Thursday, July 17, 2008

Arsterdam

Tak sampai seminggu di negara, aku dah di Jerman semula. Ramai yang bertanya kenapa perlu balik. Sebenarnya visa lawatan aku dah habis untuk 3 bulan dan terpaksa balik. Arahan dan kelulusaan untuk hadir ke Berlin ni pun hanya di saat akhir. Tujuan ke sini adalah mewakili SIRIM dalam meeting ISO/TC 44 Welding and Allied Processes di peringkat antarabangsa. Turut hadir juga wakil dari UTM, Petronas dan Sime Darby.

Penerbangan dari KLIA transit 7 jam di Armterdam. Sempat keluar dari airport dan melawat Bandar Armterdam. Bandar yang diterletak di bawah paras laut itu begitu sibuk sekali. Kali terakhir aku mengunjungi bandar ini kira-kira 2 tahun lepas. Sempat menghabiskan masa sejam menaiki cruise mengelilingi Bandar tersebut. Ternyata Armterdam di penuhi dengan air dan terdapat lebih dari 1000 jambatan di Bandar itu. Armterdam begitu padat sekali, sehingga kerajaan Belanda membenarkan rumah-rumah terapung dibina di permukaan air yang boleh dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air. Bangunan-bangunan yang berumur melebihi 400 tahun masih di guna dengan baik.

Keadaan awal pagi begitu tenang


Penumpang berpusu-pusu menaiki cruise

Sebuah cofee house yang agak menarik
Pengangkutan seperti ini begitu terkenal di sini

Lebih 1000 jambatan terdapat di bandar ini

Bot-bot yang di jadikan rumah

13 comments:

arsaili said...

salam,,,wah dah kembali ke sana...bila kembali ke KL semula?

Penoreh Getah said...

wahh.. balik malaysia mcm melancong jer.. aku sabah sarawak pun tak sampai lagi.. inikan pulak amsterdam.. insyaAllah suatu hari nanti ada kot

KAKTINY said...

teringinnya nak merasa 'melancong' ke negera org.. tapi nak duduk negara sendiri gak.. walaupun 'berhujan batu'.. sbb takut tak tahan 'hujan emas' negara org..

fahmi said...

canteeeeeekkkkkkkk

Mak Su said...

rumah bot? teruja plaks.....

cikdinz said...

best nya dapat melawat negara orang...

Amiene Rev said...

Hayakallah...

Bangunan terapung tu paling tinggi berapa tingkat ya? Pakai kayu ke konkrit?

PINATBATE said...

Cantiknya Armsterdam...rasa macam best jer duduk dalam bot..

zino said...

lagi satu sebab pasal kamato boleh cakap german secara semula jadi.. hehe

Mazudi said...

Oo.. kau pro ngan welding ker bro?
Pasni boleh wat rujukan la ni bila aku ada problem dengan welding.

~mazudi.com~

khairyn said...

Rasanya cukup sekali saja melawat Amsterdam. Terlalu ramai orang. Padat. Kalau keluar amsterdam ok kot hehehe

Zabs said...

Salam Kamato,
Selamat bertugas. Di samping itu kita dapat pula tengok gambar tempat2 menarik bersama Kamato. Terima Kasih.

kuInaJentayutiara said...

lor balik kejap aja....

tugas sambil cuti lah nie yer... sy tringn sngat nk p amstrdam... nk petik tulip, leh buat template yg real...