Thursday, April 01, 2010

MEB


Aku berpeluang menghadiri seminar INVEST 2010 di Shangrila baru ni yang membincangkan bidang-bidang baru yang boleh direrokai. Ianya berkaitan pengumumkan kerajaan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB)untuk Malaysia baru-baru ini. Cabaran memang begitu hebat untuk merealisasinya.

Beberapa fakta mengenai negara kita yang begitu serius pada masa ini:

Sejak krisis kewangan Asia tahun 1997 – 1998, kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini semakin terhakis.

Masih terlalu sukar untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Prosedur birokrasi yang rumit, lembab dan memakan masa memberikan kesan kepada kos pelaburan dan potensi pulangan pelaburan.

Kebanyakkan kes menunjukan bahawa majikan tidak membayar untuk kemahiran sebaliknya bergantung kepada bekalan pekerja asing tidak mahiryang mudah diperolehi.

Kadar penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang mahir meningkat dengan pantas, bilangan ekspatriat yang berkerja dalam Negara ini semakin merosot. Pada masa yang sama system pendidikan kita tidak menghasilkan kemahiran yang dikehendaki oleh firma.

Produktiviti sedang tumbuh tetapi terlalu perlahan. Sebelum krisis kewangan Asia, Malaysia peneraju rantau ini dari segi pertumbuhan produktiviti pekerja. Namun sejak itu ia hilang kedudukan unggul ini.

Jurang di antara penduduk kaya dan miskin semakin lebar, Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana.

Mampukah negara menangani masalah ini, sesuatu harus dilakukan sebelum kedudukan kita semakin merosot.

16 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

Yg di hebahkan yg dicanangkan bertentangan sama sekali apa yg diceritan
Ya Allah, jauhilah negara kami drp balapertaka

Wassalam

Ayah Zain said...

Salam Kamato,

itulah dia negara yang kita banggakan........... Semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka yang mentadbirnya

aznaz said...

slam from makkah


hmmm...ituhla nasib negara kita skg...

pstt....



waslam

asuhara sue said...

kadang2 kerana nak menjaga nama, kita dibiasa-biasakan dengan pepatah indah khabar dari rupa.

birokrasi lebih melembapkan proses, surat sehelai pun kadang2 3-4 kali turun naik pejabat bos-bos untuk diluluskan...kalau bos di atas cuma sorang tak apalah jugak, ini 2-3 bos!
kalau projek lambat yang kena marah pun kita jugak! (fuh macam meluah perasaan pulak saya bro!)

KAMATO said...

Rozali, mungkin ini satu cabaran untuk negara kita yg kini jauh tertinggal dgn jiran kita singapore

KAMATO said...

AZ, harap2 begitula....

KAMATO said...

Manzlie, itula negara kita tercinta ini

KAMATO said...

Asuhara, sampai masa semua yg terlibat perlu mengurangkan birokrasi, cuma kadang2 prosudur itu sendiri yg menjadikan birokrasi

mama ju said...

Salam Srd Kamatu

Kenapa org selalu sebut kerenah birokrsi?

Macam2 dah buat tapi masih ditakuk tu jugak...

sonata anak kancil said...

sebagai salah seorang pentadbir saya tidak begitu terikat dengan karenah birokrasi....mana yang boleh sy uruskan segera sy uruskan...
( bidang saya la....)

Atikah said...

Salam En Komato,

Masalahnya, karenah birokrasi cam dah jadi habit lak la nie...

rezeki said...

salam kamato

bagi sesiapa yg tahu keadaan situasi sebenar, mrk pasti tau

nak cakap lebih2 pulak , lain pulak jadinya kan

tapi itulah hakikatnya

Mama Tanjong said...

Salam,
Mama tertarik dgn isu pengambilan tenaga asing yang begitu berleluasa skrg.Ia benar2 menggugat peluang pekerjaan rakyat kita. Memang benar sistem pendidikan kita juga sudah tidak relevan dgn kerjaya yang ditawarkan .Sesuatu mesti dilakukan ..agar guru tidak lagi dipersalahkan

tunbegia said...

semoga negara akan tetap aman damai sejahtera senantiasa,

salamm,

Masy said...

semua org nk jimat, mcm tu la.. kemahiran blkg kira janji jimat. huhuhu

KAMATO said...

mamaju, sukar untuk menghapus birokrasi, dapat mengurangkan pun dah bagus

sonata, syukur kalau tak terlibat dengan birokrasi

atikah, tak taula... macam dah jadi penyakit

rezeki, memang pun.... nak cakap lebih2 pun tak boleh jugak

mamatanjung, mudah-mudahan akan berlaku perubahan

tunbegia, mudah-mudahan....amin...

masy, mereka hanya pikir untung sendiri