Saturday, February 27, 2010

Ibarat Sungai



Hidup ini ibarat sungai
akan sentiasa mengalir
penuh berliku.
Dunia ini
yang dusta sering menjadi benar
dan sering dipertahankan.
Kenyataan hanyalah
suatu imbasan dari impian
di dalam cermin hati dan naluri
Sesungguhnya,
kehidupan ini akan tamat jua
tetapi yang tinggal
ialah kepercayaan dan kejujuran
pada hati sebening air
yang mengalir di sungai yang tenang.

Rumah YS,KL

12 comments:

manzlie said...

salam kamato..

menyentuh hati bila membaca madah tuh..

benar..

wasalam

KAMATO said...

CL, niat cuma nak post foto sungai tu je, madah tu cuma pengiring

Atikah said...

Salam En Kamato..

Nice picture n puisi....

KAMATO said...

atikah, photo tu salah satu saliran air di terenganu

Rozali said...

Assalamualaikum KAMATO

Akhirnya air akan kelaut

manusia akan ada akhirnya juga

Wassalam

KAMATO said...

rozali, betul tu, setiap yang hidup akan mati jua

silversarina said...

Salam,

Terharu baca n3 ni ... alangkah bagusnya jika sungai mengalir jernih di setiap laluannya .

KAMATO said...

silversarina, kejernihan air yang mengalir di sungai sudah hampir tinggal kenangan di negara kita

S said...

salam,
kamato,
singgah sat, tertarik ngn madah diatas.
dan
dipengkalan ini
kita berhenti seketika
sekadar mencari bekal
buat meneruskan perjalanan
menuju hentian yg abadi
rhaudatuljannah

arsaili said...

salam bro...bakat terpendam, nukilan yang begitu mendalam sentuhannya....

salam maulidurasul

KAMATO said...

S, salam bang megat, terima masih singgah sini

KAMATO said...

arsaili, salam jua