Friday, June 27, 2008

Roti Canai

Aku belajar membuat roti canai ni masa bujang dulu, dengan sorang kawan di penang. Masa tu aku terpaksa mengorbankan beberapa kilo tepung sebelum dapat skill menebar roti canai. Selepas tu yang aku ingat aku tak pernah pun tebar pun. Cuma pernah sekali dekat satu warung di Perai, oleh kerana pakcik gerai tu lambat sangat, aku tebar sendiri. Terkejut pakcik tu.
Setakat ni aku cuma gunakan skill tebar roti canai ni bila berada di luar Malaysia, itu pun asalnya secara kebetulan. Asal ceritanya awal 90an aku dan beberapa orang rakan telah dihantar berkursus di Newport College UK dalam bidang welding & metal fabrication selama 3 bulan. Hubungan kami agak akrab dengan instructor di institute itu. Satu hari salah sorang pengajar di situ menyuarakan ingin merasa masakan Malaysia. Aku cadangkan buat roti canai. Hari yang ditetapkan dapur kafteria dikosongkan dan kami menguasainya dengan menebar roti canai dan masak kari ayam. Do roti canai telah ku uli malam sebelum itu. Itu kali pertama aku tenguk mat salleh makan roti canai sungguh-sungguh. Patutla Indian restorant boleh hidup di UK. Selepas itu ramai kaki-tangan di situ yang menjemput untuk ke rumah hujung minggu semata-mata untuk tunjuk macamana tebar roti canai.
Seterusnya pertengahan 90an aku berpeluang melanjutkan pelajaran juga di UK. Kali ini bersama keluarga dan beberapa orang rakan yang juga berkeluarga. Masa ni la aku terpaksa kerap kali menguli roti canai. Kadang-kadang sampai 5 kilo sekali uli. Kadang-kadang tu roti nan sekali. Bila nak makan dia orang cuma order. Sampai balik Malaysia pun dia orang kata nak datang rumah nak makan roti canai, tapi aku kata datangla nanti order kedai mamak. Masa kat UK tu jugak aku pernah kerja kat dapur satu Indian restoran. Restoran tu agak terkenal juga. Aku pernah demo pada tokey restoran tu dan dia begitu berminat sekali malah dia minta jadikan menu restoran tu. Aku kata minta maaf, bukan untuk bisnes. Selepas tu tak pernah tebar pun. Pernah juga mem berbunyi, tapi aku kata kita makan je kat kedai.
Dan hari ini selepas hampir 10 tahun tak menebar roti, aku menebar buat pertama kalinya di Bremen ini. Masih ada skill la sikit-sikit walau pun tak sehebat dulu. Kira ok la setakat untuk lepas gian kepada mereka-mereka yang dah hampir 3 bulan duduk sini tak kena roti canai mamak.
Roti Cani Bremen - Panas Membara, Garing dan Rangup

Nota: esok aku akan jelajah bumi Rep. Cez.

25 comments:

Mak Su said...

wah! tangan berbakat, tak de masalahlah untuk menjaga diri walau di mana berada.

Sri Diah said...

Waaa... cayalah! Memang sah En. Kamato ni serba boleh. Memang betul, soal masak memasak memang tak ada beza jantina. Malah kebanyakan chef popular adalah orang lelaki. Jadi jangan heranlah kalau orang perempuan pun hebat dalam dunia lelaki. Tak gitu?
Selamat menjelajah, berhati-hati di jalan raya.

zlaa said...

Wow..Kamato.. memang ada rupa roti canai kedai punya. Tak payah ambil opsyen pencen 58-lah macam ni..

zlaa said...

Lagi satu Kamato, saya teringin juga nak ke Rep Cez. Saya ingin nak tahu sistem pendidikan di sana. Sebab orang-orang Cez di sini terror-terror belaka walaupun sangat muda. Dan Malaysia ada juga menghantar pelajar-pelajar perubatan ke sana. Mesti ada sesuatu yang istimewa dengan sistem di sana.

NBK466 said...

Den dengar cite yang penebar roti canai nie buleh tahan gak gaji eh... kira demand very good sbb SKILLED..

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah kerana ada kemahiran menebar roti canai.

Saya kalau nak tolong buat roti canai, pakai dulang besar saja, tarik ke tepinya sampai jadi lebar. He he he!

UZIN said...

Laa... napa tak cakap awal-awal ... boleh oder sama..

Kaktiny said...

WALLAHHH... BRAVO BRAVO.. KAGUMNYER.. roti canai pun terror buat.. saya ni jgn kata nak tebar roti.. nak adunnya pun tak tentu boleh.. aduhai.. kagum seribu kali kagum..

CikguZue said...

kat sini 'tebar' kat kedai Paki je...hehhehe...tinggal goreng dan dgn segeranya siap.jadilah roti canai segera.

ada resepi tak. nampak garing je roti tu...

KAMATO said...

Mak su, boleh la sikit2… insyaallah setakat nak masak untuk keduri pun boleh…he he

Sri diah,setuju…. in term profesionalisma, laki dan perempuan sama dlm segala aspek

Zlaa, boleh dipikirkan tu….

Nbk, memang betul…setengah tu sampai rm3 ribu sebulan

Bp, emak saya pun dulu pakai dulang…..sedap

Uzin, tak sempat bagitau, ini kira terkejut

Kaktiny, kalau nak……sapa2 pun boleh cuba

Cikguzue, kat kedai paki tu biasanya dikenali dgn nama roti parata. Tak special macam roti canai, ia tak perlu tebar macam kita punya. Even kat india sendiri pun tak da roti canai tebar macam tempat kita. Kat mekah ada satu kedai tebar macam tempat kita, tapi tukang buat tu pun dah boleh cakap melayu dan tak sesedap macam tempat kita

Unknown said...

aku dulu sama macam kau bang.. terpaksa menghabiskan 10 biji do setiap malam utk menebar.. paling happy kalau ada byk do basi.. banyak sikit bole menebar..

last2 pak mat toke warung tu jadi bapak angkat aku.. dah 10 tahun aku tak menebar.. ntah bole tidak

muadzlife said...

sedapnya nampak...

tumismenumis said...

waaa.. satu skill yang bernilai tinggi ni bro.
Ingat plak aku ngan citer senario dulu dulu tu.

PINATBATE said...

Aruah nenek saya dulu ajar pakai tarik kat talam..dia kata tarik nipis - nipis tapi jangan sampai koyak .. biar jadi macam singlet pagoda atok kau...sekarang nampak singlet pagoda je ingat roti canai nenek..

silversarina said...

Telan air liur akak lihat roti canai kamato, memang nampak pun dah sedap , untung pandai buat sendiri, kat mana pun boleh makan roti canai homemade , best !!

zino said...

memang tak sak lagi.. memang betul roti canai tu hehe.. ada banyak lagi skill yg terendam ni hehe

Mek Na said...

wow serba serbi boleh...multitasking gitu. buat sendiri lagi bermakna kan en kamato. teruskan mengasah kebolehan yg ada especially bab amik gambar tu. i was impressed. btw saya pakai dulang besar je nak tebar roti canai :)

kuIna said...

huhuhu... mesti sedap nie... menglahkn yg kat kedai mamak... order satu leh!
eehhh skil tu mahal tau... takdak sijil tp amat bernilai!

pB said...

salam Bro


kalu gitu 13hB nie , pB n the geng g umah Bro Kamato aja lah.

Tak perlu ke Satay Kajang ..

Nak cuba roti canai buatan Bro K

asuhara sue said...

nama samaran : bro kamato
kemahiran yang dirahsiakan: menebar dan menghasilkan roti canai 'power'.

ehehehee...ko memang terer tahap gaban la bro! tabik springggggg!

Tokyo BLUE said...

roti sardin satu boleh.. hehehe

arsaili said...

salam..fuyoooooooooo...bila nak balik msia ni? sy dah ada kat Kuala Terengganu..kalau ada kat Msia bole la rasa roti canai yg bro tebarkan...or at least knowledge transfer..ekekeke

Sastri said...

wow... ticanai pun boleh buat? nenek sas penah buat, pun pakai belakang dulang dia ulinya... bab menguli tu yang sas tak tahan... penat... :D

KAMATO said...

Penoreh, Pandai juga meebar ye…. Sesekali kena asah bakat tu, kalau tak hilang skill tu

Muadzlife, agaknya sedap kot sebab habis licin semuanya

Pinatbate, tarik kat talam pun rasa sedap juga

Silversarina, kak rina kalau turun kl, call nanti tebar special utk org kemaman atau pun kita makan je kedai mamak he he

Zino, Tak boleh tunjuk semua, bila kita nak TT

Mek na, belajar tebar pun sebab nak guna sesekali time darurat

Jentayutiara, kalau nak lawan mamak…boleh..hehe

Pb, datang rumah dialu-alukan tapi kita order kedai mamak je la…..hehe

Asuhara, t.kasih

Tokyo blue, ok siap….

Arsaili, kalu gi Terengganu nanti sy contact

Sastri, bab menguli ni pun kalau sesekali buat sakit semua urat di buatnya

rahmat2u said...

Haa kamato...aku merupakan salah seorang pelanggan roti cana hang masa kat Plymouth, England..memang 'kau' roti hang tambahan pula bila cicah dgn kari paki yg hang belajar kat restoran tu!!!!.....rahmat, jitra