Saturday, June 14, 2008

Jerman & Minyak

Harga minyak dan petrol dan disel di Jerman ini hampir sama. Harga yang di jual berbeza sedikit di antara syarikat-syarikat pembekal. Walau bagaimanapun harganya adalah sekitar €1.43 - €1.48 seliter. Semasa aku datang ke sini tahun 2006 harganya pun macam itu juga. Ini bermakna tiada kenaikan mendadak walaupun pasaran minyak dunia melambung tinggi. Yang peliknya Jerman bukan lah negara pengeluar minyak. Bagaimana kerajaannya boleh mampu mengatasai masalah ini dan harga minyak kekal dengan harga asal.
Mungkin ada yang mengatakan €1.43 itu bersamaan dengan RM 7.15 dan kita masih rendah. Perbandingan ini tidak boleh di buat sebab gaji pekerja di Jerman tinggi. Sebagai contoh engineer yang baru bekerja di bayar gaji antara €2800 - €3000 sebulan yang bersamaan dengan RM14,000 sebulan.
Persoalan nya bagaimana mereka mampu bertahan tanpa menaikan harga minyak walaupun mereka bukan negara pengeluar minyak. Bukan saja minyak, malah harga semua barang keperluan harian adalah sama seperti harga 2 tahun lepas.
Malaysia negara pengeluar minyak, setiap sen pasaran minyak dunia meningkat, bermakna juga keuntungan buat negara……………..

10 comments:

ZABS said...

Salam Kamato,
Kalau harga minyak macam di Jerman tu (RM7.05 - RM7.30)di Malaysia lagi menjeritlah semua. Di mlaysia tanpa subsidi pun minyak mungkin RM4 seliter.
Saya cadang naikkan ikut harga tanpa subsidi. Duit lebih guna untuk keperluan subsidi barangan/keperluan yang lebih mustahak seperti beras, elektrik, air dan pendidikan. Itu semua mustahak/perlu. Minyak tidak semua orang gunakan. Kita ada pilihan untuk guna atau tidak.

Mek Na said...

mulai hari ni rebate 600++ boleh dituntut. bukan jalan penyelesaian tp mungkin nak senyapkan sikit mulut org yg merungut..kerajaan kena cari mekanisme terbaik menanganinya

silversarina said...

Germany sebuah negara maju yang patut dijadikan contoh terbaik, hasil ekonomi negara dan cukai dari rakyatnya digunakan sebaik mungkin buat rakyatnya juga.Itulah sepatutnya yang dilakukan oleh pemerintah.

katanya Julai naik tarif elektrik, ini memang beri kesan besar pada kami sekeluarga, kena cari jalan untuk penjimatan .

CikguZue said...

UK pun lebih kurang cam german nampaknye.bagi org yg bekerja di sini, tak terasa sangat dgn harga minyak tu.
kesian kat org di M'sia,dgn tangga gaji yg rendah berbanding harga minyak di negara sendiri yg menjadi pengeluar.

zino said...

kena belajar cara urus ekonomi dari jerman..

Unknown said...

diorang kata negara kita bukan negara pengeluar minyak top 20.. so tak bole compare dengan pengeluar negara minyak yang top 20..

kan kalau senang diorang kata kerajaan dah tiada duit.. tak payah laa bagi alasan.. semua rakyat akan paham.. yang pentingnya ketelusan..

asuhara sue said...

setuju dgn mek na- kena cari mekanisme lain untuk kehidupan rakyat selesa dan produktif cthnya: perbaiki sistem pengangkutan awam dan lebarkan jaringan lrt. Rasanya itu lebih baik dan tertumpu pada yg memerlukan, sbb org2 yg sangat mampu mungkin x kisah dgn kenaikan harga minyak ni.

khairyn said...

entah kenapa saya rasa terharu bila baca/dengar berita yang gordon brown berjumpa dgn pengeluar minyak dibhgn utara pulau ratu untuk meminta ditambahkan produksi.

PM kita?

satu dunia dilanda inflasi tapi cara PM kita atasi masalah ini.. sungguh mengecewakan. Dia masih mementingkan kocek 'kaum kerabat' dari rakyat jelata.

KAMATO said...

Pak zabs, sekarang pun rakyat dah mengeluh kalau naik lagi tak tau la macamana

Mek na, setuju…makanisma yg sewajarnya perlu dikaji

Siversarina, mungkin boleh kita tiru jerman, tapi dia dah jauh ke depan

Cikguzue, kalau keadaan berterusan sewajarnya kadar gaji juga perlu dikaji

Zino, boleh agaknya kot

Penoreh getah, memang tak boleh compare tapi tak sebut pulak Negara bukan pengeluar minyak yg tak menaikan harga minyak

Asuhara, setuju juga….moga makanisma itu dikaji segera

Khairyn, ……dan kita yg menanggungnya

Public opinion said...

Lebih ramai pelajar Malaysia perlu sambung belajar di Jerman, terutamanya dalam bidang ekonomi dan bisnes di peringkat bacelor hingga PhD