Friday, March 12, 2010

Pokok Getah dan Ubi Kayu



"Mak tak menoreh hari ini?" aku bertanya pada emak yang tengah sibuk menghidang ubi kayu rebus dan sambal tumis.

"Tidak," jawab mak sepatah..

"Pokok getah basah. Macam mana mak nak menoreh," emak menambah.

"Hujan ke mak malam tadi?” aku bertanya balik.

"Hujan itu membawa rahmat," balasnya. "Kalau hujan tidak turun, bumi akan kering kontang. Tumbuh-tumbuhan akan mati" emak menambah.

"Tapi kalau hujan hari-hari macam ni kita susah kan mak?" aku bertanya.

"Takpa kita masih ada ubi kayu, kita masih ada sayur keliling rumah, kita makan la mana yang ada" jawab emak.

Emak begitu yakin kedatangan musim hujan bukan bermakna pintu rezekinya tertutup. Walaupun dia tidak boleh menoreh tapi dia masih boleh mencari rezeki dengan cara yang lain. Dia masih boleh mencari kopi, mencari pucuk paku, atau paling tidak mencari rebung untuk dibuat gulai. Dan kami anak-anaknya tidak pernah kebuluran, persekolahan tidak akan terbantut dan badan kami sihat walau pun hari-hari makan ubi kayu.

Itu cerita 40 tahun lepas. Kalau musim hujan ubi kayu la makan asasi kami. Sekarang ni nak makan ubi kayu pun dah susah. Kat kampong dah semakin kurang ubi kayu. Sekarang ni ubi kayu rebus dah masuk restoran besar-besar, agaknya dah jadi makanan orang-orang kaya.


Nota: Baru ni nelayan di Langkawi pun jamu PM dengan ubi rebus. Kabarnya PM makan sampai menjilat jari. Tak tau la mereka jamu PM ubi rebus tu simbolik atau memang itu makanan mereka.

23 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

makanan kegemaran semasa kecil dahulu

sekarang betul lee
payah nak cari
kalau kat KL tak apa
ni kat kampung pun payah

Wassalam

aznaz said...

salam kamato..

alhamdulilah..teringat masa dulu dulu..sebulan hidup makan ubi kayu sebab duit abah kena 'pickpokect' jadi kami masuk belukar cari ubi kayu untuk dijadikan makanan harian..1(975)syukur pada allah swt..

wslam

KAMATO said...

rozali, sesekali makan ubi kayu teringat masa dulu

KAMATO said...

manzlie, kat kota makkah tu ada ke ubi kayu

rezeki said...

salam kamato

ubi kayu ni mmg sedap, kena pulak yg empuk dan lembik isinya, lawannya cecah dgn sambal tumis ikan bilis lps tu kopi o kaw

KAMATO said...

rezeki, ni yg tahan ...bila sebut ubi empuk dengan sambal tumis ikan bilis

shami2 said...

Salam komato..

Ubi kayu kalau dibakar pakai arang jugak sedap dimakan...ingat kami sekeluarga pernah gotong royong bersihkan kebun untuk tanam sayur...ada ubi kayu yg dikorek di bakar dan makan disitu juga...alhamdulillah...

Hidup dikampung amat indah nostalgia....n3 komato ni mengamit kehidupan di kg yg penuh dengan ketenangan ...walaupun tanpa wang ringgit yg mewah...

pB said...

pB suka makan ubi rebus dengan GULA

KAMATO said...

shami2, ubi bakar memang sedap, itula yg kami makan masa berkebun dulu

KAMATO said...

pB, itu la pasal orang kelantan semua MANIS-MANIS he he....

rosli said...

Salam Kamato,

Menyentuh hati bila citer pasal kg dan hal-hal masa kita kecik.

Saya dgn CL dok kat tengah2 bandar pun ada citer....nanti lah satu hari nanti saya pun nak share.

Nostalgia hidup di kg mmg best sgt.

Mama Tanjong said...

Salam.
Benar kata shami2. n3 ni mengamit memori ,melihat kebun getah dn pot getah tu ..rasa sayu.Rebus ubi kayu n memang sedapp.Di tmpat saya ubi rebus yg lembut ni digaul dengan kelapa dan gula...dikepal2 jadi bulat...goreng..pehhh..

Atik said...

Salam En Kamato...

Tengok ubi kayu nie, teringat memori zaman kanak2 dulu... rindu lak nak makan ubi kayu cam nie... lama tak merasa...

khairyn said...

salam kamato
haish! macam boleh baca pula keinginan saya. seminggu ni tetiba aje teringat ubi kayu rebus.

oh oh ... sebab hari tu ada perbincangan pasal culture imperialism huhuhuhu

silversarina said...

Ubi kayu rebus memang sedap .. nak2 cicah dengan sambal bilis .. nak carilah ubi kayu pagi ni :)

Che' Pit said...

emm terliur lak tgk ubi rebus..

kalau kat kg, makan ubi rebus cecah sambal ikan belis, lawan lak dgn air kopi o.. perghh..

KAMATO said...

rosli, asal dari kampung... itula nostalgia bila cita zaman silam

KAMATO said...

mamatanjung, memang sedap ubi kepal tu....

KAMATO said...

atikah, dah susah nak ubi sekarang ni, harga pun dah jadi mahal

KAMATO said...

khairyn, mana nak cari ubi kayu kat situ........

KAMATO said...

Silversarina, buat bingka pun sedap....

KAMATO said...

Che Pit, haa... memang kena betul makan ubi dgn kopi o kaw.....

dEeWaN said...

best nyer tengok ubi kayu tu. kat ofis ni jika saya bawa berebut nak makan.tak perlu tunggu waktu breakfast pun. sekarang ni senang boleh beli tp nasib x baik takut dh masuk angin pulak