Akhirnya apa yang aku duga berlaku juga. Jerman begitu mengawal kemasukan pelancung dari luar. Biasanya pelawat yang telah menggunakan tempoh lawatan selama 3 bulan di sini perlu keluar dari Jerman dan boleh masuk balik sebagai pelawat selepas 3 bulan. Kes aku tak sampai seminggu keluar Jerman dah masuk balik. Pegawai imegresen yang menjaga tenguk aku atas bawah. Macam-macam soalan dia tanya kat aku, walau pun aku dah tunjuk semua dokumen rasmi tujuan lawatan. Akhirnya dia tanya kat aku lebih kurang maksudnya ‘awak ni belajar ke bekerja?’. Aku jawab kedua-duanya. Lagi la pegawai tu jeling aku semacam. Akhirnya aku di beri laluan selepas menerangkan sepenuhnya. Dia ingat aku suka sangat apa duduk Jerman ni.
19 comments:
Persepsi orang luar pada kita (esp muslim) memang selalu negatif. Cuma kita je yang terhegeh-hegeh melayan macam raja dengan panggilan sir, tuan dsbg
nasib baik lepas..heheheh
belajar sambil tebar roti canai cik.. kira cincailah cik.
Patutnya kita buat macam itu juga pada orang luar.
kamato,
Kembali ke German? Ketat benar syarat nak masuk ke tempat dia orang. Best juga kalau kita pun laksana-kan yang sama pada pendatang di tempat kita.
setuju ngn sdr blackpurple...
apa kata en.kamato bagi dia karipap ngan roti canai.. pastu bgtau dia.. saya berniaga ni ler kat jerman.. taukeh panggil saya dtg balik sbb chef jerman tak 'pass' lagi kelim karipap dan tebar roti canai.. saya dtg ni nak ajar chef tu.. hahahah
orang asia ni memang dari dulu dipandang rendah.. kan bagus imigresen kita sendiri bersikap mcm mereka.. baru org respect negara kita
Encik Kamato;
Pi balik, pi balik, macam balik kampung je... semoga selamat dalam perjalanan. Tulis dan simpan semua catatan, nanti boleh buat buku ;-)
salam...uikss nasib baik lepas...sdr speaking German ker kat depa..achtung!..ehehe
Patutnya kita pun kena buat gitu la.
Tapi apa yg berlaku kat tempat kita ni, bila nampak jer mat salleh, itu yg didahulukan, kita rakyat tempatan ni kena tunggu belakang.
~mazudi.com~
ehhh bro.. ckp melayu ker ckp jerman dgn dia...
hehehe sabar bro.kau melawan kang hitler keluar kang.
aku stuju dgn jowopinter,patut kita buat mcm tu.
"Dia ingat aku suka sangat apa duduk Jerman ni."
Hehehehehehe... entah kenapa, ayat abang ni saya rasa lucu sangat :D
pernah kena juga masa masuk UK lepas bercuti di Europe..semua dokumen mintak sampai IC Malaysia dan address Malaysia dia nak...satu jam juga la...yg best dia tanya, selalu pergi masjid?..so faham2 saja la nape dia tahan lama2....
yupppppppp betul kata Blackie tuh.. Msia patut kena buat mcm German tuh..
Kamato ckp jer kat mamat tuh " ko dtg M'sia siap ler..." tapi dlm BM ler..he.he.he..
Shimi, memang pun
Fahmi, tu la kalau tak lepas balik semulala ke Malaysia jawabnya.
Mak su, dah berhenti tebar pun…
BP, setuju, kita juga perlu berkeras pada pendatang
Zlaa, german tak suka orang luar kerja tempat dia
Manjlara, setuju juga dgn BP
Kaktiny, ha ha..he he, bagus jua idea tu
Penoreh, Itula pandangan mereka pada kita orang Asia
Sri Diah, Akan difikir kemudia pasal buat buku tu
Arsaili, Kalau tak lepas balik la jawabnya.
Mazudi, itula kita ni agaknya terlalu mengagungkan bangsa barat
Kuina, masa ok sasa cakap omputeh, masa marah saya cakap melayu hehe
Butaseni, kena lawan kadang2 dia orang ni
Indera, dia tak tau Malaysia 10 kali ganda lebih baik dari tempat dia
Chinta, memang dia orang anti muslim, kalau paspot kita pernah masuk Pakistan lagila susah.
Ajzie, setuju sangat, memang perlu diketatkan imegresen kita macam tu jugak
Nbk, aku pun dah cakap macam tu, tapi dalam hati la…hehe
salam en kamato, boleh saya dapatkan emel?saya ada hal penting nak minta bantuan encik mengenai negara jerman.thanks.
von;
Rubi-upsi
Post a Comment