Thursday, July 16, 2009

Dialog bersama Tim Menteri

Perhimpunan 300 pakar industri negara dari berbagai bidang untuk berdialog dengan Y.B. Timbalan Menteri Sumber Manusia telah berlangsung di INTEKMA hari ini. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang isu yang hangat. Beberapa cadangan dari pakar-pakar negara bagi mertabatkan kemahiran dapat dikumpulkan. Penerimaan dan pengiktirafan kemahiran di kalangan masyarakat adalah agenda utama. Kelahiran teknokrat-teknokrat atau teknologis-teknologis atau jurutera-jurutera berasaskan kemahiran dinegara-negara maju seperti German membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat global. Malah masyarakat mereka menerima kemahiran adalah pilihan terbaik menentu kerjaya. Penerimaan sebegini perlu dalam negara kita.


Sebahagian peserta yang hadir

Y.B. Timbalan Menteri merasmi dan berdialog dengan peserta

Sebahagian pakar-pakar 'tua' yang hadir

Hampir 1 jam setengah aku mengadap Y.B. sehari sebelum majlis berlangsung bagi memastikan kelancaran majlis ini, almaklumlah mereka-mereka adalah yang terlibat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang masing-masing.

5 comments:

zino said...

di akhir dialog tercapai ke hasrat dan matlamat... semuga banyak lagi majlis seumpama ni di adakan.. supaya dapat mengurai segala permasaalahan dan ada jalan utk menyelesaikan nya..

KAMATO said...

Alhamdulillah berjaya...

Mak Su said...

bagus gaks ada dialog sesekali, tapi kalu ada isu hangat pun tentu menarik, utk eye opener

kuIna said...

moga matlamat tercapai..

ahmad said...

Salam,tuan.
Saya baru menjengok ke blog tuan.banyak yg saya dapat blajar dr blog tuan ini.
Sebetulnya, saya ingin mendapatkan pandangan tuan mengenai bidang kemahiran yang tuan ceburi selama ini.
Apa pandangan tuan mengenai kewujudan Universiti Berasaskan Kemahiran di Malaysia?
Apa juga komen tuan mengenai ura2 cadangan kerajaan dalam RM Ke 10 untuk menaiktarafkan salah satu dpd 27 buah Politeknik untuk dijadikan Universiti Berasaskan Kemahiran?
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=433596
sekian, harap tuan boleh memberi sebarang komen disini.