Saturday, March 06, 2010

Landak

Kau tau tak mana nak cari daging landak
Kau ni mimpi apa tiba-tiba nak makan daging landak
Ya la orang kata sedap, tapi aku tak pernah makan, tu yang aku teringin nak makan
Kalau kau nak makan daging landak tu kau pergi Sungai Panjang
Sebelah mana tu
Kau pergi hala Sungai Besar ikut Tanjung Karang, lepas Sg Dorani nanti jumpa la Sg Panjang. Kalau tak silap nama restoran tu Restoran Selera Rimba, kat situ bukan je landak tapi ada jugak ayam hutan, baung, rusa dan kijang
Bila kita nak pergi ni…..
Isk, isk…kalau aku pergi pun bini aku bukan nak makan…nanti la kita tenguk masa yang sesuai


Aku pun sebenarnya dah lama tak makan daging landak. Masa kecil dulu senang sangat nak tangkap landak ni. Untuk tangkap landak ni cuma perlu cari lorong dia berjalan, kemudian tahan perangkap. Umpan dia cuma kulit cempedak. Sekarang ni jangan harap, haiwan itu dah makin pupus. Haiwan ini dah termasuk dalam spesies haiwan buruan yang dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Daging landak ni sebenarnya lembut dan tidak mengandungi lemak, malah ianya tidak berserat. Bagi penggemar daging buruan, mereka sering mengatakan keenakan daging landak lebih lazat daripada daging kijang. Walaubagaimanapun dalam keluarga aku hanya arwah ayah dan aku saja yang boleh makan daging binatang buruan. Emak dan adik-adik memang takkan sentuh. Dulu masa kecik bila kami dapat tangkap landak ni sekor boleh di jual RM 20 hingga RM30 je. Sekarang ni di pasaran, daging landak boleh mencecah sehingga RM70 sekilo. Malah seekor landak hidup boleh dibeli dengan harga RM1,000 seekor.

Sebenarnya aku membesar dihujung kampong yang bersempadan dengan hutan. Keadaan itu menjadikan memburu merupakan sebahagian aktiviti arwah ayah. Aku pun seronok ikut dia. Masa aku umur 12 tahun arwah ayah dah ajar aku menembak, dia letak botol atas pagar dan suruh aku tembak. Katanya orang laki kena berani dan kena pandai memburu. Ayah buat pondok tinggi dalam kebun. Kami sering berjaga malam dalam pondok itu. Banyak babi kacau ubi kayu masa tu. Arwah ayah sayang sangat pokok tanamannya. Itulah sebahagian hasil untuk menyara kami. Secara tak langsung minat ayah memburu turun juga pada ku. Namun begitu selepas tingkatan 3 aku keluar dari kampong, aktiviti memburu begitu terbatas. Lepas keluar university aku ditugaskan di Penang, terus lenyap aktiviti memburu. Sesekali bila bercuti aku ikut arwah ayah cari ayam hutan. Aku bawak motor dalam kebun kelapa sawit, ayah duduk belakang sambil mata melilau melihat kelibat ayam. Kadang-kadang arwah ayah bawak motor, aku pulak duduk belakang pikul senapang. Ini semua cerita 30 tahun lepas, sekarang semua tinggal kenangan. Walau bagaimanapun aku yakin aku masih mampu membidik tepat macam arwah ayah.

13 comments:

Unknown said...

salam akhi kamato..

kata org yg pernah makan daging landak , rasa manis . betul ke ?

aznaz said...

salam ya akhi Kamato..

cl dah pernah makan daging landak...sedap tau...hmmmm


waslm

rezeki said...

salam kamato

pernah makan , pak mentua kalau nak raya pegi memburu kat area semenyih
lembut sangat dagingnya

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda,

Memang betoi.Cukup sedap.Dia khasiat awet muda.

Di banggol derdap sekarang dah tak ada.Pupus.

Dulu banyak simpan duri2nya.Sekarang dah lenyap habis.Sayang seribu sayang.

Dok sebok dengan kerja,habis barang2 lama hilang.

Wassalam.

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

Pandai menembak ye

kalau dapat hasil memburu boleh beri saya

Wassalam

asuhara sue said...

kalau dulu kecik2 kat kpg, sapa ada duri landak buat tunjuk mengaji power habissss!

Mak Su said...

abang ipar maksu, orang jelebu, memang kaki memburu. dia pernah beri daging landak, maksu cuma bersihkan, masakkan. tak sentuh langsung tuk dimakan. macam tak leh masuk. corak di dagingnya macam anyaman bentuk tikar ;)

Mulan said...

semalam kat program jalan2 cari makan, serena anak chef wan bawak pi area tg karang kot, ada restoran jual lauk2 daging eksotik ni ie landak, rusa, kijang etc.. sedap ke..?

zue said...

betul le kata mulan tu..jjcm.
nengok serena makan mcm sedap je..klu diberi kat zue gerenti x lalu..trpandang rupa landak tu...

KAMATO said...

Ummi, betul ummi, sapa yg suka akan cari lagi daging tu

Manzlie, memang sedap daging landak, arwah nenek saya dulu suka makan daging landak tapi dia tak tau rupa landak tu macamana, tapi bila dia dah tau, taubat dia tak mau makan

rezeki, oo… pak mertua pun suka memburu ye…

Nginap serengenge, oh ayahanda pun dah biasa makan ye, nanti la kalau dapat bulu landak tu saya simpankan

Rozali, lama dah tak memburu, sesekali pergi jugak, landak dah susah nak dapat, tapi kalau ayam kampong masih senang

Asuhara, duri tu bisa juga kalau tercucuk

Maksu, maksu cubala sedap…….

Mulan, ye la…tu area sekincan, pergila cari restoran tu, sedap…..

Zue, jangan la bayangkan binatang tu, belum cuba belum tahu

dEeWaN said...

btl ke sedap. saya ni suka mkn apa saja yg blh makan(halal).cuma landak ni rasa nya blm dapat rasa lagi......

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
huzack said...

Salam.orang kata sedap..
Tak pernah pula try..
Tapi sapa berminant nak beli leh gtau ye..
ahmadzaizai@yahoo.com