Sunday, February 14, 2010
Malam Tahun Baru China
Malam minggu aku ke jalan Kuching, membantu Chef Manap membuat persiapan memasak untuk kenduri sorang kawan bagi majlis perkahwinan anak bongsunya. Yang nak di masaknya daging hitam, dalca, gulai nangka, kerabu umbut kelapa, sop tulang dan ayam goreng. Sempatla aku kacau sana sikit, kacau sini sikit. Potong sana sikit, potong sini sikit. Lepas jam 12 malam suasana kawasan situ dah jadi macam medan perang. Malam Tahun Baru China. Bunga api sana, bunga api sini. Meletup sana, meletup sini. Jam 1.30 pagi aku bertolak balik, masa tu yang dah naik dapur baru daging hitam. Yang lain akan dimasak esoknya selepas subuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
En Kamato,
org Cina berpesta tanglung dan bunga api, orang kita berpesta kenduri ... berderet2 jemputan tiba kat rumah saya ni .. tak sempat nak hadir semua!
Selamat berkenduri :)
salam kamato..
selamat makan kenduri
salam kamato...
dah hampir 3 thn cl tak merasa suasana CNY nih..mesti berdentum dentam kan bunyi nyer..heheheheh
waslam
salam. kenduri muhibbah 1malaysia la katakan.
Salam,
Mujurlah rumah saya di kampung. Selamat dari bunyi bising mercun. Kalau tidak tak boleh tido malam ni..
salam
alhmadulillah..
mcmne kenduri tadi...
hai beruntung juga ade pambantu chef nie....sedia khidmat
syukur dan slamt cuti2
izariza, memang cuti 3 hari ni penuh dengan kenduri
ummi humairah, ada jugak yang tak sempat pergi
shimi, oarng kita pun nak cari peluang cuti panjang raya cina buat kenduri
abangsulung, itu seronoknya tinggal di kampung
ainhany, chef manap ni di import dari penang, kawan lama, masakan utara cukup handal
salam
kat sini malam tadi , berdentam berdentum bunyi mercun padi
Best jugak CNY , dapat tengok bunga api berwarna-warni , kalau di Jordan ada majlis kawin / graduation adalah pertunjukan bunga api .
Terliur baca kamato sediakan kerabu umbut kelapa ... mana nak cari ni , sedapnya :)
rezeki, walau kerajaan tak haramkan tapi masih boleh dibeli
siversarina, memang jarang kita jumpa kerabu umbut ni, sebab nak cari umbut banyak2 bukannya senang, tapi rasanya memang sedap
Post a Comment