Sabtu tengahari aku dikunjungi dua keluarga yang agak rapat, salah seorangnya adalah tetamu dari Padang Indonesia. Petang meronda bawak tetamu Padang tu untuk menikmati panorama Putrajaya. Sebelah malam mengunjungi warta untuk melengkapkan persiapan Along yang akan ke selatan tanah air.
Ahad seperti dirancang kami mengunjungi UTHM Batu Pahat. Terserempak Prof Jai dan Dr Wahid, sempat bersembang dan sindirannya agak sinis. Almaklum report tak siap lagi. Pendaftaran Along agak lancar. Saudara Ropi kebetulan telah seminggu di sana dan mengunjungi aku di kolej Along. Kami sempat bersama menikmati ikan merah masak asam penas di sebuah restoran di Parit Raja, memang mengancam. Ikan tu hanya di masak apabila terima pesanan, memang fresh. Terima kasih Sdr Ropi kerana membawa kami ke restoran tersebut. Lain kali insyaallah aku datang balik restoran tu. Selepas melengkapkan keperluan asrama Along, kami kembali ke kolej. Tak lama lepastu adik sekeluarga datang dari Pasir Gudang untuk menemui kami . Selang beberapa minit kemudian terima call pulak dari anak saudara dan abang ipar dalam perjalanan dari Skudai untuk ke Terengganu. Kami bertemu dan berkumpul di salah satu gerai durian di Pekan Air Hitam. Kami memulun durian sampai semua tak larat nak makan. Seterusnya kami berkonvoi ke Tangkak dan berpisah mengikut haluan masing-masing. Hajat untuk ke Pedas bagi mendapatkan ikan salai untuk di hantar ke Mekah terpaksa di batal kerana yang ada hanya sembilang salai, sedangkan mereka menghendaki haruan salai.
Dan hari ini di Putrajaya aku dikunjungi tetamu istimewa, blogger yang sekarang menetap Australia. Terima kasih Arsaili kerana sudi bersama makan tengahari bersama dan terima kasih atas cenderahati tu. Aku amat-amat menghargai pemberian mu.
Cenderahati dari Australia
9 comments:
waaaa durian, belum sempat rasa lagiiii!
syoknye dpt subinier :)
oh.... nak ikan yang lain, mungkin di lain hari ada rezeki
Bagus jugak prof2 tu, itu tegur sebagai peringatan... w/pun apa jua yang penting dpt gelaran Dr. Kamato.Amin
Bestnya dapat jumpa kawan2 termasuk kawan blogger.
Banyak jugak hadiah dari nagara kangaroo tu :)
Sorry ler tak sempat jumpa hari tu bersama Ropi. Sepanjang malam tak tidur, so 10 pagi mata tak boleh buka dah... Ropi tak apa ler (spesis kelawar dari GuaMusang) tak tidur malam, dan siang masih okay... Tapi lepas tu dia tidur dari Jam3pm to dot.. hehe...
sedap tu pulun durian tu...
panas perut baru lepas makan doyan :D
salam..dah beberapa hari balik perth....dari panas ke sejuk plak..rasa nak demam pun ada...terima kasih jemput saya hari tu dan belanja kepala ikan asam pedas yg sedap dan mahal....saya lupa nama tempat tu....apa nama tempat makan tu ek bro?
Post a Comment