Saturday, February 20, 2010

Rezeki di Musim Panas

Musim panas sejak beberapa hari ini menjadikan satu kawasan tadahan air di Reko Central kering. Keadaan ini menjadikan mereka-mereka berpesta menggagau ikan di kawasan itu. Seronok betul mereka bermain selut. Kecik-kecik dulu aku handal juga menggagau haruan dan keli kat lopak-lopak di tali air apabila musim kemarau begini, tapi sekarang ni mintak maaf dah hilang skill. Aku cuba melihat mereka dari dekat, satu peti besar penuh dengan ikan talapiah dan beberapa ekor ikan haruan sebesar betis. Memang lumayan, musim panas ni membawa rezeki pada mereka.

17 comments:

sonata anak kancil said...

untuk dijual ke makan sendiri? ok ke...ikan2 dari longkang besar? @ tali air??? @ parit??? tak tau nak differentiate...

KAMATO said...

sonata, tak tau la dia orang makan ke jual, tapi kalau dah banyak gitu jual la agaknya

aznaz said...

salam kamato...

best tuh ikan haruan goreng cili kering...hmmm enak bangat tuh...

waslam

KAMATO said...

manzlie, memang sedap kalau boleh makan haruan, ramai yang tak mau makan

rosli said...

Salam Kamato,

Ikan kat sini mgkn kurang berbau sebab air longkang besar ni mengalir....

terkenang masa kecik2 dulu lebih kurang tahun 1974...buat benda yang sama...kena kejar dengan arwah abah dengan getah paip...dia takut anak2nya lemas or dihanyutkan arus deras masa hujan...masa tu saya tangkap ikan keli.....sedih pun ada gelihati pun ada....

silversarina said...

memang rezeki betul buat pengagau ikan kat situ :)

Ayah Zain said...

Salam Kamato,

bestnya mengecal (mengagau) ikan darat ni. Memnag kalu masa kecik dulu, memang hero mengecal bak kata sekilas ikan tu, tauler nasibnya. tapi kini hanya kenangan sahaja hehehh.

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

rugi laa KAMATO tak turun padang

ikan talapiah, bakar, sodap

ikan haruan, kalau dah banyak, buat salai, dah kering masak lomak cili api

Wassalam

Anonymous said...

salam Mr Kamato,

Reko Central dekat area mane nie?? bestnya lihat gelagat mereka tuu

rezeki said...

salam kamato

semoga musim panas dan kering ni berakhir cepat, kalau tak tentu berlaku krisis bekalan air pula

semuanya dari Allah jua

KAMATO said...

rosli, kalau minat mancing sungai belakang rumah saya ni banyak patin, tapi saya tak tergamak nak makan, dia orang kata sedap tak bau

KAMATO said...

silversarina, ya la rezeki mereka la tu.....

KAMATO said...

rozali, dah tak sanggup nak turun.... lagi pun kar rumah saya saya sorang je boleh makan haruan

KAMATO said...

AZ, budak kampung dulu2 tak sah kalau tak pandai mengecal

KAMATO said...

hanis, on the way nak gi kajang, belakang petronas

KAMATO said...

rezeki, harap2 begitula....sekarang ni pun kawasan tadahan air semua dah surut

dEeWaN said...

bestnya tak perlu beliikan.ikan talapiah tu wat sweet sour sdp