Tuesday, July 01, 2008

Night Live in Berlin

Urusan penghantaran buku melalui kedutaan memaksa aku bermalam sekali lagi di Berlin, bandaraya terbesar di Jerman. Ternyata malam di Berlin penuh dengan warna-warni. Aku bermalam di Posdamer Patz, satu kawasan penempatan yang agak elit. Terima kasih pada keluarga En Abdullah yang menyediakan tempat penginapan kelas pertama. Berikut beberapa foto yang dirakam selepas jam 11 malam di kawasan Posdamer. Foto kurang memuaskan kerana tiada tripod bersama.
Suasana selepas hujan
Restoran tetap penuh walaupun jam menunjukan hampir tengah malam
Suasana di dalam Sony Center - begitu meriah
Di sini berlangsungnya big screen perlawanan akhir euro 2008 terbesar di Jerman
Iklan penaja euro 2008
Sesiapa pun akan tertarik dengan konsep lightning sebegini
Menggabungkan semua warna utama, bumbung bangunan ini akan bertukar warna setiap minit

11 comments:

khairyn said...

Entah bila nak ke Germany balik ni. Rindu dengan bandar Munchen. Jumpa Lim teong kim kat sana huhuhu

next time memang kena pi berlin or Frankfurt plak ler. hehe

Unknown said...

bila kau post entri gambar2 di german.. jadi pemangkin aku nak ke sana..

tumismenumis said...

Woo.. sungguh teruja aku bro.
Cuba untuk membandingkannya dengan pekan Dungun ni.

zlaa said...

Meriah waktu malam di sana. Bilalah nak dapat pergi Jerman??

silversarina said...

memang meriah nampak Berlin di malam hari.

Tokyo BLUE said...

i wish i can go there! hurm bli lah ole ole ! hehe

Kaktiny said...

teringinnyer nak pergi..

meskipun tahu "hujan emas di negeri orang".. nak gak merasa pergi tgk 'hujan emas'.. pastu balik ler semula utk bersama 'hujan batu'.. (yang penting mak, ayah, abang dan anak2 ada.. pegi hutan hujan tropika pun takper..)

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Suasana malam yang indah! Sangat indah!

asuhara sue said...

ermmmm...menariknyaa...
di singapura pun ada lighting architecture tu...kat mesia saya tak sure, tak ada yang explore kot.

KAMATO said...

Khairyn, kena jenguk balik sini….

Penoreh, mudah-mudahan hajat kau sampai

Mazudi, sesungguhnya pekan Dungun lebih tenang dan nyaman

Zlaa, datangla sini….bukannya jauh, boleh tour semua Europe

Silversarina, memang meriah terutama malam minggu

Tokyo blue, ur can do it, ole le le,

Kaktiny, msia tetap tercantik….

BP, terima kasih

Asuhara, ada lighting architecture di tempat kita tapi masih kurang popular

chinta said...

sorry la komen entry yg lama2...eii jelesnye dah sampai berlin!! dr dulu mmg nak sgt pergi berlin tapi asyik flight penuh jek dr sini atau mahal gile...:P..salam kenal..