Kami sampai setengah jam awal dalam satu majlis di USJ12 baru-baru ni, kesempatan itu aku guna untuk meninjau gerai-gerai yang ada. Masing-masing sedang sibut menyiapkan gerai masing-masing. Kebanyakan mereka menjual buku-buku agama dan produk makanan halal. Aku amat tertarik dengan salah satu gerai kerana bersama peniaganya ada seekor dhab atau biawak pasir. Pemilik gerai itu sedang sibuk menyusun barang niaganya iaitu berbagai jenis madu dari berbagai negara. Aku segera menyapa pemilik gerai itu
Hj datang dari mana?
Dari Ampang
Jauhnya Hj, selalu ke hj meniaga di sini?
Adalah juga sesekali, kalau ada program, imam panggil… saya datangla.
Haji jual apa?
Saya jual semua jenis madu, saya ambik madu dari timur tengah. Saya pun ada jual jugak berbagai madu asli dari negara kita.
Hj meniaga bergerak saja ke atau memang ada gerai tetap?
Memang saya ada gerai tetap tapi saya suka lagi meniaga bergerak begini, untung lebih sikit.
Hj full-time ke jual madu?
Saya dah full-time jual madu ni.
Jual madu bergerak macamni pun boleh hidup ye ji?
Alhamdullilah....
Biasanya berapa banyak jualan sehari?
Tenguk keadaan dan majlis yang diadakan, macam program di masjid Bangsar baru ni dalam setengah hari je jualan boleh mencecah tiga ribu ringgit.
Banyak tu ji (dalam hati aku kagum, jual madu pun boleh cecah RM3000 sehari).
Ke sebabkan haji ada penarik dhab ni.
Tak da la…ni suka-suka je bela
Haji ambik kat mana dhab ni?
(Sambil tu aku usap-usap leher, kepala dan belakang binatang tu, memang jinak)
Saya bawak dari Jourdan, saya memburu sendiri.
Habis, bawak balik macamana?
Letak je dalam beg kargo, scan pun bukan nampak.
Tak lemas ke binatang tu dalam beg?
Binatang ni memang susah nak mati, kalau kita sembelih pun kadang-kadang sampai 2 hari baru mati.
Hj bawak balik sekor je ke?
Saya bawak balik 3 ekor 5 tahun lepas, yang sekor dah jual RM 4000, yang sekor saya sembelih buat kapsul, tinggal sekor ni pun ada pak arab mintak nak beli, dia tawar RM1800 tapi saya tak mau jual…sayang sebab dah jinak.
Apa sebenarnya khasiat daging dhab ni ji?
Banyak khasiatnya, dia boleh cuci darah, buang semua toksit dan racun-racun dalam badan, sebab tu harganya mahal. Lagi satu dia cukup untuk menambah tenaga.
Okay ji, majlis dah nak mula, nanti kita sembang lagi.
Hadis mengatakan sembilan dari sepuluh rezeki dalam dunia ini adalah perniagaan dan terdapat juga hadis yang mengatakan semasa hayatnya Baginda Rasulullah tidak mengharamkan memakan daging dhab namun begitu Beliau tidak memakannya.
28 comments:
macam temuduga malajalah 3 le pulak.. hehe..
zino, ha ha..... tu la seronok pulak tanya pak hj tu
kalah mazidul tu bro!
asuhara, dulu nak jadi wartawan, tapi tak kesampaian
Salam Mr Kamato,
Hanis rasa org yg sama berniaga madu & pil dhab nie di pasar tani stadium shah alam....hanis pada mulanya geli geleman...nanti hanis buat n3 gambar yg hanis ambil tempoh hari...
harini hanis baru tau...rupa2nya yg kat dalam sangkar lg satu tu biawak padang pasir...yg dhab tu mmg jinak...dia dok kat luar...tp yg biawak tu macam garang & gemuk..
Salam Kamato..
Wah seronok juga baca kisah ni..kalau kita rajin berbual2 dgn peniaga mcm2 maklumat kita dpt...
Jumpa lagi.
Salam
byk nya soklan ....
Salam kamato,
heheh, hanis tengok geligeleman? ermmm tapi pada mulanya aje, lepas rasa seronok yer. cepat2lah buat n3 hanis
dhab ni macamana sembelihnya? ehhhee...geli geman la...takut pun ye...kalau ayam/itik/lembu tu tau la kat mana nak disembelihnya...
hanis, agaknya kot orang yang sama
mamaju, udah takda kerja nak buat, interview la hj tu.....
PB, itu pun tak habis tanya lagi....
AZ, kita tunggu N3 hanis tu
sonata, nak boleh nak bayang jugak macamana binatang tu di sembelih
saya hrp saya ada kebolehan meniaga, tapi mencari pet animal waima yang eksotik, bukan dlm impian saya :)
adei.. tengok rupa dhab tu rasa macam mini dinosaur je..
maksu, semota tercapai hasrat itu
mulan, memang pun...tak tau la sapa2 yang sanggup makan dagingnya...
Madu + Dhab. sama-sama banyak 'khasiat'nya..
tengok Dhab, terbayang biawak kat klampung....Hehehe
sekali tgk cam biawak, x lalu nk mkn huhuhu
ooo.. cam tu rupanya dhab. Er... cam iguana pong ada.. hehehee... len kali interbiu sampai abis, rasanya ada lagi yg tak dikorek dari pak haji tuh. :)
BP, memang sama bentuk
masy, sebab kita dah biasa tenguk biawak tu yang tak lalu
deen, memang nak tanya lama tapi tak sempat
Boleh la tu Kamato jadi wartawan. Lepas ni kena ambil mugshot pakcik tu, nama penuh dan umur jangan lupa ye :p
dia seludup masuk dhab macam tu? Betul ke tak nampak kalau scan? Biodegradable kot huhuhu.
Rasanya dulu tahun 90an saya pernah tengok Dhab, tapi saya agak geli geleman dengan binatang reptilia ni. Tapi muka dia saya rasa comel hahahaha
khairyn, tu la saya pun pelik juga, macamana binatang tu scan tak nampak
kah kah.
dhab ni comel je opernye
tak sampai hati nak makan.
kah kah.
dhab ni comel je opernye
tak sampai hati nak makan.
Post a Comment