendiri..jgn di tolak tawaran itu.
pelik bunyi soalan ni.... sungguh saya tak tahu nak menjawabnya
Ada baiknya kita menyahut cabaran.... mana lah tahu rezeki yang diberi oleh Allah itu ada hikmahnya.... Kebiasaanya peluang itu datang sekali je dalam hidup. Doa saya semoga rezeki yang telah diberi oleh Allah itu adalah terbaik untuk en.kamato dan keluarga.
Allah telah memilih kita utk menerima rezeki itu... kebiasaanya yang baik itu datang sekali saja dalam hidup kita... Hijrah Rasulullah s.w.a untuk meninggal Mekah yang tercinta amatlah berat bagi baginda tetapi hijrah itu penuh bermakna dengan hikmah2 yang tersembunyi... Doa semoga rezeki yang dtg ini terbaik utk en. kamato dan keluarga.
asuhara, terima kasih..
zue, insyaallah untuk negara juga..
puteri, apa pun tenguk la keadaan minggu depan
selamat melayari bahtera baru yang lebih kukuh InsyaAllah .
Post a Comment