Sunday, July 05, 2009
Ti m Menteri KBS
Dalam majlis yang aku hadiri di Kajang baru-baru ini aku berkesempatan duduk di sebelah Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan semasa makan. Sambil makan banyak yang kami bincang, perbincangan berkisar hal bekas penagih. Beliau sedih dengan penerimaan masyarakat terhadap bekas penagih. Katanya sebahagian besar penagih yang datang ke pusat serenti adalah atas kehendak mereka untuk berhenti dari menjadi penagih. Malah ada di antara mereka adalah bekas pelajar universiti yang mula terjebak dadah apabila cuba menggunakan bahan tersebut ketika bersengkang mata sebelum peperiksaan. Yang menjadi masalah sekarang apabila mereka telah pulih dan keluar dari pusat, masyarakat tidak menerima mereka. Bukannya sahaja majikan tidak inginkan untuk mengambil mereka bekerja, malah sebahagian dari mereka keluarga pun tak sanggup terima mereka. Itu yang menjadikan mereka kembali kepada penagih. Katanya duit negara berpindah berjuta-juta sebulan kerana kita menggaji pekerja asing, tetapi kenapa kita menolak bekas penagih warga Malaysia yang telah insaf ini. Katanya pakej tertentu perlu dilakukan supaya bekas-bekas penagih ini boleh bekerja di satu-satu tempat dan dapat membuktikan supaya dapat buktikan kepada masyarakat mereka boleh berjaya. Aku beri cadangan kenapa semua pusat serenti tak sedia program kemahiran, latih semua bekas penagih ini dengan kemahiran khusus dan keusahawanan seperti dalam penjara. Katanya sepatutnya memang begitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
semuga ada perubahan di masa akan datang... masaalah penagihan dan pengedaran dadah macam tak reda sedikit pun..
sejak dulu kini dan entah sampai bila boleh di hapuskan..
saya juga sokong cadangan mu bro. itulah sebaik2nya kan.
penerimaan ni tak tahu nak komen, kita kekadang takut kalu pisang berbuah dua kali.... negative perception :(
Setuju sangat kalau diberi peluang belajar ilmu kemahiran semasa di pusat eerenti.
Bab masyarakat tolak mereka kembali, arwah abah saya pernah menerima kehadiran bekas penagih di rumah kami, tak sampai 3 bulan dia join balik gang dadah dan mencuri duit abah, masa tu saya di sekolah menengah dan penagih tu sepupu saya bekas lepasan U , bila dah macam tu memang abah saya tak percaya bekas penagih sampai akhir hayatnya.
Bagi saya pun memang saya tak berapa percaya dengan bekas penagih sebab teramat jarang dapat contoh yang positif tentang mereka :(
Salam,
Penolakan segelintir masyarakat terhadap bekas penagih, menyebab diorang rasa terpinggir. Itu adalah salah satu alasan kenapa diorang kembali menagih. Nak cari kerja pun susah sebab ada rekod buruk. So, aku setuju juga kalo pusat bagi kursus kemahiran pada diorang utk buktikan kemampuan mereka pada masyarkat kan. Hopefully, diorang takdak alasan utk kembali ke dunia gelap tu. Tp kalo dah ada kemahiran, kenalah ada pihak yg sepatutnya tidak bias utk menyalur kewangan kepada mereka.
Dalam hal ini...sukar nak komen sebab kita pun ada anak2. Semoga Allah lindungkan anak2 kita semua. Amin
hrap klu ada bekas penagih yg diberi peluang tu akan gunakan sebaiknya. kadang2 sbb sorg buat hal, semua org pon dipersalahkan.
berilah mereka peluang...!!!
kadang-kadang semua boleh disediakan tapi pucuk pangkalnya tetap hati. Hendak berubah menjadi yang lebih baik bukanlah satu perkara yang mudah dan hendak kembali menjadi jahat sangatlah mudah.
zino,mungkin takkan habis
asuhara, tu cuma cadangan....
maksu, masyarakat tak mau terima mungkin sebab mereka dah terkenal dengan kes curi barang
silver, itu la agaknya ramai yang tak sanggup terima bekas penagih ni
deen, kiata cuma bantu, tapinkalau dia org nak kembali nak buat macamana
puteri, moga anak kita dilindungi, amin
masy, setuju sorang tu yg selalu buat hal
mulan, yela... setengah tu dari merekan dah banyak bagi peluang
khairyn, kadang dugaan mereka cukup hebat
Post a Comment