Satu program telah di atur yang telah mengumpulkan semua warga Malaysia yang ada di Bremen ini di satu taman untuk BBQ. Keadaan cuaca yang amat cerah masa ini dan waktu siang yang panjang amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sebegini. Kami berkumpul di satu taman yang menghijau malah di kelilingi bunga ros yang sedang mekar.
Hanya dengan program begini barulah dapat kami semua berkumpul dan mengenali lebih rapat masing-masing. Sebahagian besar mereka adalah pelajar first degree. Tabik pada adik-adik yang mampu menamatkan pengajian di Jerman ini.
Di sekeliling pohon yang menghijau
Masing-masing sibuk membakar
Anak kedua Lepat (seorang pelukis dan pemuzik yang pernah menggempar tanah air apabila anak pertamanya di bawa lari bekas isterinya ke UK, sehingga kini beliau masih menghadapi masalah untuk menemuinya)
Masing-masing sibuk membakar
Anak kedua Lepat (seorang pelukis dan pemuzik yang pernah menggempar tanah air apabila anak pertamanya di bawa lari bekas isterinya ke UK, sehingga kini beliau masih menghadapi masalah untuk menemuinya)
Gabungan warna hijau, oren, merah, kuning, hitam dan putih (Lepat dan isteri - warga jerman yang fasih berbahasa melayu)
16 comments:
Wah, seronok dapat jumpa rakan senegara, sate tu nampak pun dah tau besar nya, secucuk dah kenyang ..hehe.
Lepad keje kat sana ke ? masih ingat kisah dia dan anak yang adi hot topik suatu ketika dulu.
Salam untuk Abang Kamato,
Kisah Lepat dan Aishah Jane. Satu kisah mengharukan apabila anak mereka Sunny terperangkap dengan kasih sayang ibubapa dan juga perbezaan pendapat di dalam beragama.
Lepat punya alasannya tersendiri kenapa hidupnya memerlukan Sunny, seperti yang Lepat nyatakan di akhbar dan Aishah juga punya alasan tersendiri kenapa dia melarikan Sunny ke UK seperti yang Aishah nyatakan di majalah Mastika.
Sekian lama Lepat menghilang dari liputan wartawan tanahair tanpa diketahui di Bremen rupanya dia sekarang...
Macam mana dengan musim panas dan sambutan Euro2008?
Salam Kamato,
Kalau dah rezeki, di Bremen pun dapat makan sate. Semoga hilang rindu nak makan makanan Malaysia,
Tentang Lepat tu pernah membaca ceritanya. Semoga suatu hari nanti ditemukan juga anaknya yang pertama itu. InsyaAllah.
Comel gak marka Jerman 2 ek...he..he..he..
wah... eh! kuah satenyer marvellous tak?
siver, memang seronok jumpa ramai2, bila kat negara luar kemesraan akan berlainan
indera, memang trajis kisah lepat ni dulu, tapi sekarang ni dia nampak bahagia dengan isterinya yg baru, seorang penduduk bremen yg xsedang mengikuti pengajian di uni bremen. Dia masih sebagai pemuzik dan artis
Pan Zabs, masih boleh rasa masakan malaysia kat sini pun he he
nbk, mengancam jugak....
maksu, kira2 kuahnya bolehla setanding sate kajang hj samuri gitu...
nampak ramai jejaka je, si 'bunga'2annye cuma isteri Lepat tu saje ke, yg ada di Bremen?
wah...menyate!! sedap nampaknye tu....
cikguzue, jejaka saja student yg ada sini, dulu ada juga bunga, tapi dah balik msia
kalau hj samuri bukak cawangan kat sana laku tak agaknya hehe
Bestnya bbq. Macam sedap je sate Jerman tu.
zino, comfirm laku punya.....
zlaa, sedap sebab takda benda lain dah.....
Jerman tak naik minyak bang?
bila nak balik ??
sedapnya sate 'besar'..yummy
Macam sedap pulak temngok sate tu.... Besar macam itu, makan 7 cucuk pun dah kenyang... :D
penoreh getah, tu yg pelik, kat german ni tak lah naik minyak mendadak gitu
pb, bulan depan insyaallah
muadzlife, sedap la...sebab takda kedai lain jual
BP, tak sampai 7 cucuk dah tak boleh masuk
Post a Comment