Thursday, May 29, 2008

Cuaca Tak Menentu

Cuaca pada masa ini memang tidak menentu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Kebiasaannya bila awan penuh di langit menandakan hujan boleh turun tiba-tiba. Ramalan cuaca pun kadang-kadang tak tepat. Walaupun ramalan menyatakan suhu akan mencapai sehingga 22 darjah pada hari tu, tetapi apabila tiba-tiba hujan keadaan tetap sejuk. Persediaan rapi amat perlu bila keluar rumah. Malaysia jugak yang seronok.
Fajar Menyingsing (4.30 am)
Mentari mula muncul di sebalik awal tebal
Sekitar jam 8.00 pagi
Waktu Magrib (9.40 pm)
Waktu Isyak (11 malam)
Tengah Malam (masa pendek)

13 comments:

pB said...

salam Bro K


isyak pukul 1100 malam ..
Lewat gitu nyer ...

asuhara said...

sama jek mcm cuaca kat pasir mas nih!
ni pun dah berbunyi guruh di langit.

indera kencana said...

Pendeknya waktu malam. Saya selalu bayangkan ibadat puasa jika malamnya terlalu singkat. Baru je habis solat tarawikh, dah nak mula bersahur. Lepas tu terbit fajar. Mesti kelam kabut, kan?

Mak Su said...

picture perubahan waktu tu menariklah, besar kuasa Allah, ada yg dpt siang malam 50, 50, ada yg dpt sikit, ada yg dpt terlebih

muadzlife said...

wah awal le subuh yer

CikguZue said...

sama la macam kat sini. forcast pun tak tentu betul.

takpe...bila lagi nak rasa suasana lain daripada M'sia,kan...

ZLAA said...

Kamato,

Siang panjang best-lah. Banyak benda boleh buat. Rasa waktu pun lebih panjang.

Eridzhuan Zhaineo said...

Salam bro...gambar fajar menyinsing tu menarik perhatian saya. Di sana masuk waktu maghrib dan isyak dlm waktu yg tetap ke? Kami di sini buat masa nie mengumpul masa maghrib dan isyak dlm waktu yg sama memandangkan isyak masuk tak menentu.

Sastri said...

saya paling suka gambar fajar menyinsing... begitu indah sekali langit... Subhanallah... :D

zino said...

ni tak tidur2 ke .. hehe

butaseni said...

wahhh kesanggupan menunggu di depan menata jam tu barbaloi kan,gambar yg terhasil sgt cantik.

arsaili said...

salam..best fajar menyinsing...
hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negara orang..baik lagi hujan batu...cuma hujan emas akan menjadi satu kenangan...kilau kilauan emas pasti satu rakaman memori terindah..ehehe

KAMATO said...

PB, makin lama makin lewat, tidur pun dah tak tentu hala

Asuhara, guruh sini ada juga tapi jarang2

Indera, pernah rasa gitu, terus tak tidur sampai ke subuh

Mak su, itula kebesaran Ilahi

Muadzlife, dah makin awal, sekarang ni jam 3.15 dah subuh

zlaa, ye la kadang2 bagus jugak siang panjang

cikguzue, betul tu….tapi tempat kita juga baik

eridzhuan, kami masih guna waktu yg tetap

sastri, memang indah, tapi cuma sementara

zino, tidur tetap tidur…hehe
butaseni, rakaman hanyalah melalui tingkap rumah, bangun tidur terus snap…hehe

arsaili, yap…betul negeri sendiri tetap di hati