Friday, February 19, 2010
TIKL
Baru-baru ni semasa menghantar Zahir ke asramanya aku sempat singgah di sekolah lama ku, TIKL. Masa tu sekolah tu cuti CNY seminggu. Mulanya pengawal tak bagi aku masuk, tapi setelah maklumkan aku merupakan alumnai sekolah tersebut mereka bagi laluan. Ternyata banyak perubahan berbanding 30 tahun yang lepas.
Terlalu banyak kenangan pahit manis masa persekolahan dulu. Satu masa dulu sekolah ni memang terkenal dengan raging, malah pernah seorang pelajar meninggal di bilik dibilik air mungkin disebabkan raging. Aku mula menjejaki sekolah ini awal sekitar 80an. Sebelum mendaftar ada jiran maklumkan sekolah tu kuat raging. Aku tak kisah, ikut je. Hari pendaftaran aku datang sehari awal. Datang dengan arwah ayah, naik bas dari kampong sampai Pudu Raya. Dari Pudu Raya naik teksi sampai sekolah ni. Masa teksi sampai, dua orang senior turun berebut angkat beg aku naik asrama. Aku berlenggang je naik. Masa tu dalam hati aku kata, bagus-bagus semua senior ni, sapa kata dia orang teruk. Sebaik je sampai bilik, aku ingat arwah ayah tak sampai pun lagi pintu pagar depan, maka episod pengenalan pun bermula. Beg yang tadi mereka usung dicampak balik keluar. Salah sorang dari mereka memekik “Kau ingat aku ni kuli engkau”. Itulah episod salam pengenalan aku di sekolah ini. Selepas itu bermula la episod-episod seterusnya yang memang memaksa kekentalan diri untuk terus berjuang. Namun begitu semuanya menimbulkan kenangan manis dan tidak dinafikan buli-buli mereka itu kadang-kadang merapatkan lagi hubungan antara pelajar baru dan lama. Sebahagian besar mereka yang nakal-nakal itu berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupani. Kami masih berhubung sehingga kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Assalamualaikum KAMATO
KAMATO ni misti seorang kuat semagat
raging peninggalan penjajah mukin ada baiknya, tapi kita yg over pulak, maka jadilah buli
kalau saya x sanggup
Wassalam
Salam saudara Kamato
ex Teknik KL rupanyer..sekolah teknik terbaik tu..
sy x gmr raging. nk masuk ank asrama pun takut bila dgr sepupu sy smpai kuar asrama(x tahan diraging. ada setengah dpaksa hsp rokok akhirnya jadi ketagih, takut....
ooo kamato sekolah teknik di situ, sure tahah betul semangat .. entahlah saya cukup tak boleh kompromi dengan ragging2 ni hingga kini , pada saya that's not the way to get to know each other .
buli sikit2 tu ok ler, nak menjadi dewasa kena hadapi.
tapi jgn buli sampai berbunuh-bunuhan pulak.... nak jadik ahlil nuraka namanya... ek
Salam Kamato,
Tak sangka kita ni dari sekolah yang sama....saya masuk tahun 1979 hingga 1980.... kelas 5M3, masa saya rangging pun teruk tp sbb saya tak dok asrama tak merasalah semua tu....saya travel dari rumah ke sekolah...
Bila kes budak mati tu, saya frust dan marah dengan budak2 TI tu.....apalah mereka ni smpi ada yang mati....apa jaid dengan kes tu Kamato...
Memang bangga dengan sekolah tu sbb TIKL yang paling tua....
Dah lama tak jejak ke sekolah tu...
TQVM sbb dapat kenag kembali memori sekolah lama...
Salam Kamato,
Tak sangka kita ni dari sekolah yang sama....saya masuk tahun 1979 hingga 1980.... kelas 5M3, masa saya rangging pun teruk tp sbb saya tak dok asrama tak merasalah semua tu....saya travel dari rumah ke sekolah...
Bila kes budak mati tu, saya frust dan marah dengan budak2 TI tu.....apalah mereka ni smpi ada yang mati....apa jaid dengan kes tu Kamato...
Memang bangga dengan sekolah tu sbb TIKL yang paling tua....
Dah lama tak jejak ke sekolah tu...
TQVM sbb dapat kenag kembali memori sekolah lama...
Rozali, terima kasih singgah, itu cerita dulu sekarang dah takda raging ni
CM ya la serupa tempat CM mengajar
Deewan, semua orang memang benci raging tapi kadang2 kita terpaksa lalui
Silversarina, sekarang dah takda budaya raging
Rosli, laaaa......rupanya kita satu sekolah, saya 5 M1 1981 taktau detail pasal budak yg mati tu, yg duduk luar untungla kurang sikit raging. Banyak berbeza sekarang ni, surau takla surau kayu dulu. Last sekali saya jumpa pengetua shuib dahaban di pusat bandar damansara tahun 1987, dia kenal aku lagi,
Kamato,
Beza umur kita satu tahun aje....saya pun jumpa Shuib tu lebih kurang masa tu jugak....dengar dia jagi pengetua sekolah lain masa tu....
Kat TM ada beberapa budak TIKL ( skrg dah jadi bapak budak macam kita...Ada masa kita sembang lagi. h/p aku 013 3998686. Ada masa kita jumpa kat Yus ke atau mana2 mamak.
rosli, no hal....kita jumpa bila2
salam kAMATO DAN ROSLI...
what a small world kan..?
alahmdulilah
waslam
salam che kamato
ngeh ngeh ngeh pengalaman yg sama mcm CP..
registration day, senior semua baik2, muka manis2..
balik je mak bapak, bertukar 100%, terus menjerit2, memekik2..
tapi banyak pengalaman duk kat asrama ni
Post a Comment