
Thursday, November 20, 2008
Dubai

Wednesday, November 19, 2008
Langkawi
Friday, November 14, 2008
Pulau Mutiara
Di Jeti Feri Penang. Sekali pandang macam di Darling Habor Sydney.
Bot-bot kecil nelayan di persisiran pantai di Bagan
Wajah-wajah yang kepenatan, feri sentiasa menjadi pilihan utama untuk berulang alik dari Penang ke Seberang
Perairan Selat Melaka, kerja-kerja naik taraf sedang giat dijalankan
Pemandangan dari jeti pada waktu malam
Negara kita telah dibebani lambakan pekerja asing sehingga pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Lambakan pekerja asing ini bukan hanya pada sektor perindustrian dan servis sahaja. Kalau kita lihat sebahagian besar pemuzik di hotel-hotel sekarang ni telah menggunakan khidmat kumpulan pemuzik dari Filipina. Yang pelik mereka ni boleh bertutur dan menyanyi lagu melayu. Macamanalah pemuzik tempatan nak cari makan.Tuesday, November 04, 2008
TT Raya
Sebahagian hiasan di hadapan restaurant. Malam tu Village View restaurant ni begitu sesak dengan pengunjung. Tempat ni sebenarnya baru bukak, lebih kurang 3 bulan yang lepas, tapi customer manjang penuh setiap malam.
Suasana dalam restaurant, setia menunggu teman-teman lain yang belum datang
MBSalleh – Macamanalah aku nak lead buat program kita, tak tahu masa bila aku free. Masalahnya aku ni jaga orang, kalau jaga pokok ke jaga bangunan ke…senang, benda tu tak bergerak.
Sufian – mana Suhaimi ni tak datang. Dah la dia yang mintak tukar tarikh TT ni malam ni. Aku dari Seremban pun boleh sampai sini.
Wajah-wajah ceria, yang kecik-kecik ni dengan aktiviti mereka sendiri
Shimi – Pening kepala aku. Kereta aku mat rempit sudah sondol, habis berkecai side mirror aku. Aku dah tanya kat Toyota, harga side mirror tu je RM300, belum masuk cat body lagi. Mamat tu pulak cuma bagi RM 200 je.
Katrina – Ni heroin filem bollywood
Kaum-kaum ibu ni pun tak kurang hebatnya depa sembang bila sesekali bertemu.
Zino – Khusuk, kalau mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
Hero Malaya – Sapa la yang dia orang tenguk ni
Sebahagian yang hadir malam tu, tuan punya blog takda dalam gambar. Jurugambar tak datang, inila jadinya. Terima kasih yang hadir, Zino, Zainal, Krahim, MBsalleh, Shimi, Haslinda, Mroslan dan lain-lainnya. Insyaallah lain kali kita kumpul lagi.Tuesday, October 07, 2008
Cerita Balik Kuala Brang
Saturday, September 27, 2008
Salam Aidilfitri
Untuk semua, saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Saya pohon maaf atas segala salah dan silap selama saya mengenali anda semua & selama anda mengenali saya, sebagai; kawan, pembaca, atau sebagai apa pun, maaf atas segala yang terkasar bahasa atau yang tersalah kata atau atas segala apa yang telah membuatkan anda terluka & terguris rasa. Moga Aidilfitri ini akan menambahkan iman & taqwa kita kepada-Nya.Friday, September 19, 2008
Ayah
Friday, September 12, 2008
Pengkalan Balak
Berikut beberapa photo putra putri kesayangan yang sempat aku rakamkan dari jarak jauh beberapa hari sebelum puasa di Pengkalan Balak. Syukur, mereka sentiasa ceria. Mereka ini anak merdeka yang lahir di zaman serba moden, tak pernah mereka menempuh kesusahan masa silam. Semoga mereka ini mampu cabaran dan fenomena kehidupan yang semakin mencabar sebagai seorang muslim sejati.
Candid 1
Thursday, August 14, 2008
Praha
Walaupun agak terlewat, berikut sedikit catatan berkenaan Praha.
Perjalanan dari Berlin ke Praha dengan keretapi memakan masa hampir 5 jam. Di sepanjang jalan dari sempadan Jerman dan Rep of Chec sehingga la ke Praha keretapi menyusuri bersebelahan sebatang sungai. Kebesaran Tuhan yang menjadikan alam, sungai itu berada diantara dua bukit di kiri dan kanan. Dengan kata lain keretapi menyusur di tepi sungai yang begitu jernih dan diantara dua bukit-bukit di kiri dan kanan di sepanjang perjalanan. Suasana memang cukup menyamankan. Buat pertama kali menjejak kaki di station keretapi di Praha mungkin kita menyangka Praha merupakan Bandar kecil kerana station keretapi itu tak ubah seperti station keretapi di Kuala Kangsar. Dari Station keretapi ke Bandar Praha boleh menggunakan teksi, bas ataupun keretapi bawah tanah. Kami memilih keretapi bawah tanah, ternyata Praha mempunyai sistem pengangkutan bawah tanah yang canggih, tak ubah seperti juga system di Berlin dan London. Perjanan dari station keretapi ke tengah kota Praha dengan menggunakan tube ini memakan masa 10 minit dengan tambang 18 Krone atau pun lebih kurang RM 4. Sebaik melangkah kaki keluar ternyata sangkaan Praha merupakan Bandar kecil ternyata melest sama sekali. Kota Praha merupakan kota yang cukup besar dan di penuhi dengan binaan- binaan lama yang terjaga rapi. Dengan masa yang begitu singkat kami mengambil keputusan menggunakan taxi khas untuk pelancong yang berjalan mengelingingi Bandar semata-mata untuk melihat suasana dan keindahan kota lama itu. Jalan-jalan di kota ini mesih mengekalkan menggunakan susunan batu menampakkan suasana Bandar bersejarah. Praha merupakan pusat pentadbiran Czech. Penduduk kota ini dianggarkan melebihi 1.9 juta. Praha merupakan salah satu Bandar tercantik di Eropah. Mengikut Guinnes World Records, Prague Castle merupakan ancient castle terbesar di dunia. Kota ini juga terkenal dengan panggilan "the mother of cities", "city of a hundred spires” dan "the golden city". Sapa yang berminat dengan product kristal dan batu granite, di sini la tempatnya.















