Baru-baru ini kami mejemput Lepat atau Ismail Arrifin untuk makan tengahari di kediaman kami. Agak tragis bila mendengar dari mulut beliau sendiri bagaimana beliau melalui hari-hari selepas peristiwa hitam yang terjadi atas dirinya.
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan cerita Lepat dan isterinya, Aishah Jane. Aishah Jane melarikan Sunny, anak mereka, pulang ke negara asalnya. Aisah memberi alasannya sendiri kenapa dia perlu melarikan Sunny. Lepat juga punya sebab tersendiri, kenapa perlunya Sunny bersamanya.
Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.
Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan cerita Lepat dan isterinya, Aishah Jane. Aishah Jane melarikan Sunny, anak mereka, pulang ke negara asalnya. Aisah memberi alasannya sendiri kenapa dia perlu melarikan Sunny. Lepat juga punya sebab tersendiri, kenapa perlunya Sunny bersamanya.
Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.
Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.
Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997. Jane dan Lepat telah terlibat dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah yang agak panjang berhubung penjagaan anak. Sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kes Sunni Sazali anak Ismail Ariffin atau Lepat dan Aishah Jane mungkin salah satu daripada beribu-ribu kes tuntutan Hak Penjagaan Anak di negara ini yang masih tidak menemui penghujungnya. Istimewanya Sunni kerana ibunya bangsa asing dan dia dilarikan ke luar negara. Dalam usia yang masih mentah Sunni langsung tidak tahu sejarah yang telah diciptanya. Menuding jari mencari siapa bersalah tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menjadikan masalah semakin kusut.
Semasa Sunny dilarikan ke UK Sunny adalah dibawah jagaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Jane hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan. Semasa wanita British itu melawat anaknya beliau telah mengambil kesempatan melarikan Sunni dan memulakan perjalanan melalui Bangkok dan wanita itu mendakwa dia tidak dibantu oleh sesiapa. Agak sukar untuk mempercayai hujah itu. Banyak persoalan timbul di sini, bagaimana Mahkamah Syariah menjaga Sunny, bagaimana polis mengawal sehingga kehilangan Sunny ketika anak itu ditempatkan di dibalai polis dan bagaimana kawalan kita sehingga wanita itu boleh melepasi sempadan. Sedangkan perjalanan dari Penang ke sempadan bukannya dekat. Banyak persepsi mengatakan seolah perjalanan mereka seperti dirancang. Apakah sebenarnya Lepat menjadi mangsa keadaan. Wallahualam. Dalam hubungan ini pasangan suami isteri yang telah berpisah harus meletakkan undang-undang di antara kasih sayang dan perasaan, kemudian tambah sedikit dengan sepakat dan persefahaman. Apa yang penting dahulukan kepentingan dan masa depan anak dalam segala hal. Bagaimanakah peranan masyarakat dan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini.
Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.
Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.
20 comments:
salam..pernah mengikuti cerita Lepat suatu masa dulu..teringat juga kisah raja bahrin...sayangnya begitu kesudahan..yg ditakuti akidah anaknya...unless ex wife dia masih berpegang pada Islam
susah nak jaga mat saleh bro huhuhu.biarpun pegangan agama kita kuat.....
pernah ikuti kisahnye, tapi masa tu sekolah lagi.
seorang bapa tentula masih ingat kat anaknye...
saya salah seorang yang mengikuti perjalanan kisah Lepat dan anaknya..semuga mereka sentiasa berada dalam rahmat dan kasih-sayang Allah.
Salam En. Kamato;
Terima kasih kerana menunaikan permintaan saya. Saya masih ingat kata Lepat satu masa dulu - aku cuma nak anak aku. Aku tak mahu anak aku jadi kafir. Mak bapak aku Islam, anak aku mesti Islam - katanya di Pasar Seni. Harap Lepat terus tabah dan berusaha menjejak Sunny.
p/s Oh ya, bos saya di Jerman sekarang. Ada exhibition tentang mesen cetak.
Saya suka semangat dan kedegilan Lepat...
Nak minta email address abang. Saya nak tanya sikit tentang Germany's Education...
Alamat email saya
indera5kencana@yahoo.com
semangat & usaha anak melayu yang patut dipuji
hhmmmm, tak tahu nak cakap apa
Saya doakan Lepat menemui apa yang dicari dan kebahagiaan akan Lepat dapat dari kehidupan barunya. Kamato, bagaimana study?
Moga2 LEPAT & anaknya diberi kekuatan utk hadapi ujian dariNya ini..
Pernah mengikuti cerita ini suatu masa dahulu.
Semoga Lepat terus diberi kekuatan.
Semoga dipermudahkan segala urusan
Arsaili, memang cerita dia dulu panas
Butaseni, betul tu… tapi ramai jugak yang tak masalah
Cikguzue, bapa mana yg tak ingat anak
Pinatbate, mudah-mudahan begitu
Sri diah, Jerman antara Negara pengeluar mesi cetak terbaik dunia
Indera, semangat dia memang hebat
Penoreh, kadang2 soal anak akan mengatasi segalanya
Maksu, hmmm…..
Zlaa, study macam tula, saya diperingkat analisa data, apa pun bulan depan balik msia.
Nbk, mudah-mudahan, sama kita doakan
Bp, harap dia baca tulisan ini
Ajzie, amin
Semoga Lepat dapat bertemu Sunny kembali, bapa mana yang tak sayangkan anak .
abang lepat~
rindu~
Mcm mana Aisya boleh dpt bawa anak bersama dia? Takkan bawa lari je kot? Lepat tak pergi cari lagi ke?
Aslkum. Nama saya Zainal, Ketua Unit Kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negra, Peretak semasa Lepat belajar disana. Saya juga mengikuti perkembangan awak dari masa ke masa. Awak sememangnya favourite semua org semasa di Peretak. Sikap suka berkawan., suka berjenaka, pandai melukis menyebabkan semua orang senang dengan awak.
Kami di Malaysia sentiasa mendoakan awak berjaya dunia dan akhirat. Ramai diantara kawan - kawan yang satu an gkatan bertanyakan hal awak.Kalau awak balik ke Malaysia datanglah berziarah ke rumah saya No.53, Tmn. Datuk, Ampangan, Seremban, 70400 N. Sembilan. no. Tel: 06 - 7671493. gmail : affifuddin9@gmail.com
http://www.youtube.com/watch?v=vVTXcHxCUEo
lepat bersuara...
God bless Lepat...
Aku harap lepat dan sunni akn bertemu kembali. Doakn sunni masih mengenal agama islam dan mengamalkannya. Sama2 doakn.
Msia..apalah nak jadi dgn kau wahai authority Malaysia?
Post a Comment