Wednesday, July 22, 2009

Perjumpaan

Perjumpaan kami 4 keluarga untuk makan malam di Kajang malam ini mengembalikan semula nostalgia makan malam di dewan makan Abeer Garden Makah setiap lepas solat Isyak. Abang Zul, terima kasih datang dari jauh untuk mengunjungi kami. Semoga persahabatan kita akan terus kekal. Sesungguhnya aku amat-amat bangga dan menghargai persahabatan ini. Pertemuan kami juga untuk mengucapkan selamat jalan kepada saudara Rasidi yang akan keTanah Suci minggu depan. Tahniah kepada saudara Rasidi, walaupun baru 3 bulan balik dari Tanah Suci tetapi telah dijemput semula untuk menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya aku pun teringin sangat untuk pergi semula. Rindu sangat pada Baitullah.

7 comments:

joegrimjow said...

sampai kajang nanti
bgtau2 r

silversarina said...

Persahabatan ke akhir hayat , pertemuan bermula di tanah suci InsyaAllah suci persahabatan itu.

KAMATO said...

joegrimjom, terima kasih singgah

silversarina, mudamudahan Allah pelihara persahabatan ini

MULAN said...

moga silaturrahim kekal abadi..

Puterii said...

Semoga kami juga mempunyai peluang ke Tanah Suci. Amin

KAMATO said...

mulan, mudah-mudahan

puteri, insyaallah sampai tu satu masa nanti

Mek Na said...

duit dah lama cukup tp org tabung haji tak panggil2 pun utk giliran ke mekah. ***sambil menggaru kepala yg x gatal***