Friday, June 27, 2008

Roti Canai

Aku belajar membuat roti canai ni masa bujang dulu, dengan sorang kawan di penang. Masa tu aku terpaksa mengorbankan beberapa kilo tepung sebelum dapat skill menebar roti canai. Selepas tu yang aku ingat aku tak pernah pun tebar pun. Cuma pernah sekali dekat satu warung di Perai, oleh kerana pakcik gerai tu lambat sangat, aku tebar sendiri. Terkejut pakcik tu.
Setakat ni aku cuma gunakan skill tebar roti canai ni bila berada di luar Malaysia, itu pun asalnya secara kebetulan. Asal ceritanya awal 90an aku dan beberapa orang rakan telah dihantar berkursus di Newport College UK dalam bidang welding & metal fabrication selama 3 bulan. Hubungan kami agak akrab dengan instructor di institute itu. Satu hari salah sorang pengajar di situ menyuarakan ingin merasa masakan Malaysia. Aku cadangkan buat roti canai. Hari yang ditetapkan dapur kafteria dikosongkan dan kami menguasainya dengan menebar roti canai dan masak kari ayam. Do roti canai telah ku uli malam sebelum itu. Itu kali pertama aku tenguk mat salleh makan roti canai sungguh-sungguh. Patutla Indian restorant boleh hidup di UK. Selepas itu ramai kaki-tangan di situ yang menjemput untuk ke rumah hujung minggu semata-mata untuk tunjuk macamana tebar roti canai.
Seterusnya pertengahan 90an aku berpeluang melanjutkan pelajaran juga di UK. Kali ini bersama keluarga dan beberapa orang rakan yang juga berkeluarga. Masa ni la aku terpaksa kerap kali menguli roti canai. Kadang-kadang sampai 5 kilo sekali uli. Kadang-kadang tu roti nan sekali. Bila nak makan dia orang cuma order. Sampai balik Malaysia pun dia orang kata nak datang rumah nak makan roti canai, tapi aku kata datangla nanti order kedai mamak. Masa kat UK tu jugak aku pernah kerja kat dapur satu Indian restoran. Restoran tu agak terkenal juga. Aku pernah demo pada tokey restoran tu dan dia begitu berminat sekali malah dia minta jadikan menu restoran tu. Aku kata minta maaf, bukan untuk bisnes. Selepas tu tak pernah tebar pun. Pernah juga mem berbunyi, tapi aku kata kita makan je kat kedai.
Dan hari ini selepas hampir 10 tahun tak menebar roti, aku menebar buat pertama kalinya di Bremen ini. Masih ada skill la sikit-sikit walau pun tak sehebat dulu. Kira ok la setakat untuk lepas gian kepada mereka-mereka yang dah hampir 3 bulan duduk sini tak kena roti canai mamak.
Roti Cani Bremen - Panas Membara, Garing dan Rangup

Nota: esok aku akan jelajah bumi Rep. Cez.

Wednesday, June 25, 2008

Pantulan Objek

Pantulan objek di permukaan air sering dikaitkan dengan ketenangan. Hanya keadaan cuaca dan permukaan air tenang sahaja yang akan menghasilkan pantulan objek yang sempurna. Berikut sebahagian koleksi pantulan objek di permukaan air yang sempat saya rakam di bumi Jerman ini yang bermotifkan moden, neutral dan usang. Merenung nya saja bisa menurunkan emosi seseorang.
Di kawasan Autoadth iaitu komplek membuat dan memasang kereta VW, dua menara selinder itu menempatkan kereta-kereta yang tersusun rapi menunggu pelanggan mengambilnya. Konsep make-up kereta luar dan dalam boleh dipilih sendiri mengikut citarasa pelanggan melalui sistem komputer yang di sediakan. Sehingga warna stering pun boleh dibuat berlainan warna.
Tasik di sebuah tempat penginapan di Flinsberg
Castle yang telah menjadi peninggalan sejarah di Flinsberg. Menjelajah setiap sudut dalam bangunan yang berusia beratus tahun itu merupakan satu kenangan

Tuesday, June 24, 2008

Karipap Bremen

Sapa kata orang laki tak boleh buat karipap, isi kentang dengan daging lagi. Kalau dah tak boleh beli kuih kat kedai, apa pun boleh jadi. Pendek kata karipap tu at par la dengan para isteri buat, atau pun mungkin lagi cantik...he he. Kalau tak puji sendiri sapa lagi......

Sunday, June 22, 2008

Kawasan Perkampungan

Hujung minggu kami menerima jemputan Prof Gert untuk lunch di rumahnya. Prof Gert merupakan Prof di Uni Bremen yang telah bersara. Beliau sering datang ke Malaysia sebagai expert dan juga pernah menetap lama di Oman, juga sebagai pakar. Rumah beliau terletak kawasan perkampungan yang agak sunyi dan terpencil di pinggir Bandar Bremen. Suasana kehijauan disekeliling kediaman beliau amat menarik sekali. Semua pepohan hijau yang sebahagian besar adalah tumbuhan semula jadi dijaga begitu rapi. Agak sukar sebenarnya dapat berpeluang melawat kawasan perkampungan modern di Jerman ini. Disekeliling kawasan ini terletaknya petani-petani kecil modern yang megusahakan ladang-ladang seperti jagung dan ternakan lembu. Sebahagian besar dari mereka memiliki kuda di kediaman masing-masing yang berfungsia sebagai riadah untuk keluarga. Mungkin hanya penduduk asal atau mereka-mereka yang berduit sahaja yang mampu memiliki kawasan perumahan seperti ini. Kami sempat juga melawat sangkar lebah yang di usahakan oleh Prof ini. Walaupun betaraf Prof, beliau masih berupaya mengusahakan produk madu hasil usahanya sendiri.
Disekeliling rumah di penuhi rimbunan hijau, sejuk mata memandang
Lunch di belakang rumah
Melawat sangkar-sangkar lebah yang mampu mengeluarkan madu yang cukup bermutu, setiap kami telah di hadiahkan se botol madu hasil dari sangkar-sangkar ini
Mahluk yang bersaiz seekor singa dewasa ini amat jarang di temui datang bertandang
Baru mengutum, mungkin spesis ini tak ada dalam negara kita
Pohon ini di import dari negara kita semasa ianya kecil, sekarang telah melebihi 10 kaki tinggi. Setiap kali musin sejuk pokok ini terpaksa di usung ke kawasan berbumbung.

Friday, June 20, 2008

German menang lagi

Trotz der Tore von Schweinsteiger, Klose und Ballack kam Portugal immer wieder zurück und traf. Doch Deutschland hat gewonnen.

Semasa entry ini dimasukan jam menunjukkan tepat jam 11.00 malam waktu German atau 5.00 pagi waktu Malaysia. Perlawanan antara Portugal dan German baru tamat kira-kira 15 minit yang lepas. German telah mengalahkan Portugal 3-2 dan seterusnya membenamkan peluang Portugal untuk mara ke seterusnya. Pada masa ini penyokang Jerman sedang meraikan kemenangan pasukan mereka. Keadaan di luar sekarang ini terlalu hingar bingar. Boleh dikatakan setiap saat hon dibunyikan. Kepada mereka itu mungkin satu kepuasan, tetapi kepada yang memerlukan ketenangan keadaan masa ini mungkin begitu membingitkan. Gol-gol dijaringkan oleh Schweinsteiger 22’ Klose 26’ dan Ballack 62’

Pelengkap jaringan

Tuesday, June 17, 2008

Germany dan EURO 2008

Setakat ini German telah bermain sebanyak 3 kali di dalam kumpulan B. Dalam 3 perlawanan tersebut German telah memenangi 2 perlawanan iaitu menang dengan Poland (2-0), kalah dengan Crotia (1-2) dan menang dengan Austria (1-0). Ini bermakna Germany merangkul naib juara kumpulan B dan layak untuk memasuki pusingan suku akhir. Sebahagian besar masyarakat Germany begitu taksub dengan game ni. Setiap kali German bermain, di mana-mana tempat akan lengang. Tram yang biasanya penuh sesak dengan penumpang begitu lengang sekali, malah boleh dikira penumpang yang ada. Kedai-kedai akan ditutup awal kecuali pub-pub yang menyediakan live screen. Di kebanyakan Bandar-bandar besar akan disediakan big screen. Big Screen yang disediakan biasanya mendapat sambutan yang amat menggalakan. Telatah penonton seolah seperti dalam stadium. Apabila pasukan mereka menang mereka akan meraikan sehingga pagi. Semua kenderaan akan membunyikan hon sehingga kadang-kadang susah nak tidur.

Tom Battle pengulas channel 2DF
Jurulatih German - susah nak senyum
Bersedia sebelum perlawanan menentang Austria - Ballack wira menjaring gol tunggal German
Big Screen seperti ini ada di mana-mana dan biasanya mendapat sambutan yang meggalakan
Pengulas akan juga di tempatkan di big screen Bersedia untuk berjuang
Nasib malang tewas dengan Crotia 1-2 di Klagenfurt
Ketua Pasukan Ballark kurang menyengat ketika menentang Crotia
Nota: Gambar kurang memuaskan - snapshot dari live video

Monday, June 16, 2008

Kilauan Emas

Terpaan sinar mentari yang memantulkan sinar keemasan, pertanda si kunang-kunang siap mengharungi hidup, setidaknya untuk satu hari ini hingga menunggu mentari esok kembali bertandang.
Selalu saja cahaya keemasan itu terasa begitu menyilaukan tapi aku tetap menantinya setiap sore.
Pandangan mataku setiap hari menjelang senja dari jendela kamar.

Saturday, June 14, 2008

Jerman & Minyak

Harga minyak dan petrol dan disel di Jerman ini hampir sama. Harga yang di jual berbeza sedikit di antara syarikat-syarikat pembekal. Walau bagaimanapun harganya adalah sekitar €1.43 - €1.48 seliter. Semasa aku datang ke sini tahun 2006 harganya pun macam itu juga. Ini bermakna tiada kenaikan mendadak walaupun pasaran minyak dunia melambung tinggi. Yang peliknya Jerman bukan lah negara pengeluar minyak. Bagaimana kerajaannya boleh mampu mengatasai masalah ini dan harga minyak kekal dengan harga asal.
Mungkin ada yang mengatakan €1.43 itu bersamaan dengan RM 7.15 dan kita masih rendah. Perbandingan ini tidak boleh di buat sebab gaji pekerja di Jerman tinggi. Sebagai contoh engineer yang baru bekerja di bayar gaji antara €2800 - €3000 sebulan yang bersamaan dengan RM14,000 sebulan.
Persoalan nya bagaimana mereka mampu bertahan tanpa menaikan harga minyak walaupun mereka bukan negara pengeluar minyak. Bukan saja minyak, malah harga semua barang keperluan harian adalah sama seperti harga 2 tahun lepas.
Malaysia negara pengeluar minyak, setiap sen pasaran minyak dunia meningkat, bermakna juga keuntungan buat negara……………..

Sunday, June 08, 2008

Lepat

Baru-baru ini kami mejemput Lepat atau Ismail Arrifin untuk makan tengahari di kediaman kami. Agak tragis bila mendengar dari mulut beliau sendiri bagaimana beliau melalui hari-hari selepas peristiwa hitam yang terjadi atas dirinya.

Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan cerita Lepat dan isterinya, Aishah Jane. Aishah Jane melarikan Sunny, anak mereka, pulang ke negara asalnya. Aisah memberi alasannya sendiri kenapa dia perlu melarikan Sunny. Lepat juga punya sebab tersendiri, kenapa perlunya Sunny bersamanya.

Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.
Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.

Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997. Jane dan Lepat telah terlibat dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah yang agak panjang berhubung penjagaan anak. Sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kes Sunni Sazali anak Ismail Ariffin atau Lepat dan Aishah Jane mungkin salah satu daripada beribu-ribu kes tuntutan Hak Penjagaan Anak di negara ini yang masih tidak menemui penghujungnya. Istimewanya Sunni kerana ibunya bangsa asing dan dia dilarikan ke luar negara. Dalam usia yang masih mentah Sunni langsung tidak tahu sejarah yang telah diciptanya. Menuding jari mencari siapa bersalah tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menjadikan masalah semakin kusut.
Semasa Sunny dilarikan ke UK Sunny adalah dibawah jagaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Jane hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan. Semasa wanita British itu melawat anaknya beliau telah mengambil kesempatan melarikan Sunni dan memulakan perjalanan melalui Bangkok dan wanita itu mendakwa dia tidak dibantu oleh sesiapa. Agak sukar untuk mempercayai hujah itu. Banyak persoalan timbul di sini, bagaimana Mahkamah Syariah menjaga Sunny, bagaimana polis mengawal sehingga kehilangan Sunny ketika anak itu ditempatkan di dibalai polis dan bagaimana kawalan kita sehingga wanita itu boleh melepasi sempadan. Sedangkan perjalanan dari Penang ke sempadan bukannya dekat. Banyak persepsi mengatakan seolah perjalanan mereka seperti dirancang. Apakah sebenarnya Lepat menjadi mangsa keadaan. Wallahualam. Dalam hubungan ini pasangan suami isteri yang telah berpisah harus meletakkan undang-undang di antara kasih sayang dan perasaan, kemudian tambah sedikit dengan sepakat dan persefahaman. Apa yang penting dahulukan kepentingan dan masa depan anak dalam segala hal. Bagaimanakah peranan masyarakat dan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini.

Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.

Saturday, June 07, 2008

Sinar Malam


Kegelapan tidak boleh mengusir terang. Kegelapan hanya terjadi bila terang disingkirkan. Malam tidak dapat merampas siang. Siang berlalu, dan malam menyusul menggantikan siang. Kalau ada kegelapan, itu kerana Tuhan, untuk alasan yang hanya diketahui olehNya, menarik terang.
Kalau Tuhan menarik terang, Ia sesungguhnya mengajarkan pada kita bahawa ada sesuatu yang lebih baik dari terang, yaitu iman.
Foto yang sempat ku rakamkan semasa melintasi Bandar Bremen sekitar jam 11.30 malam. Sinar cahaya langit di waktu malam begini kadang-kadang sukar ditemui. Keadaan memang amat mengasyikan, itulah kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Friday, June 06, 2008

Makan, makan dan makan

Sempena Mesyuarat ILO yg diadakan di Geneva, Tok Wan telah mengambil kesempatan melawat kami selama 2 hari di Bremen. Kesanggupan beliau untuk menziarah kami di sini merupakan satu penghormatan. Sempena lawatan beliau, beberapa program khas telah dirancang bersama pihak Universiti of Bremen. Sebaik sahaja sampai di Bremen beliau telah menyatakan untuk terus ke kediaman kami walaupun perancangan awal sepatutnya beliau perlu check in dulu di hotel. Walau pun sibuk dengan tugasan harian, sempat juga kami sediakan juadah untuk makan tengahari. Terkejut dia dengan menu yang disediakan - macam kat Malaysia.
Menu yang sempat kami sediakan - ayam goreng berempah, sayur goreng campur, ikan kurau masin goreng bercili, kari ikan tenggiri, sambal udang petai, bubur kacang durian dan agar-agar di samping beberapa jenis buah.
Makan tengahari di kediaman kami sebaik mendarat di Bremen
Makan malam di Hilton sambil membincangkan isu dan strategi
Makan tengahari bersama pengurusan tertinggi Universiti of Bremen bagi membincang future planing
Tok Wan & Prof Dr Spootl, pertembungan dua kuasa, dua negara dan dua benua ke arah satu matlamat - Dual Training System (makan malam di Maharaja Restaurant)
Suasana hiasan dalaman di Restaurant Maharaja. Restoran indisch-pakistan yang menyediakan makanan halal ini terletak di Hastedter iaitu di pinggir bandar Bremen. Menu yang disediakan tak ubah seperti mana-mana Indian Restaurant yang lain

Wednesday, June 04, 2008

BBQ

Satu program telah di atur yang telah mengumpulkan semua warga Malaysia yang ada di Bremen ini di satu taman untuk BBQ. Keadaan cuaca yang amat cerah masa ini dan waktu siang yang panjang amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sebegini. Kami berkumpul di satu taman yang menghijau malah di kelilingi bunga ros yang sedang mekar.

Hanya dengan program begini barulah dapat kami semua berkumpul dan mengenali lebih rapat masing-masing. Sebahagian besar mereka adalah pelajar first degree. Tabik pada adik-adik yang mampu menamatkan pengajian di Jerman ini.

Di sekeliling pohon yang menghijau
Masing-masing sibuk membakar
Anak kedua Lepat (seorang pelukis dan pemuzik yang pernah menggempar tanah air apabila anak pertamanya di bawa lari bekas isterinya ke UK, sehingga kini beliau masih menghadapi masalah untuk menemuinya)
Gabungan warna hijau, oren, merah, kuning, hitam dan putih (Lepat dan isteri - warga jerman yang fasih berbahasa melayu)
Sesekali berkumpul banyak topik yang dibincang
Sate Jerman lebih besar dari sate Kajang