Tuesday, October 07, 2008

Cerita Balik Kuala Brang

Mem kata pondok ini dulu tempat menyimpan padi. Dulu-dulu apabila musim menuai padi semua padi akan disimpan di sini untuk bekalan sepanjang tahun. Tapi sekarang ni pondok ni dah tak terurus, menanti je rebah. Sawah-sawah sekarang dah banyak bertukar menjadi kawasan perumahan.
Mak Limah, umur dah melebihi 90 tahun. Dah hampir satu abad. Ingatannya masih kuat. Walaupun berbongkok tapi semangat masih kuat untuk menjengah kebun di belakang rumah. Mungkin juga sebahagian caranya untuk mengeluarkan peluh. Satu masa dulu Mak Limah begitu gagah mengerjakan sawah bendang.

Mungkin pejabat kecil yang usang ini banyak menyimpan rahsianya tersendiri. Anak-anak kecil yang melabur menggunakan khidmat pejabat ini pun sekarang telah besar panjang dah telah beralih ke pejabat yang baru untuk melabur.
Sayu di pagi Syawal. Gabungan cahaya yang memberikan suasanan begitu neutral. Anak warga Kuala Berang ini tak pernah merasa susah seperti dulu. Agaknya kalau ditanya pokok padi pun dia tak tau rupanya walaupun dulu datuk dan moyangnya adalah penanam padi.

21 comments:

indera kencana said...

Selamat Hari Raya untuk abang sekeluarga. Maafkan jika ada tutur kata saya yang menyinggung...

Takziah atas pemergian Al-Marhum ayahanda abang... Al-Fatihah.

ZABS said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Kamato dan keluarga, maaf zahir batin.
Di kampong saya, sawah sudah jadi ladang kelapa sawit.

KAMATO said...

indera, terima kasih... kami redha ketentuan Nya

zabs, kerja keatas kebun kelapa sawit lagu mudah dari sawah padi

Lan Rambai said...

patutlah bekalan beras makin sikit.. kat melaka pun dah tak banyak bendang yg dikerjakan.. byk yg JV dgn developer utk jadi taman perumahan. tuan tanah dapatlah 2,3 biji rumah.

Selamat Beraya dan Maaf Zahir Batin.

Mak Su said...

respek kat mak limah, nampak masih tegap. pejabat kecik? hehehe, dolu2 ada ler di kg, tp dah lama arwah orang tua pindahkan pejabat kecik ke dalam rumah, senang, sebab saya penakut nak menggunakannya di waktu malam... huhuhu

KAMATO said...

lan, nak buat macamana....budak2 sekarang dah tak mau kerja bendang

maksu, kat kampung2 sebelah hulu masih banyak yang mengekalkan pejabat kecil di luar rumah

PINATBATE said...

Gambar Mak Limah mengingatkan saya pada mak mentua..umurnya dah hampir 90 dan dah bongkok begitu..tapi masih mahu tinggal di rumahnya sendiri, tak mau ikut anak-anak..mak rajin sungguh mengemas pokok keliling rumah selagi badannya berdaya..

asuhara sue said...

wah boleh tuju lagu raya halil chik especially untuk Mak Limah..

Public opinion said...

Salam Aidil Fitri kepada Tuan Kamato sekeluarga. Semoga diberkati Allah swt dalam semua perkara.

rudy bluehikari said...

Salam takziah utk ayahanda. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

shrmzb.

Unknown said...

rasanya zaman sekarang external office mcm tu dah takde lagi kot.. kalau ada pun mungkin dah dekat sedikit..

Butaseni@Wan Raja said...

Dari Berlin ke Kuala Berang.
Selamat Hari Raya :)

blackpurple @ jowopinter said...

Saya suka gambar-gambar itu. Berjiwa dan tersirat sejuta cerita.

Selamat Hari Raya sdr Kamato.

:)

zino said...

zaman zino kanak kanak dulu depan rumah tu ada satu kepok besar tempat simpan padi..kalau kat Kl ni boleh di kata sebuah banglo sederhana besar..

padi yg di tuai di simpan di dalam kepok tu.. pagi yg nak di mesin akan di jemur dan di bawa ke mesin padi yg datang seminggu sekali ke kampong..

suasana tu dah tak ujud dah.. sawah padi dah jadi kebun sayur..itu pun di pajak dengan tokei cina..

silversarina said...

Banyak bendang padi dah tak tanam padi.... pernah tengok kepok padi depan rumah MIL di N9 , ingatkan tempat simpan barang.. ada masa nak bawak anak-anak ke sawah nak tunjuk pokok padi ( untuk saya juga sebenarnya tak pernah jejak kaki ke sawah, geli dan takut pacat dan takut ular dan tikus.. ).

Orang Kuala Berang cakap ada slang sendiri , lain sikit dari terengganu biasa , agak sukar nak faham terutama kalau orang tua bercakap lagi pekat.

Nunn said...

selamat hari raya.....memori mengamit kenangan dimasa kecil

kuIna said...

sy suka rmh kecik bumbng biru tu... hehehe

nostalgia la pic nie..

arsaili said...

salam saudara..macam mana syawal yg berbaki? masih memenuhi undangan rumah terbuka?

CikguZue said...

salam,
dah lama tak bertandang ke sini.
apepun, diucapkan selamat Hariraya juga walaupun Syawal dah hampir di penghujung.
pejabat kecil tu menyimpan banyak nostalgia tu...hingga main nyorok2 pun kat dlm tuh...hehehhe

Mulan said...

kat kampung kami pun masih ada rumah padi, utk simpan padi setahun. tapi dah usang sangat..

salam aidilfitri..

cikdinz said...

salam aidilfitri....