Wednesday, March 03, 2010

Nostalgia Signboard TIKL


Aku baru terima gambar masa muda-muda dari sorang rakan yang di post melalui fesbuk. Terlalu nostalgia sangat gambar ni. Gambar zaman 30 tahun lepas. Masa ni kami freshie kat kat sekolah, selalulah kena buli. Masa ni kami kena buat sighboard sekolah, pikul 3 tiga kilometer dari sekolah sampai jalan luar dan dirikan di situ. Punyalah bangga masa tu dapat dirikan signboard sekolah. Tapi sayang signboard tu sekarang ni dah tak ada di tempat asal, kalau masih ada agaknya boleh hantar kat muzium. Sebelah tu signboard SMS Selangor, musuh kami masa tu. Selalu bergaduh dengan sekolah tu, mereka kat SMS tu semua baik-baik. Kami bukannya tak baik cuma sikit je nakal. Di sekolah kami penuh dengan besi dan kayu, itu yang susah. Sekarang ni anak aku pulak belajar kat SMS tu.

Setakat yang aku ingat nama-nama yang ada dalam gambar tu - sukri, sharudin, aban, khairul syam, zainal, riduan, khairul salleh, rano, md nor,ismail, hamid, boeng, komori, rosli, wak, monalito, malek, kamaruddin.... yang lain-lain tak ingat dan kalau jumpa sekarang ni pun comfirm tak kenal. Ada sapa-sapa boleh teka ke yang mana KAMATO?

9 comments:

pB said...

muka inocent

KAMATO said...

PB, anak saya tak boleh cari yang mana

rosli said...

Salam Kamato,

saya pun tak boleh kenal yang mana satu....apapun best tgk gambar ni....betul tu, you mesti bangga dengan sign board tu....biasalah jalan kat situ pun dah lebar skrg...

skrg ni smss dan TI masih tak ok lagi ker ?

Kaktiny said...

mmg sah jawapannya.. SAYA TAK TAU!!.. huhuhu... hahaha...

aznaz said...

salam.kamato..

sungguh nostalgiakan...heheheh

waslam

CikguZue said...

comel2 belaka. memang sure tak kenal yg mana satu.

Ayah Zain said...

Salam,

seronok mengingati nostalgia lama kan?

KAMATO said...

rosli, sekarang ni mana ada gaduh2 macam dulu

kaktiny, anak saya pun tak tau

manzlie, memang nostalgia

cikguzue, ha ha comel.....

AZ, ni la cuba nak cari balik kawan lama

dEeWaN said...

payah nk teka...sumer nya cun2.tinggal kenangan jer......