Hujung minggu baru-baru ini kami menerima jemputan dari Prof Rikeit untuk minum petang di rumahnya. Beliau merupakan salah seorang Prof di Uni-Bremen. Pengalaman di Mercherdes begitu lama. Walaupun sekarang sudah tidak bekerja di syarikat itu, tapi masih menerima kelayakan menggunakan S-clas syarikat yang di tukar dengan kereta baru setiap 6 bulan. Begitu la hebatnya syarikat kereta terkemuka dunia itu menjaga kebajikan kakitangan.
Prof Rikeit ni merupakan warga Jerman yang beristerikan seorang wanita British. Anak beliau telah berkahwin dengan seorang warga Sabah. Oleh itu jiwa dia amat rapat dengan Negara kita. Walaubagaimana pun beliau pada masa ini sedang mengidap penyakit yang agak kronik. Doktor mengesahkan beliau mempunya ketumbuhan di kepala. Pakar-pakar di Jerman ini pun tidak berani melakukan pembedahan kerana resikonya yang amat tinggi. Malah satu masa doctor mengatakan peluang untuk dia hidup Cuma 3 hari. Dia sedang berusaha mendapatkan rawatan pakar di US dan buat masa ini beliau hanya bergantung pada ubat penahan sakit. Keadaan dirinya itu membuatkan hampir 2 bulan beliau tidak datang ke Uni-Bremen.
Beliau duduk di kawasan perkampungan di Achim iaitu 20 minit perjalanan dengan keretapi dari Bremen. Apa yang paling istimewa beliau menduduki rumah yang berumur lebih dari 400 tahun. Semasa beliau membeli kawasan itu, rumah tersebut begitu teruk dan beliau menghabiskan masa 10 tahun untuk membaikpulih rumah itu tanpa mengubah struktur asal. Dan yang paling menajubkan semua baikpulih dilakukan oleh beliau sendiri. Hiasan dalaman juga dipenuhi dengan perabut antik. Di sekeliling rumah beliau pula di penuhi dengan pokok-pokok buah seperti epal, ceri, walnut, pear dan macam-macam lagi.Petang itu beliau begitu ceria seolah seperti tiada penyakit. Malah isterinya menyucapkan berbanyak terima kasih kepada kami kerana sejak Prof ini di sahkan bepenyakit beliau sering mendiamkan diri dan petang itu tiba-tiba keadaannya begitu ceria sekali. Berkat semangat nya yang begitu tinggi semoga beliau mampu melawan penyakit yang ditanggung dan berhasil mencari pakar untuk mengubatinya.
16 comments:
Salam Kamato,
"Malah satu masa doctor mengatakan peluang untuk dia hidup Cuma 3 hari".
Allah yang menghidup dan mematikan. Siapalah kita yang boleh meramalkan kematian seseorang.
Lawatan2 terakhir sebelum berangkat balik gamaknya.
bestnyer tgk buah ceri ngan buah epal tuh.. oo.. itu rupanya buah walnut.. (yang bijinya jadi kacang walnut tu.. buah itu ker en.kamato?)
aduhaii dirumah org jerman pun kibar bendera negara kita.. rumah2 dinegara kita? kibar bendera parti politik..
lihat kawasan rumah pun dah tahu pasti tenang..
wah... 400 tahun? dahsat. kalau org mcm saya, tentu dah saspen...hahaha
salam ..
400 tahun
hi hi
tak berhantu ker??
ajal maul di tangan Allah ...
400 thn?wah dah boleh masuk senarai UNESCO tu...kalau kat mesia ni, nak capai 100 pun mcm2 cabarannya, semua berlumba nak kemodenan lupa sudah kelestarian
Pasang bendera Malaysia untuk sambut tetamu dari Malaysia ker?..atau sebab menantu dia orang malaysia..?
Tengok dekat environment rumah ni pun memang nampak segar bugar la bro. No wonder prof kau ni boleh survive lagi biarpun kronik.
Anyway, ajal maut ditangan tuhan.
ades..... best nye kalo dapat jamah epal tuh.. waaa
tahniah entri kamato masuk newspaper suria 6hb
Rumah berusia 400 tahun, bukan saja bernilai sejarah, tapi juga nostagia bukan....ahhh..pastinya suasana begitu santai sambil minum petang di laman rumah.
Semoga Prof Rikeit terus berusaha mendapatkan rawatan penyakit ketumbuhannya .
Bertuah Kamato dapat ziarah prof dan rumah serta barang antik .
seronok bersantai di temani pohon menghijau.
semoga prof cepat sembuh :)
best nya tmpat 2.. bestnya rmh 2..erk 400 thn... antiknya...
ehhh durian & rambutn tak ada ker? hehehe....
sudah 400 tahun. terasa antik dan tuanya rumah tu. kalau saya, meremang jugak bulu roma nak masuk....hehehe....
tapi,kan. org2 europe ni memang suka benda2 antik,kan. makin lama makin berharga dan dicari2.
*termasuk orang2nya*
Wah! Rumah dah 4 kurun. Unik sungguh hiasan dalamannya ya.
Pak Zabs, memang pun, mahluk takda kuasa, hanya Tuhan yang berkuasa
Kaktiny, ya itula walnut yg selalu kita makan
Penoreh, dia bangga dengan Malaysia
Maksu, kadang2 ngeri jugak masuk rumah tu he he
Pb, hantu taj kacau orng putih agaknya
Asuhara, memang hebat rumah tu
Pinatbate, dia memang bangga ada menantu sabahan, itu satu bendera Malaysia dan satu bendera sabah
Mazudi, Tuhan menentukan segala
Tokyo, tak jumpa la paper suria tu
Eridzhuan, amat bernilai rumah itu, setiap sudut rumah itu ada cerita tersendiri
Silversarina, seronok juga berpeluang melawat gitu
Muadzlife, memang kawasan hijau itu indah
Kuina, rambutan… kat kedai adala jual
Cikguzue, memang pelik rumah tu, tapi unik
BP, berada dlm rumah itu macam kita berada di zaman dulu
Post a Comment