Saturday, July 25, 2009

Sawit

Aku bercuti Jumaat kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara urusan keluarga. Aku ambik kesempatan untuk balik kapong melalui Pucung untuk mengelakan kesesakan kalau melalui Sg Besi. Rupanya di Pucung tu ada orang perasan kereta aku, aku terima SMS dari PB “Nak ke mana tuuuu”. Sorry PB lalu tak mintak izin.

Aku keluar berdua-duaan dengan mak. Kami makan lontong di satu warung di Pekan Batang Berjuntai. Lama kami tak keluar berduaan begitu. Emak senyum je. Emak kata dah dua hari dia tak boleh baca Quran, spek tak tau letak mana. Katanya mungkin tercicir masa balik mengaji. Aku bawak mak tempah spek lain. Biasanya 2 hari baru siap, tapi hari tu apek tu kata setengah jam siap. Mak kata Alhamdullialah…

Aku tanya mak “macamana mak ni, harga sawit makin turun” .Sambil senyum mak jawab “ taka pa, bukan kita sorang yang rasa”. Mak tak kisah langsung harga sawit turun. Kalau arwah ayah ada, dia akan berhujah panjang lebar bila cerita pasal sawit. Mak kata lagi kebun sawit hujung jalan rumah kita dah dijual. Yang beli Jenal, salah sorang orang berduit dalam kampong aku. Mak kata kebun tu dulu memang semak, sekarang dah cantik. Memang betul masa aku lalu kawasan tu kebun tu dah cantik, pokok dah trim, rumput dah beracun. Pelepah daun tersusun rapi. Malah parit kiri kanan kebun nampak baru disediakan. Aku tanya mak lagi berapa harga si Jenal tu beli tanah tu. Mak kata kalau tak silap tiga ratus lima puluh ribu. Mahal betul harga tanah kapung aku, kebun sawit yang tak terurus untuk 3 ekar boleh sampai harga tu. Rasanya memang tak termampu kalau kerja gomen macam aku nak beli tanah harga macam tu. Masa awrah bapak ada dulu, selalu dia pesan kalau ada duit lebih tu carila tanah. Pernah satu hari dulu dia bagitau aku, katanya ada tanah 10 ekar nak dijual, dia suruh aku beli. Katanya tanah tu sesuai untuk tanam sawit. Harga nya murah, dia kata dia bayar setengah, setengah lagi dia mintak aku cari. Aku cuma kata nantila, manalah nak cari banyak dalam waktu terdekat. Tapi bagi aku itu satu cabaran, kalau dia boleh sedia setengah takkan aku tak boleh cari setengah lagi. Apabila aku rasa dah ada sumber aku boleh dapat aku ajak arwah bapak tenguk tanah tu. Tapi katanya “ Engkau dah terlambat, selang dua hari je orang dah beli tanah tu”. Huh dasyat orang kampong jual beli tanah beratus ribu macam beli ikan kat pasar.

Balik pekan ajak mak singgah kebun sawit di Jaya Setia, mak senyam tenguk kebun tu bersih beracun. Mak pesan yang penting kebun berjaga, ada orang ambik buah, rumput beracun dan pokok berbaja. Harga sawit turun, kita nak buat macamana.

Nota: Cukup bahagia bila dapat peluk emak, cium tangan emak dan kucup dahi emak

4 comments:

pB said...

cukup bahagia kalau dpt gembirakan hati ibu bapa .....



pssttt..
kawe hon hari tu. makin di hon , makin ke tepi keter angsa tu ..


he he he



ada soklan cepuemas dalam blog pB , sila jawab.....

KAMATO said...

PB, udah orang hon...memanglah ke tepi he he

DeeN said...

:)

nabila said...

nenek ape kaba? lama x tak blk kmpg