Saturday, June 07, 2008

Sinar Malam


Kegelapan tidak boleh mengusir terang. Kegelapan hanya terjadi bila terang disingkirkan. Malam tidak dapat merampas siang. Siang berlalu, dan malam menyusul menggantikan siang. Kalau ada kegelapan, itu kerana Tuhan, untuk alasan yang hanya diketahui olehNya, menarik terang.
Kalau Tuhan menarik terang, Ia sesungguhnya mengajarkan pada kita bahawa ada sesuatu yang lebih baik dari terang, yaitu iman.
Foto yang sempat ku rakamkan semasa melintasi Bandar Bremen sekitar jam 11.30 malam. Sinar cahaya langit di waktu malam begini kadang-kadang sukar ditemui. Keadaan memang amat mengasyikan, itulah kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

18 comments:

asuhara sue said...

Masya Allah...
ini semakin buat saya jeles nih kat bro!

KAMATO said...

asuhara, keindahan itu milik Nya

khairyn said...

memang cantik ketika pertembungan antara malam dan siang.

Memetik kata-kata Sheikh Imran Hosseini - lelaki dan wanita umpama siang dan malam. Berbeza tapi saling memerlukan dalam satu dunia. Pertembungan siang dan malam itu indah, sama ada waktu siang menghampiri malam atau malam menghampiri siang. Begitulah juga indahnya pertembungan antara lelaki dan wanita, berbeza namun saling memerlukan.

hihihi.. tak de kena mengena, tapi releven gak ni. :)

Anonymous said...

Salam Kamato,
Gambar2 yang menarik. Apa kamera yang digunakan agaknya ya?

muadzlife said...

cantik lah

silversarina said...

salam,

sedapnya ayat-ayat yang kamato tulis , tepat dengan keindahan gambar waktu malam di Bremen ketika itu.

KAMATO said...

khairyn, suka kata2 Sheikh Imran itu

Pak Zabs, kamera zaman purba, umur dah lebih 10 tahun...olylmpus3030 - mula2 digital dijual di negara kita

muadzlife, cantik itu hanya sementara

silversarina, terima kasih

Unknown said...

fuh so beutipul laa

Sri Diah said...

Teramatlah cantiknya! Maha besarnya kuasa Allah menjadikan siang dan malam. Saling berganti dengan rahsianya tersendiri. Saya sangat tertarik dengan kisah Lepat... Ada interview dia semasa insiden anaknya dilarikan dulu. Inginkan kisah lanjut mengenai dirinya. Boleh?

KAMATO said...

penoreh getah, susah juga nak dpt suasana begitu

sri diah, insyaallah akan saya ceritakan nanti

arsaili said...

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam..." [az-Zumar, 39:5]

Salam..ur entry remind me of this ayah...cantik

KAMATO said...

arsaili, terima kasih
Dan Surah Al-Anbiyaa' ayat 33 - Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

Ajzie said...

Indah sungguh bumi ciptaan NYA..

zino said...

keadaan macam tu tak mungkin dapat di rakam di malaysia..

pB said...

syukur

KAMATO said...

ajzie, itu la kekuasaan Nya

zino, memang pun

pb, syukur jua

Masy said...

cantiknya..! untung kamato dah merasa menjejak kaki kat sana. saye untung menjejak mata kat gambar2 jelah setakat ni ehehehhe~

KAMATO said...

masy, untung2 jugak, tapi tang kerja kena buat ni yang pening