Sunday, June 22, 2008

Kawasan Perkampungan

Hujung minggu kami menerima jemputan Prof Gert untuk lunch di rumahnya. Prof Gert merupakan Prof di Uni Bremen yang telah bersara. Beliau sering datang ke Malaysia sebagai expert dan juga pernah menetap lama di Oman, juga sebagai pakar. Rumah beliau terletak kawasan perkampungan yang agak sunyi dan terpencil di pinggir Bandar Bremen. Suasana kehijauan disekeliling kediaman beliau amat menarik sekali. Semua pepohan hijau yang sebahagian besar adalah tumbuhan semula jadi dijaga begitu rapi. Agak sukar sebenarnya dapat berpeluang melawat kawasan perkampungan modern di Jerman ini. Disekeliling kawasan ini terletaknya petani-petani kecil modern yang megusahakan ladang-ladang seperti jagung dan ternakan lembu. Sebahagian besar dari mereka memiliki kuda di kediaman masing-masing yang berfungsia sebagai riadah untuk keluarga. Mungkin hanya penduduk asal atau mereka-mereka yang berduit sahaja yang mampu memiliki kawasan perumahan seperti ini. Kami sempat juga melawat sangkar lebah yang di usahakan oleh Prof ini. Walaupun betaraf Prof, beliau masih berupaya mengusahakan produk madu hasil usahanya sendiri.
Disekeliling rumah di penuhi rimbunan hijau, sejuk mata memandang
Lunch di belakang rumah
Melawat sangkar-sangkar lebah yang mampu mengeluarkan madu yang cukup bermutu, setiap kami telah di hadiahkan se botol madu hasil dari sangkar-sangkar ini
Mahluk yang bersaiz seekor singa dewasa ini amat jarang di temui datang bertandang
Baru mengutum, mungkin spesis ini tak ada dalam negara kita
Pohon ini di import dari negara kita semasa ianya kecil, sekarang telah melebihi 10 kaki tinggi. Setiap kali musin sejuk pokok ini terpaksa di usung ke kawasan berbumbung.

15 comments:

silversarina said...

Bestnya dapat merasa ke kampung orang german yang cantik dan damai...dapat juga lihat pokok dari tanahair sebagai pengubat rindu :P

bila pulang ke tanahair ?

KAMATO said...

Siversarina, dah nak balik ni, insyaallah bulan depan

zino said...

mak ai.. besar dari kamato anjing dia tu.. sekali dia ngap.. hehe..

KAMATO said...

bro zino, tak pernah jumpa sebesar tu sebelum ni...tapi baik binatang tu

Kaktiny said...

salam kamato..
wah.. ku lihat hijau..
fuyoo..
besarnyer makhluk Allah tuh.. mak aii.. ngeri nengok.. letak kat imigresen malaysia pun ok gak tuh.. hihihih

KAMATO said...

kaktiny, lega mata tenguk hijau

Mak Su said...

weh...cantiklah tgk laman tu, menghijau. walla

asuhara sue said...

gembira sokmo waktu2mu kat situ ye bro.

muadzlife said...

wa...syoknya makan kat kampung tu :)

ZABS said...

Salam Kamato,
Di sekeliling rumah orang di Malaysia pun susah nak cari kehijauan begitu.
Madu tu akan disimpan sehingga balik baru di gunakan ke?

zlaa said...

Nikmatnya hidup mereka Kamato.. Cemburu melihat. Sedih tak dah nak balik tu?

KAMATO said...

mak su, begitu bersih kawasan sekeliling nya

asuhara, terpaksala menggembirakan diri...

muadzlife, makan kat dia orang ni kena pilih2 mana yang boleh makan

Pak Zabs, dah ada depan mata, makan je la madu tu, memang pior punya madu

zlaa, komuniti di kampung mereka begitu akrap, prof ni pun bela lebah bukannya nak madu sangat tapi kawasan sekeliling situ ladang, sejak kebelakangan pengeluaran merosot kerana kurangnya serangga untuk pendebungaan, tu yg dia bela lebah

rudy bluehikari said...

kalau tak silap pokok ni maskot UPM... pokok palma serdang namanya

kuIna said...

suka kehidupn & rumah mcm tu.... tenang, damai dgn pokok2 yg menyergarkn.

KAMATO said...

jentayutiara, mamang nyaman dan mendamaikan