Sunday, February 28, 2010

Tasik Permaisuri

Sudah menjadi lumrah, setiap kali menghantar Zahir balik asrama kami akan singgah di Taman Tasik Permaisuri. Biasanya kami singgah untuk menikmati keropok leko dan air kelapa seorang kakak yang menjaja di situ, memang sedap keropoknya. Setiap petang memang ramai keluarga bersantai di situ. Terdapat taman permainan yang cukup besar di situ menjadikan ianya satu tarikan keluarga untuk berehat.

30 tahun dulu kawasan ini belukar. Masa tu Bandar Tun Razak masih belum ada lagi, nama asalnya adalah Kampung Konggo. Tasik ini dah ada di situ, dikelilingi oleh semak samun dan belukar. Semasa kami kat asrama dulu, kami cukup seronok bila bekalan air terputus. Kebetulan pulak selalu kawasan tu tak ada air. Kalau tak ada air bermakna kami mempunyai lesen besar untuk mandi di tasik ini. Bagi kami yang datang dari kampong, berendam dalam tasik ni merupakan satu keseronokan. Biasanya kami akan menjinjing balik baldi berisi air, dan yang pastinya muka-muka macam minta sedekah terutama pelajar wanita akan menunggu air yang kami bawa. Masa tu muka-muka yang suka berendam air tasik tu la jadi raja. Ada yang sengaja tumpahkan air daripada bagi mereka-mereka yang menunggu.

Pernah kami ambik buah cempedak di kawasan tu masa tu. Kami anggap pokok tu tak bertuan sebab duduk dalam kawasan belukar. Tapi sampai kesudah buah tu tak mau masak. Semua tu tinggal kenangan, kawasan ni dah menjadi kawasan rekreasi dan antara tasik tercantik di Kuala Lumpur ini.

33 comments:

Ayah Zain said...

Salam Kamato,

Tak dapat raja pecut kat PDKM, kat sini pun ok kan?

Pak saudara az ada kat kg konggo tu. Kat jalan Ikhlas sekarang ni.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam kamato,

Ayahanda setahun di kawasan itu.Kampong konggo memang teringat sampai kini.Semasa tu kursus setahun kat Maktab Perguruan Ilmu khas.Banyak kenalan kat situ dan anak murid pun banyak tapi dah lupa semuanya........

Terima kasih kerana boleh bernostalgia dgn Kg.konggo.

wassalam.

pB said...

Salam


sorry luar tajuk nie


no hp dah tukar ker ??
Ada send sms , tapi tak berbalas.
Tu yang timbul tanda tanya...

sonata anak kancil said...

kalau dah nama kanak2 lelaki ade kategori nakal tak lekang punya...ade je alasan nak pikat sidara!!! tapi nakal2 kita zaman sekolah dulu tak sama dengan nakal budak2 sekarang yang melampau sehingga membelakangi ibubapa....kita dulu cukup takut dengan ibubapa kan?

Kak Sidah said...

Salam kamato,

Sampai hati betul buangkan air tu, ni nakal ke dengki..kesian budak2 pompuan dok tgu, ada yang bertemu jodoh tak, saja akak tanya nak tau je.

Anak akak pun sekarang tkt 5 kat sekolah asrama, kat situ, tiap2 sabtu atau ahad kami skluarga akan berkelah, kat kantin sek.je

KAMATO said...

AZ, terima kasih jadi raja pecut, tapi di sini tak da apa, raja pecut di PDKM glamer

KAMATO said...

Ayahanda, saya sebenarnya di penghujung, tahun 1981 konggo di tukar bandar tun razak

KAMATO said...

pb, sorry tak maklum, no dah tukar, saya dah sms

KAMATO said...

sonata, memang betul, budak2 dulu nakal tapi cukup hormat orang tua

KAMATO said...

kak sidah, kalau macam tu lain kali kita berkelah sama, anak kak sidah sms juga ke?

KAMATO said...

kak sidah, yang bertemu jodoh memang ada, tapi muka2 yg mandi tasik tu tak ada yg bertemu jodoh sebab perangai dah dekat2 dengan samseng, tak da orang nak...he he.... tapi sekarang ni semua dah jadi orang

mama ju said...

Salam KAMATO

Seronok juga mengenang masa lalu.Masa beranak kecil kami memang selalu ke sini...joging pagi2..
Kenangan mengusik jiwa

zino said...

orang yg dokek ni dah lama tak singgah situ hehe

asuhara sue said...

kenangan mengusik jiwa tuu...hahaha saya pun nakal gak kecik2 dolu sebab ikut abang, dah x mcm pompuan dah!

rezeki said...

salam kamato

berbelas tahun dulu selalu pegi situ petang2 , jogging keliling tasik tu krn berdekatan dgn umah mak mertua

KAMATO said...

mamaju, tempat tu memang cantik dia punya joging track

KAMATO said...

asuhara, normal kecik2 nakal, kalau dah dewasa juga nakal itu yang susah

KAMATO said...

rezeki, memang cantik kawasan joging situ

ainhany said...

salam kamato

ohh begitu alkisahnya...
saya bru jer mengenali tasik nie..adela sesekali singgah santai,luas dan selesa..
tpi la nie tercemar pulak nama tsik permaisuri ni dgn pasangan sejenis...
nie yg leceh bila cerita kt kg..depa dok ingat apa yg tercerita dalam mastika..

Semuga keabadian kg konggo mengembalikan msyarakat yg tulen. Tmash atas paparan dan nostalgia ini...
jgn nakal2 lagi taw akhi kamato

KAMATO said...

ainhany, tu la ada segelintir manusia mencemar keharmonian taman itu, sekarang ni nama asal kampung Konggo dah hampir dilupakan. Ceritanya dulu kawasan itu ditempatkan bekas2 askar yg pernah berkhidmat di bawah UN di Conggo tahun 1961

Mulan said...

lama tak jengah situ..

silversarina said...

Ooo Kg Konggo pernah le dengar dulu ... eeemmm, syukur masih ada pemandangan yang boleh dijadikan tempat bersantai sesama keluarga .

Che' Pit said...

Kg Konggo >>> Bandar Tun Razak..
hmm awat jauh benar lari nya tu?

KAMATO said...

mulan, ramai kalau petang2

KAMATO said...

zino, biasanya begitula yg dekat jarang berkunjung

KAMATO said...

silversarina, tu kawasan tadahan perlu dikekalkan

KAMATO said...

Che Pit, memang jauh lari tapi orang lama tetap ingat kg konggo

Mak Su said...

maksu rajin gaks lepak kat situ, bawak anak2 makan angin. baby w selalu riang ria tengok kura-kura, macam nak terkam jer :)

masa belum kawin maksu ngan bopren (paksu chot) tengok konsert free dbkl kat tasik permaisuri, tgk artis rtm nyanyi2

:)

Kaktiny said...

rajin gak bwk anak2 lepak jogging, main badminton kat situ.. pastu malam2 layan kat kedai makan yg ada lampu banyak2 tuh..

KAMATO said...

kaktiny, rasanya kedai tu cuma bukak malam je kan

KAMATO said...

maksu, kira2 maksu bercinta dulu kat sini la ye

zue said...

salam kamato,
mmg ada citer tang tasik permaisuri di mastika...harap jgn ada lagi.

nape di namakan tasik permaisuri?

KAMATO said...

zue, harap2 begitula, cerita yang tak baik tu yg tak bagusnya