Tuesday, June 17, 2008

Germany dan EURO 2008

Setakat ini German telah bermain sebanyak 3 kali di dalam kumpulan B. Dalam 3 perlawanan tersebut German telah memenangi 2 perlawanan iaitu menang dengan Poland (2-0), kalah dengan Crotia (1-2) dan menang dengan Austria (1-0). Ini bermakna Germany merangkul naib juara kumpulan B dan layak untuk memasuki pusingan suku akhir. Sebahagian besar masyarakat Germany begitu taksub dengan game ni. Setiap kali German bermain, di mana-mana tempat akan lengang. Tram yang biasanya penuh sesak dengan penumpang begitu lengang sekali, malah boleh dikira penumpang yang ada. Kedai-kedai akan ditutup awal kecuali pub-pub yang menyediakan live screen. Di kebanyakan Bandar-bandar besar akan disediakan big screen. Big Screen yang disediakan biasanya mendapat sambutan yang amat menggalakan. Telatah penonton seolah seperti dalam stadium. Apabila pasukan mereka menang mereka akan meraikan sehingga pagi. Semua kenderaan akan membunyikan hon sehingga kadang-kadang susah nak tidur.

Tom Battle pengulas channel 2DF
Jurulatih German - susah nak senyum
Bersedia sebelum perlawanan menentang Austria - Ballack wira menjaring gol tunggal German
Big Screen seperti ini ada di mana-mana dan biasanya mendapat sambutan yang meggalakan
Pengulas akan juga di tempatkan di big screen Bersedia untuk berjuang
Nasib malang tewas dengan Crotia 1-2 di Klagenfurt
Ketua Pasukan Ballark kurang menyengat ketika menentang Crotia
Nota: Gambar kurang memuaskan - snapshot dari live video

9 comments:

Unknown said...

meriah macam dekat stadium..

Mak Su said...

gamat ek

blackpurple @ jowopinter said...

Saya peminat Jerman juga. :D

indera kencana said...

Jurgen klinsman menghantar hantaran cantik pada Rudi Voller. Rudi Voller menyepak dan... sampai kepada Lothar Matthaeus... Lothar Matthaeus menendang dan... oohhhh

EKKKKKKKK...

Tu doploh tahun lepas la...

Aduhai bestnya dapat tgk perlawanan besar tu di depan mata..

zino said...

ingat tadi kamato dalam stadium hehe

Sastri said...

dari dulu lagi saya memang menyokong Jerman... ada orang tu tiru saya... keskeskes...

KAMATO said...

penoreh getah, memang meriah

mak su, kadang2 seronok tenguk gelagat penyokong

BP, oho....minat jerman ye, kita tunggu dia berentap dgn portugal..sama2 kuat

indera, kebetulan kat sini, masa 2006 wold cup dulu pun saya kebetulan juga di sini

zino, jauh studium tu....tiket satu hal lagi

sastri, ini sas yg ikut orang tu, atau orang tu yang ikut sas... takpa itula sehati sejiwa namanya hehe

khairyn said...

Go balak!!!

eh

Go Ballark!!!


ich liebe dich kikiki. Entah kenapa dari dulu memang tertarik ngan skuad jerman lalalala

KAMATO said...

khairyn, minat juga ye dengan Jerman ni