Friday, June 06, 2008

Makan, makan dan makan

Sempena Mesyuarat ILO yg diadakan di Geneva, Tok Wan telah mengambil kesempatan melawat kami selama 2 hari di Bremen. Kesanggupan beliau untuk menziarah kami di sini merupakan satu penghormatan. Sempena lawatan beliau, beberapa program khas telah dirancang bersama pihak Universiti of Bremen. Sebaik sahaja sampai di Bremen beliau telah menyatakan untuk terus ke kediaman kami walaupun perancangan awal sepatutnya beliau perlu check in dulu di hotel. Walau pun sibuk dengan tugasan harian, sempat juga kami sediakan juadah untuk makan tengahari. Terkejut dia dengan menu yang disediakan - macam kat Malaysia.
Menu yang sempat kami sediakan - ayam goreng berempah, sayur goreng campur, ikan kurau masin goreng bercili, kari ikan tenggiri, sambal udang petai, bubur kacang durian dan agar-agar di samping beberapa jenis buah.
Makan tengahari di kediaman kami sebaik mendarat di Bremen
Makan malam di Hilton sambil membincangkan isu dan strategi
Makan tengahari bersama pengurusan tertinggi Universiti of Bremen bagi membincang future planing
Tok Wan & Prof Dr Spootl, pertembungan dua kuasa, dua negara dan dua benua ke arah satu matlamat - Dual Training System (makan malam di Maharaja Restaurant)
Suasana hiasan dalaman di Restaurant Maharaja. Restoran indisch-pakistan yang menyediakan makanan halal ini terletak di Hastedter iaitu di pinggir bandar Bremen. Menu yang disediakan tak ubah seperti mana-mana Indian Restaurant yang lain

7 comments:

indera kencana said...

Harga untuk makan dua orang kat restoran tu berapa bang? Adakah beribu-ribu Euro lemon?

zino said...

dari pagi sampai ke malam acara makan je hehe

CikguZue said...

Wa...handal jugak bab masak-memasak dan makan memakan kat sana yea....hehehe

silversarina said...

ada petai tu yang mahalnya ... pandai abang-abang 'bujang' masak ye !!

KAMATO said...

indera,boleh tahan jugak harganya... tapi dah dia org sponsor, makan je la

zino, memang pun makan manjang....

cikguzue, boleh la jugak.....

siversarina, semua benda ada jual sini............

khairyn said...

emmm sedapnya makan

hah! dapat inspirasi. Nak buat nasi lemak la hari ni :)

KAMATO said...

khairyn, sedap nasik lemak tu.... mintak sikit