Sejak dari kecil memang aku bergelumang dengan sawit. Malah semasa sekolah menengah aku boleh dikatakan pakar dalam menuai buah sawit samada mengguna skop atau sabit. Masa tu rata-rata pekebun kecil mengusahakan sendiri kebun masing-masing. Tetapi situasi kini dah berubah. Hanya sebilangan kecil pekebun mengusahakan sendiri. Sebahagian besar dari mereka menggunakan pekerja asing untuk menurunkan buah. Boleh dikira anak-anak muda tempatan yang sanggup bekerja di kebun sawit.
Kira-kira setahun yang lepas harga sawai mencecah RM 800 setan. Aku pernah cerita situasi ini sebelum ni. Masa tu kalau masuk kedai kopi kat kampong, semua orang berebut nak bayar. Tapi harga tu tak kekal, menjunam dan terus menjunam sehinggalah ke paras RM 200 setan. Masa tu ramai yang tak endahkan langsung kebun kelapa sawit. Bermula Feb yang lepas harga naik semula sehinggala pada Mei lepas harga mencapai RM464 setan. Walaupun harga ini tak sehebat harga setahun yang lepas tetapi sekurang-kurangnya para pekebun kecil boleh menaris nafas lega kiranya harga tersebut boleh bertahan berterusan. Namun begitu bulan Jun yang lepas harga telah turun kepada RM410 setan dan hari ini harga tersebut tidak sampai pun RM 400 setan. Situasi harga sebegini memang merisaukan ramai pekebun kecil. Yang nyata harga baja melambung naik. Sekiranya harga turun terus ke tahap RM300 setan bermakna bermakna pekebun-pekebun kecil menghadapi masalah untuk menyara kehidupan harian. Aku mengikuti sepenuhnya perkembangan harga sawit ini setiap bulan lantaran aku terpaksa mengurus beberapa kebun sawit milik keluarga. Walaubagaimana memandangkan ianya aktiviti sambilan, penurunan harga tidak berapa kami endahkan. Sekurang-kurangnya beberapa orang boleh menyara keluarga hasil upah menuai buah dah kira bagus, yang penting jangan sampai kos operasi tak melebihi hasil sawit.
Baru-baru ni aku berpeluang memberi ceramah kepada pegawai-pegawai MPOB di PD. Sebahagian mereka merupakan pegawai kanan. Semasa rehat aku tak melepas peluang untuk berdiskusi dengan pegawai-pegawai tersebut berhubung ketidak stabilan harga sawit ini.
Seharusnya agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya agar harga sawit kekal ditahap yang memuaskan memandangkan kita merupakan pengeluar utama sawit. Beberapa perkara perlu dirungkai bagi membantu pekebun-pekebun kecil sawit.
- Bagaimana untuk menstabilkan harga sawit di pasaran.
- Harga baja dan racun di pasaran terlampau tinggi, bagaimana untuk menurunkan harga tersebut agar keluaran pekebun kecil dapat ditingkatkan.
- CESS (tax) yang dikenakan kepada pengilang, secara tak langsung pengilang akan mengenakan kadar tersebut kepada pekebun.
- Pelaburan pembukaan ladang-ladang sawit di Indonesia oleh tauke negara kita, apakah ia menuntungkan negara kita atau menguntungkan sesetengah pihak. Mereka akan menjadi pesaing kita. Mereka boleh jual harga yang rendah dari kita kerana kos buruh yang rendah
- Pasaran ke atas produk-produk berasaskan sawit ke peringkat dunia. Harga produk sawit juga perlu competitive berbanding produk dari minyak sayuran yang lain.
6 comments:
salam...suka makan buah sawit rebus dgn sedikit garam, kemudian kemam serat dua utk mendapat lemak..serat berserabut tu di buang
buah sawit ni ada orang cakap boleh buat umpan utk ikan kelah ...
Maklumat yang bagus untuk menambah ilmu bagi saya yang memang tak de ilmu langsung tentang kelapa sawit ni. Thanks.
bile sebut sawit mesti sy teringat bingka sawit. tingin sangat nk rasa. huhuhuuhuh
sy tiada cerita/pengalaman ttg buah sawit kecuali sy masak guna minyak kelapa sawit
arsaili, oh begitu ye, dudukje kebun sawit tapi tak pernah saya cuba makan macam tu, nantila nak cuba
nunn, memang betul, bukan saja kelah, lanpam dan patin pun memang suka kelapa sawit
silversarina, terima kasih
Masy, mesti sedapkan bingka sawit
mekna, nak jadikan 1 botol minyak tu entah berapa tandan sawit diperlukan
Post a Comment